Sunday, July 13, 2008

Ada apa dengan......

Sabtu 12 Julai 2008
Semalam merupakan hari bersejarah bagi aku. Setelah 22 tahun (sejak krisis ekonomi pada tahun 1985) kami dibenarkan bekerja secara "alternate sat off" yang secara rasmi dimulakan di tempat kerja kami minggu lepas. Oleh kerana minggu lepas adalah minggu 'odd' dan aku dalam golongan minggu 'even', maka semalam aku tak kerja. Seronok tak terhingga....walaupun kami di minta menambah waktu kerja pada minggu bekerja dari Isnin ke Jumaat, kami tak kisah. Jika ada plan nak bercuti di waktu hujung minggu....menjadi senang kan.....? Err...boleh le plan....nak kemana eh.....???

Bertemu Norisah A.Bakar

Rancangan ini banyak dugaan....betul tak Norisah? Mulanya kami merancang nak buat a book launch untuk Norisah tetapi ada sahaja yang tak kena. Norisah pula, walaupun sibuk menguruskan ibunya yang sakit, banyak memberi sokongan. I really wish I can do better tapi tak terdaya....apa pun semalam kami berjumpa juga di Food Culture, Lot 1 kat CCK. Kata orang, gambar menyatakan segalanya....


Hadiah dari Alaf21



Hadiah yang aku tunggu dari Alaf21 telah pun tiba melalui pos semalam. Novel Dhiya Zafira - Rindu Belum Berhenti.

Dan yang akhir....jeng..jeng..jeng....


Headband pink dari Kak Elle ....di gayakan oleh Bella. Just nice...terima kasih..

Friday, July 04, 2008

Halal kah ????

Hampir sebulan yang lalu, di ofis tempat aku bekerja ini telah mula gerai yang menjual makanan ala barat. Konon nya gerai makanan barat di perlukan memandangkan terdapat ramai orang barat yang bekerja di tempat aku ini. Heran kan?....sedangkan sejak kami berpindah ke bangunan baru ini hampir 4 tahun lalu, segala bangsa dari merata pelusuk dunia melanggani gerai Melayu dan Cina di sini. Apa pun...alasan nya apa yang hendak aku katakan ialah bagi kita orang melayu Islam.
Terdahulu telah diwar-warkan bahawa gerai makanan ala barat ini akan di isytiharkan halal oleh pihak berkuasa. Segalanya seperti telah di atur mengikut peraturan yang di anjurkan oleh pihak berkuasa (itu yang aku dengar). Jadi pembukaan gerai ini menjadi perhatian ramai.
Eh...tup..tup...tertiba tak jadi nak di halalkan hanya kerana pegerai itu agak keberatan hendak menggajikan sekurang-kurangnya dua pekerja Melayu Islam. Jadi apa yang mereka sarankan tak dapat nak di patuhi lantas gerai makanan ala barat ini berstatus - No Pork No Lard.
Aku pada mulanya akan bengang! Bukan kerana aku tidak dapat makan tapi status No Pork No Lard ini pasti menjadi isu besar di masa akan datang. Orang Melayu Islam yang kekonon nya berfikiran tinggi dan moden agak tak kisah tentang perkara ini. Asal tak de khinzir...orait...begitukah?? Masaalahnya, bukannya tidak ada gerai Melayu di sini. Benar bagai di sangka...sejak hari pertama lagi aku dah lihat deretan orang melayu Islam yang beratur sama di gerai ini! Sedang disatu pihak yang lain...bangsa asing sibuk bertanya pada ku akan pandangan ini. Apa yang aku jawab?
" I beg to differ....and do not wish to offend anyone. I am absolutely very particular regarding food. To me...no pork no lard is not halal. Even if they produce a certificate to show the halalness of the meat and what nots...but what I want is...a Certified Certificate from the authority saying that the stall and the food they prepared are of halal origins."
Rasanya isu ini juga di timbulan wartawan BM di Singapura Ahad 29 June yang lalu..
Apa yang membuat aku menulis tentang ini? Baru tadi seorang rakan sekerja berbangsa asing memberitau aku yang dia telah memberitahu beberapa orang staf nya yang berbangsa Melayu serta rakan sekerja Melayu yang lain agar tidak makan di gerai ini sebab padanya gerai tu tidak halal! Supplier daging untuk gerai itu juga menghantar bekalan daging khinzir untuk pelanggan lain. Masyaallah...jika bangsa asing boleh melihat, kenapa bangsa Melayu kita tidak? Butakah kita?

Friday, June 27, 2008

Keriangan yang terindah...

Harini merupakan hari yang penuh gembira pada ku. Syukur Alhamdullillah.

Aku menerima emel dari Alaf21. Penyertaan aku dalam peraduan Aku Dan Novel berjaya dan telah di pilih salah satu dari lima pemenang minggu ini. Sila ke link berikut :-



http://alaf21.com.my/buletin_isnin/aku&bukuku/default4.htm

Kemudian, selepas makan tengahari, aku terima surat kenaikan pangkat dan gaji dari acting boss. Syukur ya Allah....satu kenaikan yang tidak pernah aku impikan. Selama ini aku selalu menyangkal akan sampai ke tahap ini mentelah telah 3 tahun boss mencuba. Aku terus menghantar emel kepadanya yang ketika ini berada di Amsterdam, mengucapkan ribuan terima kasih kepada nya yang selama ini telah menyokong dan senantiasa memberi semangat dan galakan.....dan balasan yang aku terima darinya membuat kan aku menangis terharu! Waduh...jadi sentimentel....sikit..(psstt...betul tak Sya?).

