Sunday, March 30, 2008

Stress and Time Management

I had been away from the office the last 2 days. I attended this course together with other 24 colleagues within the Group.



Class in action... Among lessons learnt....

- Time cannot be managed....its's beyond our control.
- Individuals manage themselves with respect to the clock.
- Stress is a force that requires energy. This force must be met with the right amount and the right kind of energy, focussed in the appropriate energy, focussed in the appropriate direction.

Food for thought....

" Lost yesterday somewhere between sunrise and sunset, two golden hours, each set with sixty diamond minutes. No reward offered for they are gone forever.."

"An organization can give a person the title of MANAGER but only the person can make himself/herself into one - Joseph Mason"

"Life is not measured by the number of breaths we take but the moment that take our breath away.."

"Anger is a good signal of trouble but a lousy situation. Anger is a lot of work. It tires you.."

"It is normal to feel angry but not helpful to remain angry...let it go.."

" Freedom from hate - forgiveness. Forgiving is a choice, you have to act on it.."

UPDATE:

Nasi Ayam Penyet ala Norabella......


Resepi :

Nasi

Boleh digunakan samada nasi putih biasa atau nasi ayam yang biasa kita masak.
2 cawan beras
3-4 sudu perencah Nasi Ayam Hainanese (dlm botol)
2 helai daun pandan
Air secukup nya
Garam

Ayam –
1 ekor ayam di belah empat dan di gaul bersama-sama
1 sudu makan ketumbar ) di sangar &
1 sudu makan jintan ) di tumbuk
1 sudu makan kunyit serbuk
1 sudu makan rempah kari
2 sudu makan tepong jagung
Garam

Sambal
10 batang lada merah – di goreng (boleh tambah cilipadi jika suka)
1 biji bawang besar - di goreng
2 biji tomato
Belacan - di goring

Ulaman seperti timun, tomato, kobis, kacang panjang, ulam pengaga, ulam raja
Tempe – belah dua dan di goreng
Tahu – di belah serong dan di goreng

CARA:
1. Masak nasi ayam seperti biasa
2. Perapkan ayam dengan kesemua bahan yang di tumbuk tadi bersama serbuk kunyit, rempah kari dan tepong jagung.
3. Goreng ayam dengan minyak yg agak banyak hingga garing atau sesuka hati.
4. Sambal – Goreng kesemua bahan kecuali tomato, toskan dan di tumbuk atau di blender kering. Perahkan limau jika suka.
5. Bila di hidang, ayam yang telah di goreng tu kenalah kita penyet kan dengan menggunakan 'smasher', ' batu lesung' or apa2 jer...(jgn pakai hammer! ) dan hias sesuka hati. SELAMAT MENCUBA..



Monday, March 24, 2008

Sekadar ingatan..


Selamat hari ulangtahun buat suami tersayang. Semoga senantiasa sihat, di murahkan rezeki dan dalam keberkatan Allah SWT. Amin, insyaallah...

Monday, March 17, 2008

Tetamu dari Salak Tinggi

Tetamu yang sekian lama aku tunggu ketibaanya telah pun selamat sampai ke tanahairnya yang tercinta.

Sya, teman blogger telah datang mengunjungi kami di Singapura lewat minggu lalu. Sya tiba dari KL menaiki keretapi malam dan tiba di Stesyen KTM Tanjong Pagar pada tepat 8.30 pagi. Seawal selepas subuh aku dan suami telah keluar ke Stesyen KTM manakala suami ke tempat kerjanya di kawasan terdekat.

Bertemu Sya, teman yang setiap hari aku hubungi melalui YM bagaikan mimpi menjadi realiti. Sudah hampir 2 kali tertangguh. Sehari sebelum keberangkatan Sya, kami raikan kelulusan peperiksaan anaknya, Aiman yg mendapat 10As dalam SPM. Tahniah Sya & Aiman.

Sejurus Sya tiba, sebagaimana yang kami plan, aku membawanya ke Banquet di Hitachi Tower untuk bersarapan. Kami makan Fried Fish Soup noodle, Dumpling soup dan Cheese Prata. Di saat itu kami terima panggilan dari Kak Elle, yang ingin bertemu untuk makan tengahari di Resto Surabaya. He..he..berbau jer Kak Elle ni.

Setiba di rumah, aku bergegas masak sambal goreng dan rendang lembu buat makan tengahari. Tetapi oleh kerana kami dah ada temu janji untuk lunch bersama Kak Elle dan Dr Adah, kami tak makan di rumah. Terima kasih buat Kak Elle kerana belanja makan di Resto Surabaya dan juga Dr Adah yang sudi meluangkan masa. Dari situ, aku dan Sya terus meneruskan plan kami hendak menonton filem "The Leap Year" dengan di turuti oleh Kak Elle.


