Wednesday, March 12, 2008

So excited....

I am so excited...and I just can't hide it...

I have a special guest visiting...and I am so looking forward to it.

Monday, March 03, 2008

Sayu

Entah kenapa sejak seminggu yang lalu hati ini terasa sayu.

Impian tidak menjadi kenyataan. Dugaan yang kami hadapi semakin panjang. Mungkin belum rezeki lagi agaknya. Allah maha mengetahui...pasti ada hikmah nya.

Dalam pada itu, aku amat berhati-hati nak meluahkan perasaan hati sebab ramai yang salah anggap. Bukan wang ringgit yang aku pinta, jauh dari meminta belas ikhsan, sesuap nasi dari orang, tidak sesekali. Aku masih punya harga dan maruah diri. Tetapi bila orang yang kita sangka teman, sahabat sejati mula mengata dan tertiba berubah sedangkan hati nya senantiasa kita jaga dengan baik, sudah tentu terpelanting juga kan? Tidak apa lah...tidak mengapa.

Aku sudah semakin kenal yang mana kawan dan yang mana lawan. Apa kah yang ada padaku hingga orang begitu sakit hati dan cemburu sekali? Sehingga tergamak meluahkan kata-kata yang amat menyinggung rasa hati ku ini? Bukan salah ku jika aku bekerja di bawah seseorang yang amat di senangi ramai. Bukan salahku jika orang itu amat mempercayai aku dari orang lain. Bukan salah ku jika orang tu memberi aku sepenuh penghargaan, kepercayaan, kepentingan dan entah apa-apa lagi pada aku. Aku hanya menggalas tugas yang di beri malahan di sebalik baik nya orang itu, dia pun manusia biasa yang banyak rewel dan kerenah tersendiri. Orang di luar sana tidak tahu. Mereka hanya melihat aku dari sudut kedudukan aku disamping orang itu tapi segala perit jerih, kerja keras dan kepayahan aku tiada siapa yang tahu.....

Ya Allah, lindungi lah kami semua. Limpahi lah rahmat kepada kami semua. Jauhi lah mereka-mereka yang bersifat begini dari ku. Tiada siapa lagi yang dapat aku mohon perlindungan, hanya pada ALLAH SWT...Amin.

Tuesday, February 26, 2008

HAPPY BIRTHDAY ....KAK ELLE!!!!

To : Dearest Kak Elle,
HAPPY BIRTHDAY.....27th February 2008

Saturday, February 23, 2008

Ulangtahun perkahwinan

Credit to: Lovinghugs.com



Ahad, 24hb Februari adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 18. Telah banyak dugaan, duri dan ranjau yang kami tempuhi. Semoga Allah SWT melindungi rumahtangga kami, panjangkan usia, murahkan rezeki, berkekalan hingga ke akhir hayat, insyaallah..amin.
Happy Anniversary buat suami tersayang...semoga kita akan kekal bersama dikala susah dan senang hingga ke pintu syurga....Amin, insyaallah..


Tuesday, February 19, 2008

Keluhan hati

Kekadang aku mengeluh sendiri. Bukan apa, melihat perihal manusia yang entah apa yang ada di benak fikiran mereka. Hanya mementingkan diri sendiri, cakap berdolak dalik, manis di mulut bak madu tapi perangai macam $#%^&*. Cakap tak serupa bikin.


Mereka jenis orang yang mudah lupa diri dan dari mana dia mula berdiri. Memang benar...manusia mudah lupa..baru naik satu dua tingkat jer dah lupa diri...lupa pada orang yang selama ini menghulurkan tangan, telinga, masa dan tenaga pada waktu ketika dia dalam kebingungan. Sangka mereka oleh kerana mereka sudah sampai ketaraf yang konon nya dah tinggi...tak terpandang lagi mereka di bawah. Malahan juga pada yang selama ini menghulurkan bantuan.


Acapkali pula, mereka yang sering membuat kesilapan merasa curiga terhadap orang lain yang kononnya irihati kepada mereka. Batas dan kedudukan diri dah mula dilupai, orang yang menolong dahulu nya mula di musuhi. Padahal mereka tak se-gah mana pun. Mereka lupa bahawa satu ketika dulu, mereka lah 'si kucing kurap' yang di pungut di tepi jalan, lalu di mandi, di bersih kan dan di beri perhatian agar menjadi 'si kucing sihat' yang di pandang orang. Tetapi alangkah dahsyatnya dia, tangan yang membersihkan dirinya dulu sanggup pula di cakar dan digigit. Manusia jenis apa kah orang seperti ini??

Okay, Nora...relaks...relaks.....relaks....tarik nafas....sigh....lega!

Wednesday, February 13, 2008

A Woman's poem


A dedication to all wives and husbands that we know.....

Wednesday, January 23, 2008

Koleksi terkini - Hak Cinta Terpelihara


Ini lah novel koleksi yang terkini , HAK CINTA TERPELIHARA oleh Lynn Dayana.

Novel ini tak mengecewakan aku malahan aku bersengkang mata menghabiskan membaca dalam sehari hingga ke jam 3 pagi..lalu aku yang memang pada hari tu tak boleh tidur sempat habiskan. Qartini...perit perjalanan hidupnya...Eric..yang sering memburu nya. Neesa, Sarah dan Yus teman-teman yang mengenepikan Qartini hanya kerana Ain.

Walaupun Hak Cinta Terperlihara....aku masih menyukai Jika Benar Cinta. Untuk Lynn, Tahniah, teruskan berkarya.