Lepas ini...nak ambik balik lesen kereta.....mudah-mudahan percubaan yang ketiga ini akan berjaya. Doakan iya!

Tuesday, June 24, 2008

Dilanda demam

Aduhai......semenjak dua menjak ni..aku demam teruk.... Betul...demam...teruk ni..sampai tak tidur malam...bersengkang mata....Tetapi..bukan demam yang nak kena jumpa doktor ...tapi aku demam...



Aku demam drama Korea......Ya..mungkin aku terlambat...late boomers tapi yang pasti..I am hooked!!!

Bermula ketika kunjungan Sya ke Spura March lalu, Sya rancak berbual ngan adik ku - Noni pasal cerita Harry Potters....(aduhai...mereka ni Harry Potters' addicts...!). Mereka berdua kongsi pengalaman memasing apa saja tentang Harry Potters. Tapi..aku tak... Lepas tu, aku tertiba tanya Noni samada dia ada VCD Winter Sonata (sewaktu mula disiarkan pada tahun 2003, aku tak ikut sangat...cuma hairan jer melihat demam Winter Sonata di kala itu...). Tak ku sangka tak ku duga...rupanya Noni punya banyak...seriously banyak VCDs/DVDs drama Korea! dan dia pun hulurkan VCD Winter Sonata dan sejak itu...sejak itu..aku jatuh demam!

Demam itu mula kebah sebab aku stop seketika sejurus habis keseluruh 20 episodes. Siang dan malam ku mula berpusing....suami tercinta pun naik pening...anak-anak.....lagi tergeleng-geleng...

Dan kini demam tu melanda lagi bila Noni kirimkan VCD Hotelier....aduhai...hingga bila menghabiskan hujung minggu di Puteri Pacific - JB pada hari Bapa yang lalu, aku bawa bersama VCD dan laptop dan ku habis kan masa menonton hingga jam 2 pagi!

Baru ku tahu...betapa hebatnya cerita sinetron Korea ni...rasanya sama juga bila menonton sinetron Indonesia.

Err...Noni...lepas ni nak pinjam......yang lain.....


Err....sekarang nak kumpul $$ ajak Noni pergi Korea lah...he..he..

Thursday, June 19, 2008

Life is not always .....


Syukran, Ya ALLAH...syukran...
just a small note to myself...

Friday, June 13, 2008

Berkemas lagi...

Ini lah rupa terbaru shelves kat bilik aku. Masih belum habis berkemas lagi. Termasuk yang ini dah hampir 5 kali ofis aku bertukar rupa. Aku sampai dah nak give up pun ada. Tadi rasanya nak balik cuti setengah hari sebab badan dah sakit-sakit....dek berkemas sorang-sorang. Semalam aku minta bantuan pekerja-pekerja asing yang tolong aku alihkan shelvings ini tapi mereka kata...mereka dah lambat...Aduh...aduh...aku terpaksa le sorang-sorang buat kerja. Tak kan loyar-loyar yang lain nak ku suruh pulak...Huwaaaaaaaaaaa



Aku nak cadangkan bos agar dia tukar kerjaya dari sorang loyar ke ID. Pantang ada shelves baru...pasti bilik aku jadi experiment dia. Pantang ada pokok baru...ofis aku jugak yang dia buat pameran....(psst...sebenarnya aku tak tau siapa yang ID sebenarnya....sebab nya isteri bos memang merupakan seorang ID dan mempunyai syarikat sendiri!). Macamana puas aku mengelak..buat bodoh...sooner or later..mesti kena punya. Sebenarnya bukan aku sorang jer. Penghuni-penghuni ofis yang lain kat jabatan aku pun selalu kena. Sehebat-hebat mereka berhujah...tak kan nak lawan bos kan???? Sabar aje lah...Its okay...esok aku cuti...Father's Day serta weekend treat kat negara jiran sebelah...yes...here I come!!!!




Okay...kita nak promote ...buah tangan terbaru dari novelis Singapura - Norisah A. Bakar " KASIH ANTARA KITA" - macam lagu Kian - Mawi ...." kian jauh...kian hilang...kasih antara kita.." he..he..he..

Buat Norash...Syabas...!




Aku juga nak ambil kesempatan mengucapkan takziah buat Kak Elle dan keluarga di atas pemergian Atok Rabu lalu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas nya...Amin, Insyaallah.

Monday, June 09, 2008

Minggu lalu


Minggu lalu hubby dapat hadiah handphone percuma dari Singtel. Nokia 6120 Classic. Okaylah tu...free...lebih baik dari jenama yang lain. Macam Sya...aku pun fikir Nokia adalah user friendly tetapi yang penting...mesti ada camera dan radio. Thank you hubby!

Dah dapat hadiah handphone percuma, apalagi belanja cik abang tu makan murtabak kat Restoran Zam Zam Khamis lalu. Sedap sangat sebab dah lama tak makan...tak toleh kiri kanan lagi...Er....Sya...jemput makan...Next time sampai Singapura...this will be our first stop ok?

Closer view of murtabak daging yang very the power!



Yang ini..anak-anak suruh tangkap gambar pose dengan novel-novel..yang ini cuma novel-novel Anis Ayuni (7 novels kesemua nya) dan Aisya Sofea (8 novels) jer. Bila senang akan ambik yang lain pulak..


Di samping ini nak ambik kesempatan mendoakan Atok - bapak Kak Elle yang sedang sakit di NUH. Semoga Allah mempermudahkan untuk nya. Buat Kak Elle, I think you and your sibilings have done the best dan bahagia nya hati seorang ayah yang mendapat penjagaan yang sempurna dari anak-anaknya. Doa kami untuk Kak Elle sekeluarga...amin.