Seronok menonton filem ini...khusus bagi yang berjiwa romantik seperti aku..ha..ha..


Esoknya, aku dan Sya meneruskan plan kami hendak ke Batam seperti yang kami rancangkan. Kami berdua di iringi oleh kedua ibu dan bapa ku. Buat yang tidak pernah ke sana, Batam adalah salah satu 'syurga' untuk membeli belah dari segala apa yang ada. Dengan pertukaran wang dolar/ringgit ke rupiah, memang seronok. Batam bukan hanya untuk golongan 'lelaki yang suka melencong' tetapi ia juga tempat untuk kita menikmati segala-galanya. Aku dan Sya membeli bermacam jenis keperluan yang harganya jauh lebih murah jika hendak di bandingkan di Spura dan Malaysia, tetapi khusus bagi mereka yang tidak menilai dari segi jenama lah.






Batam dari dalam feri

Makan tengahari di DC Mall ialah Nasi Padang berlaukkan Ayam Gulai, Ikan Lele sambal, Sambal Hati Ayam, Telur dadar, Begedil serta rendang lembu yang sangat enak. Penat sungguh kami pusing keliling DC Mall sahaja. Antara perkara lucu yang berlaku di DC Mall ialah bagaimana kurang nya customer service di kalangan penjual di sana. Sya bengang sungguh dengan cara mereka tu..apa nak buat. Sudah mentaliti mereka begitu. Andaikata ianya berlaku di Spura, memang teruk kena dengan aku!!! Kami tiba di Spura pada tepat 6 petang.

Esoknya (Sabtu) aku dan Sya ke Geylang untuk berbelanja. Makan tengahari kami di jamu oleh Doktor nan comel lote, Dr Adah di Restoran Seafood Chai Chee kat Lorong Marzuki. Sila kunjungi blog Kak Elle. Terima kasih daun keladi Dr Adah....he..he..Selepas itu aku membawa Sya singgah ke rumah mak kat Sembawang. Mak beriya-iya nak jamu kami Nasi Ayam Penyet tapi kami tak mahu sebab sudah terlalu kenyang! Sungguh sampai malam kami kekenyangan.

Sya berangkat pulang sejurus selepas Subuh pada pagi hari Ahad. Sedih melihat dia berlalu menaiki bas.

Bilakah kita bertemu lagi Sya???

Wednesday, March 12, 2008

So excited....

I am so excited...and I just can't hide it...

I have a special guest visiting...and I am so looking forward to it.

Monday, March 03, 2008

Sayu

Entah kenapa sejak seminggu yang lalu hati ini terasa sayu.

Impian tidak menjadi kenyataan. Dugaan yang kami hadapi semakin panjang. Mungkin belum rezeki lagi agaknya. Allah maha mengetahui...pasti ada hikmah nya.

Dalam pada itu, aku amat berhati-hati nak meluahkan perasaan hati sebab ramai yang salah anggap. Bukan wang ringgit yang aku pinta, jauh dari meminta belas ikhsan, sesuap nasi dari orang, tidak sesekali. Aku masih punya harga dan maruah diri. Tetapi bila orang yang kita sangka teman, sahabat sejati mula mengata dan tertiba berubah sedangkan hati nya senantiasa kita jaga dengan baik, sudah tentu terpelanting juga kan? Tidak apa lah...tidak mengapa.

Aku sudah semakin kenal yang mana kawan dan yang mana lawan. Apa kah yang ada padaku hingga orang begitu sakit hati dan cemburu sekali? Sehingga tergamak meluahkan kata-kata yang amat menyinggung rasa hati ku ini? Bukan salah ku jika aku bekerja di bawah seseorang yang amat di senangi ramai. Bukan salahku jika orang itu amat mempercayai aku dari orang lain. Bukan salah ku jika orang tu memberi aku sepenuh penghargaan, kepercayaan, kepentingan dan entah apa-apa lagi pada aku. Aku hanya menggalas tugas yang di beri malahan di sebalik baik nya orang itu, dia pun manusia biasa yang banyak rewel dan kerenah tersendiri. Orang di luar sana tidak tahu. Mereka hanya melihat aku dari sudut kedudukan aku disamping orang itu tapi segala perit jerih, kerja keras dan kepayahan aku tiada siapa yang tahu.....

Ya Allah, lindungi lah kami semua. Limpahi lah rahmat kepada kami semua. Jauhi lah mereka-mereka yang bersifat begini dari ku. Tiada siapa lagi yang dapat aku mohon perlindungan, hanya pada ALLAH SWT...Amin.