Thursday, August 28, 2008

Di ambang Ramadhan....


Salam untuk semua ketika kita semua berada di
ambang Ramadhan.
Semoga mendapat segala berkat dari amalan yang sempurna
dan di ampuni segala dosa-dosa
Insyaallah...amin

Monday, August 18, 2008

Tak percaya???

Aku akui sememangnya aku bukan lah pandai memasak. Sejak masih gadis, aku jarang kedapur untuk memasak. Aku mempunyai seorang emak yang pakar masak dan telah mula bekerja sebagai tukang masak di kedai makan arwah abangnya, kedai makan Nasi Padang kat bangunan Tunas, Anson Road pada tahun 70'an dulu. Kedai makan ini agak terkenal bagi mereka yang kerja di kawasan Tanjong Pagar ketika itu.



Hanya seketika bila aku mula menganggur selama setahun pada awal 80an dulu dan ketika emak ku masih bekerja - kali ini di sebuah limbungan kapal di Jurong, aku mula mengutip ilmu memasak. Mula mengenal segala rempah ratus yang sering dilihat di rumah. Aku catat segala bahan-bahan dan resepi asas dalam masakan Melayu. Err...boleh lah walaupun penuh dengan insiden-insiden yang menggelikan hati.



Pernah di suatu ketika, emak menyuruh aku beli sekilo kerang untuk makan tengahari buat adik-adik. Hanya sekadar kerang rebus, ikan goreng dan sambal kicap buat santapan tengahari sementara menanti emak pulang. Sepulangnya aku dari pasar...aku jadi bingung. Macamana nak cuci kerang ini eh?? Aku cuba bayangkan...rasanya pernah ternampak tak bagaimana emak mencuci kerang ini. Lalu aku tanya pada adik ku Noni..."eh..emak cuci kerang pakai sabun tak???"....wa....ka...ka...gelihati sungguh bila aku teringat cerita ini...dan sememangnya cerita nak cuci kerang pakai sabun akan menjadi gurauan adik-adik ku..setiap kali kami teringat.



Di pendekkan cerita, sehingga aku mula berumahtangga, skill masak-memasak aku masih ditahap grade D. Serius! Suami ku kata..asam pedas ku tak sedap....lauk kari ku cair...bluekkkkk....geram sungguh...So...di awal perkahwinan aku...lauk2 sebegitu not in my menu. Hanya terdapat di warung makan rumah emak aku sahaja. Dan lagi..oleh kerana masakkan emak ku yang memang power....suamiku lebih suka masakkan emak dari isterinya sendiri...dan kengkadang...aku cemburu. Emak kata...mujur suami ku suka masakan emak mertua nya...bukan ibu nya sendiri (ibu mertua telah lama meninggal dunia) - jadi tak perlu nak cemburu. Bayangkan....sehingga anak-anak ku jika nak makan nasi lemak, akan request nenek mereka masakan sambal tumis untuk kami sekeluarga. Sambal tumis yang ku masak hasil air tangan sendiri tidak terusik pun....alahai sedihnya!



Tetapi, aku tidak berdiam diri, selagi hayat emak ku masih ada, akan ku kutip kepakaran emak dan menyambung warisan nya. Mentelah lagi ketika itu, Noni yang berada di Australia bersama suaminya telah mula meminta resepi-resepi campak-campak mak...tak kan aku nak berdiam diri kan???



Adapun juga ada segelintir manusia yang selalu tak percaya. Setiap tahun, ipar duai ku akan merasa curiga bila mengetahui setiap kuih raya dan juadah yang terhidang di atas meja rumah ku tu di siapkan oleh ku. Mereka kata....eh...dia kan kerja..takkan dia yang buat. Aduhai...wanita bekerjaya seperti ku ini tak mampu nak buat ke? Adakah kerana isteri-isteri atau biras-biras ku tak mampu dan malas nak buat...so aku pun seperti mereka? Aku tidak pernah minta di sanjung atau di puji. Yang sedap dan enak semua nya seperti yang order dari orang lain...dan bukan dari hasil air tangan ku.....alahai...dan yang selalunya yang marah...adalah...suami ku. Dah tu...dia yang menjadi saksi aku tungkus lumus di dapur...kenapa eh...orang tak percaya??

