Friday, May 30, 2008

Tunjuk kan lah....

Tunjuk kan lah aku satu jalan
Yang mana harus ku tuju
Yang dapat membantu
Keluar dari kemelut ini....

Tunjuk kan lah aku satu cara
Yang mana harus ku ambil
Yang dapat melepaskan aku
Keluar dari belenggu ini....

Tunjukkan lah aku satu arah
Yang mana harus ku lalui
Yang dapat menenangkan aku
Menghadapi hidup ini..

Sesungguh nya…
tak upaya bersuara
tak upaya meluahkan hati dan perasaan
Jiwa dan rasa begitu menekan
aku di antara dua persimpangan
sampai bila kah harus aku tempuhi
selagi hayat di kandung badan.....
Hanya padamu ILLAHI
Aku menghambakan diri…..
Tunjuk kan lah aku....
jalan yang kau redhai....
Amin....

Monday, May 26, 2008

Tak sayang mulut

Of lately, dah banyak sangat yang aku dengar dan baca tentang manusia species begini. Manusia yang species tak sayang mulut. Kalau bercakap ikut sesedap hati nya sahaja. Takde insurans langsung! Tak kira dengan siapa pun yang dia cakap. Konon cakap ikhlas dan jujur padahal....laser dan menyinggung perasaan orang lain.
Sebagai manusia berbangsa melayu dan beragama Islam, kita di ajar supaya berhemah bila bercakap dan beralas bila bersuara. Jangan menyinggung perasaan hati orang lain walaupun saudara yang terdekat...ataupun konon nya hatta teman paling rapat sekali pun. Tapi ada juga species manusia yang manis mulut...puji memuji di hadapan si polan tetapi belakang si polan tu...tersebar cerita yang kurang manis....tak enak untuk di dengar oleh telinga yang waras. Dan yang heran nya...orang sebegini boleh pulak berbaik...bercakap dengan manisnya dengan orang yang di kutuk macam nak rak tu...tak ke hipokrit namanya tu? Tak faham aku...dan kita yang mendengar kritikan itu...jadi tercengang-cengang!
Aku punya seorang saudara yang telah kian lama aku cuba elakkan. Bukan apa...disebalik wajah nya yang manis, konon nya bersopan santun....masyaallah...bila bercakap...tak fikir perasaan orang langsung! Dalam lemah lembut suaranya...dalam manis mukanya...bila bersuara berbisa telinga yang mendengar! Kalau lah tak kerana suaminya tu saudara ku...dah lama aku cancel namanya dalam senarai saudara.....Mak selalu pujuk aku...jangan begitu...biar orang buat kita tapi kita jangan buat orang...iyalah..betul. Tapi aku ni manusia biasa...punya hati dan perasaan...ada rasa marah juga. Mak sahaja yang sering berbaik sangka pada orang tetapi mak selalu tak sedar orang yang selalu diberi makan dari tangannya sendiri dan di beri susu buat penawar tu selalu membalas dengan tuba! Dan aku sebagai anak, selalu rasa marah yang teramat sangat!!! Terlalu marah dan aku selalu berdendam! Orang sebegini tak harus di buat baik....
Orang yang konon nya dah kenal rapat dan baik tetapi kekadang tak mengerti yang aku juga sensitif. Rasanya aku belum lagi pernah berkata yang tidak baik di dengar dek telinga kat orang tu padahal betapa sakitnya hati bila dia bersuara dan menyindir secara halus! Selalunya aku menyimpan dalam hati...menjeruk rasa.....paling-paling aku diamkan diri dan akhir nya jauhkan diri..
sigh....sekadar meluahkan perasaan jer..stress betul !!! monday blues....

Thursday, May 22, 2008

Senarai menunggu....

Aku baru habis baca novel ini...Hanya kita berdua - Aina Emir. Aku beri 4 ****. Rasanya novel yang Bunga-bunga kemboja & Kau Laksana Bulan lebih baik.


Lili buat Najah dari Nazurah Aisyah. Not bad...sedih...



Dari salah satu novelist kegemaran.. Anis Ayuni. 5 bintang kerana sebaik novel-novel yang terdahulu. I still love Manisnya Cinta dan Gemersik Kalbu.


Dan yang masih ada yang belum di baca...
Selagi ada dia - Aisya Sofea..novel kelapan beliau. Macam gambar winter sonata kan???

Warna Hati - Mee Zulaikha.....terkenang Seth Tan kat Kasih Yang suci...he..he..


Dan yang ini...Ayat-Ayat Cinta. Sebab dah tengok filem nya...so boleh tangguh baca novel ini.

Sunday, May 18, 2008

Teater Musikal P. Ramlee

Apa yang dapat aku katakan? A superb performance!

Teater Musikal P. Ramlee sangat menarik. Aku dan Nadia menonton teater musikal ini semalam di Esplanade. Dari apa yang ku lihat....Full House! Berbagai lapisan usia, bangsa hadir dengan gaya dan kedatangan yang tepat pada waktunya. Ramai selebriti yang ku lihat termasuk Datin Sri Tiara Jacquelina sendiri bersama keluarganya.
Tiket kami.
Dari kiri, Melissa, Liza Hanim, Emelda, Atilia & Musly Ramlee di sessi autograph pada akhir persembahan.

Musly Ramlee sebagai P. Ramlee memang satu keajaiban. Gaya nya...suaranya persis Seniman Agung itu. Bila dia menyanyi...aduhai..bila kita pejamkan mata, kita bagaikan mendengar alunan nyanyian dari Seniman Agung itu sendiri. Satu pilihan yang tepat.