Saturday, August 16, 2008

Petikan dari Berita Harian - Singapura 16 Ogos 08

BERITA HARIAN
SINGAPURA
Ekstra! : 16 Ogos 2008


DUNIA SASTERATERBIT NOVEL DI M'SIA
Suri rumah mahu karyanya dinikmati khalayak yang lebih ramai

OlehIsmail Wardi


TUGAS hariannya sebagai suri rumah sepenuh masa bukan penghalang untuk beliau cergas berkarya.
Bermula dengan menghasilkan sajak dan cerpen yang disiarkan di Berita Minggu sekitar tahun 1980-an dahulu, beliau seterusnya mengorak langkah menghasilkan novel.
Bukan satu malah tiga novelnya telah diterbitkan sepanjang tiga tahun lalu.
Novel pertamanya, Takdir, memenangi Anugerah Penghargaan dalam Sayembara Novel Watan 2 pada 2004.
Novelis wanita Singapura yang saya maksudkan ialah Norisah A. Bakar; nama yang kurang mendapat perhatian ramai sejauh ini.
Bekas penuntut Sekolah Menengah Telok Kurau itu seterusnya menghasilkan novel susulan iaitu Rinduku Di Angin Lalu (terbit pada 2005) dan Hati Seorang Wanita (2007). Kedua-duanya diterbitkan di Malaysia oleh Creative Enterprise Sdn Bhd.
Ditanya bagaimana beliau membahagikan masa untuk keluarga dan menulis, Norisah, 40-an tahun, berkata:
'Disiplin diri perlu ada pada setiap penulis. Misalnya, saya mesti pastikan yang saya menulis setiap hari tanpa bertangguh.
'Saya menulis lebih kurang dua jam selepas solat subuh dan menyediakan sarapan untuk keluarga. Jika ada kelapangan pada sebelah petang, saya sambung berkarya.
'Semasa mula-mula menulis, anak-anak memanglah kurang faham dengan apa yang saya buat. Tetapi kemudian mereka beransur mengerti. Suami saya juga faham dan berikan sokongan sewajarnya.'
Norisah mula berkarya pada 1987. Walaupun sehingga kini beliau kurang dikenali di Singapura, itu bukanlah matlamatnya ketika mula menulis.
'Pada saya, biar orang tak kenal saya, asal mereka kenal dengan karya saya. Saya akan berasa puas jika karya saya diterima dengan baik,' ujar Norisah merendah diri.
'Di Malaysia, orang memperkatakan buku-buku saya menerusi blog-blog mereka. Padahal tak semua yang kenal saya. Saya ikuti perkembangan buku-buku saya itu menerusi laman web mereka.'
Norisah lebih gemar menulis kisah-kisah bertemakan keluarga, persahabatan, kasih sayang, juga cinta kerana menurutnya kebanyakan pembaca muda dan lebih-lebih lagi wanita, gemarkan tema-tema seperti itu. Penulis perlu tahu selera dan kehendak pembaca, tambahnya.
Menjawab pertanyaan mengapa beliau lebih suka karyanya diterbitkan di Malaysia daripada di Singapura, Norisah berkata:
'Saya mahukan khalayak pembaca yang ramai. Di sana, bukubuku saya boleh pergi jauh, sehingga ada yang menyangka saya ini penulis dari Malaysia.'
Menyentuh tentang apa yang perlu dilakukan untuk menarik minat masyarakat Melayu di sini membeli dan membaca karya penulis tempatan, Norisah dengan bersemangat berkata:
'Kita sebenarnya ada ramai penulis berbakat. Adakan usaha memperkenalkan karya mereka kepada ramai. Ulas karya-karya mereka sama ada di akhbar, radio ataupun televisyen atau pada majlis-majlis sastera. Perbanyakkan promosi semasa pesta buku, umpamanya.
'Atau penulis perlu adakan blog sendiri untuk memperkenalkan karya mereka sehinggalah sampai ke satu tahap di mana pembaca tidak berfikir dua kali untuk membeli dan membaca buku penulis ini.
'Ia juga sebagai sokongan yang akan meningkatkan semangat penulis untuk berkarya dan menghasilkan yang lebih baik pada masa depan.
'Tetapi saya dapati pembaca di sini lebih suka meminjam buku di perpustakaan daripada membeli buat koleksi peribadi.'
Bagi Norisah, selagi terdaya dan ada sokongan berterusan daripada keluarga dan peminat, beliau akan terus menulis.





Tahniah Norisah...

Tuesday, August 12, 2008

Award.....

Anugerah Kreatif blogger ini di berikan oleh AbahNajwa. Terima kasih AbahNajwa! Sungguh terharu kita. Entah mana datangnya kreatif nya kita ni...tetapi kita terima sebagai salam persaudaraan dari orang Malaysia di bumi Tanah Ratu untuk kita di bumi bekas jajahannya.


Hari Sabtu yang lalu, ketika Temasek menyambut hari kemerdekaannya, aku telah berjaya mencuba respi Kuih Lompang. Boleh le tahan...dan semoga cita-cita nak hantar kuih lompang in ke rumah kakak mertua ku di makbulkan Allah, insyaallah...


Yang ini versi baru keluarkan dari kukusan...berwarna-warni. I like the colours!



Yang ini ketam masak cili. Tak lah berapa sedap sebab agak pedas sedikit. 2 ekor ketam @S$7.90 dan aku beli 4 ekor. Tak dapat makan banyak sebab tukang kopek isi ketam balik lambat....so tak larat nak menunggu...dah tidur!



Buahtangan di hari kemerdekaan dari syarikat aku bekerja. A torchlight and all types of handphone charges untuk semua pekerja.

Friday, August 08, 2008

Dirgahayu Singapura

HAPPY NATIONAL DAY SINGAPORE!

Waduh...feeling patriotik pulak harini. Saja nak melaksanakan keriangan seorang anak watan Temasek..ha..ha..

Bukan apa...sebab long weekend.. Emm....nak buat apa eh? Alangkah elok jika suami tak kena kerja esok. Bolehlah aku plan rancangan hujung minggu. Atau mungkin jika tak kemana-mana nak juga mencuba beberapa resepi yang aku dapat...Jenekek...nak cuba buat kuih lompang...or cuba practise (sebab bercadang nak buat untuk kakak mertua ku...he..he..) buat sambal tempoyak pucuk ubi dan petai....eee...sedapnya. Ngiler! Jika tidak aku bercadang nak jalan-jalan di Marina tengok bunga api ...tapi rasanya aku tak sanggup nak meredah lautan manusia di situ...atau aku layan aje drama kegemaran kat mysoju.

Berbalik pada cerita si Meenachi tu. Minggu lepas dengan semangat yang penuh berkobar-kobar, aku panggil dia. Just nak beritau apa yang harus aku beritau. Ceh...belum habis cakap, dia dengan muka-muka bercakap yang dia nak letak jawatan sebab sang suami nya yang tercinta tu suruh dia letak jawatan dan ikut dia balik ke negeri asal. Aduhai...punya naik angin aku. Lalu ku beritahu..."is your husband worth dying for? Has he been giving you $$ and treats you well?" Bukan apa...ada ke patut si suami tu suruh dia letak jawatan dan jual rumah lepas tu balik negeri buat sebulan dua - lepas balik ke sini, cari kerja lain dan rumah lain.

Terkedu si Meenachi tu. Mungkin aku terlalu direct. Alangkan sekarang ni segala makan dan minum - waima minuman keras yang dia togok hari-hari tu adalah hasil si Meenachi...pandai-pandai saja nak mengarah. Lalu aku brainwashed dia dengan mengatakan..." I was the one who picked you and brought you here to work till you can afford to buy a simple HDB flat" - he got the cheek to ask you to quit and sell the house? What kind of a husband he is? Is he worth dying for?"

Aku memang naik angin kat dia. Tak berpendirian langsung. Anyway, aku dah nasihat kan dia dan sejauh ini nampak elok lah. Hasil kerja pun dah boleh tahan...tapi manusia macam dia tu...mudah aja di pengaruhi. Anyway, I have done my best. Setakat tu saja lah yang boleh aku buat untuk dia. Dan aku tidak akan bercakap lebih-lebih pada orang yang tak menghargai aku sebagai seorang kawan. Cukup sampai disini......sayang!

Monday, August 04, 2008

Hujung minggu yang.......






Hujung minggu yang membosankan....



Batuk yang berpanjangan....demam yang turun dan naik, selsema dan tekak yang perit, kepala yang sakit....



Semua rancangan hujung minggu tergendala...semua outings...segala jemputan...cancel...maaf ...hamba tak terdaya....




Tidur....Bangun...masak...makan...solat...tengok drama korea....tidur....tidur....tidur...