Emelda - Azizah. Sangat cantik dan manis. Lakunan yang baik tentunya. Nyanyian nya boleh tahan, tak sangka dia pandai menyanyi. Tak terbayangkan bagaimana kat Dato Siti ketika melakunkan watak ini...he..he..

Atilia & Musly Ramlee bersama....err.....

Atilia sebagai Junaidah....boleh tahan. Lakunan nya menyakin kan. Nyanyian nya tak perlu di sangkal. Anak penyanyi Salamiah Hassan ini tinggi orangnya..

Melissa Saila - Norizan

Terkenal sebagai pelakun yang baik, wataknya sebagai Norizan memang sungguh meyakinkan. Patutlah beliau menang Best supporting Actress untuk watak ni awal minggu ini di KL.

Liza Hanim - Saloma.

Liza Hanim yang sememang nya mempunyai vokal yang sangat baik telah melakunkan watak Saloma dengan begitu menyerlah. Gaya dan lakunan nya persis Saloma dalam Seniman Bujang Lapok...

Keseluruhannya ini pementasan ini berjaya. Enfiniti sekali lagi telah berjaya membawakan teater musikal yang amat bermutu. Settings dan background yang berlatarkan Penang dan Singapura di waktu dulu bagai mengimbau kenangan lalu. Petikan-petikan akhbar yang melatari pementasan ini agak baik cuma kadangkala agak mengacaukan pemikiran sebab adakala kita terbaca kisah perpisahan Spura & Malaysia di waktu tu dan tajuk-tajuk berita nya agak memesongkan fikiran. Itu sahaja yang aku tak gemar kerana bagi yang telah menonton , pasti tahu apa maksud ku. Lagu-lagu lama dari P. Ramlee & Saloma yang di nyanyikan secara live amat menyentuh hati. Begitu juga lagu-lagu baru ciptaan Dick Lee. Syabas!

Saturday, May 17, 2008

Theatre - P.Ramlee The Musical


Telah beberapa hari blog ni di tinggalkan. Banyak yang nak di cerita tapi terasa malas sangat nak update dan lagi kurang manis untuk di lakarkan...
Harini aku dan Nadia akan menonton Teater Musikal P.Ramlee. Mulanya tempah tiket untuk pergi bersama suami tetapi dengan jadual kerja nya yang tak tentu, aku bawa Nadia jer sebagai teman. Teater ni dah lama aku tunggu...dengan barisan pelakun baru sebagai watak utama...bagus lah..sebabnya (maaf jika ada yang tersinggung), aku tak minat kat Sean Ghazi. To each its own lah...dan tentunya Musly Ramly pilihan yang tepat. Walauapa pun aku teruja menantikan nya malam ini, jam 8 malam di Esplanade.
Tunggu ulasan selanjut nya.......jeng...jeng..jeng...

Wednesday, May 07, 2008

Ayat-ayat Cinta

Filem Ayat-ayat Cinta yang akan mula di tayangkan di Singapura esok, 8 May 2008 ada lah satu buah filem Indonesia yang terbaik yang pernah aku tonton. Terbaik dalam erti kata...kerana ianya kisah cinta berdasarkan keislaman. Dengan barisan pelakun wanita yang cantik-cantik serta heronya yang boleh di katakan sederhana kacaknya...ianya amat menyentuh hati. Kisah bagaimana Fahri, anak muda Indonesia yang belajar di Universiti Al Azhar terjebak dalam konflik fitnah oleh Noura, perempuan yang pernah di tolong nya. Juga mengisahkan bagaimana Aisya, wanita cantik German-Turki yang berusaha mengenali suami nya dengan lebih baik bila di landa musibah dan bagaimana mulianya hati seorang isteri seperti Aisya ini yang mengizinkan suaminya menikahi Maria, gadis Kristian demi menyelamatkan nyawa Maria dan sekali gus menyelamatkan sang suami sendiri. Betapa pilu hati melihat penderitaan dan keteguhan Aisya menyaksikan kemanjaan madunya yang juga tinggal serumah dan bagaimana rapuhnya hati seorang suami yang bingung bagaimana hendak menjadi suami yang adil pada isteri-isterinya.


Ramai yang mengatakan versi filem ini tak sebaik versi novel yang di tulis oleh Habiburrahman El Shirazy ini. Aku belum membaca novel Ayat-ayat Cinta ini dan pastinya ia akan menjadi koleksi ku nanti..insyaallah.

Friday, May 02, 2008

Sessi makan-makan

Sedap kan???

Tak bergerak langsung si mamat ni..

Sebelum gerai makan serta pasar di Tekka (Serangoon) tutup dengan rasminya semalam, aku berkesempatan untuk singgah pada Selasa lalu. Gerai makan serta pasar Tekka di tutup untuk diubah suai dan semua penjaja di alih buat ke tempat sementara yang berdekatan.

Mak Lang, kat sini lah Nora beli rojak India haritu. Memang sedap. Perhatikan lelaki yang berbaju putih ini. Hampir setengah jam dia berdiri di hadapan gerai ini sambil melihat, membelek dan memilih. Puas menunggu agar dia beredar sebab nak ambik gambar tapi....hampa. Dia tak toleh kiri kanan lagi.

Minggu ini penuh dengan sessi makan...aduhai. Hari Isnin, kami ada secretaries luncheon kat kafeteria di ikuti dengan farewell dinner buat sorang loyar yang berhenti kerja di Bali Thai, IMM. Tak terlarat rasanya.

Semalam pula, setelah lama berjanji, aku bawa keluarga makan buffet dinner kat Sakura International di Orchard Road.
Natasha

Bella

Nur & Nadia
Err...he..he.