Tuesday, February 19, 2008

Keluhan hati

Kekadang aku mengeluh sendiri. Bukan apa, melihat perihal manusia yang entah apa yang ada di benak fikiran mereka. Hanya mementingkan diri sendiri, cakap berdolak dalik, manis di mulut bak madu tapi perangai macam $#%^&*. Cakap tak serupa bikin.


Mereka jenis orang yang mudah lupa diri dan dari mana dia mula berdiri. Memang benar...manusia mudah lupa..baru naik satu dua tingkat jer dah lupa diri...lupa pada orang yang selama ini menghulurkan tangan, telinga, masa dan tenaga pada waktu ketika dia dalam kebingungan. Sangka mereka oleh kerana mereka sudah sampai ketaraf yang konon nya dah tinggi...tak terpandang lagi mereka di bawah. Malahan juga pada yang selama ini menghulurkan bantuan.


Acapkali pula, mereka yang sering membuat kesilapan merasa curiga terhadap orang lain yang kononnya irihati kepada mereka. Batas dan kedudukan diri dah mula dilupai, orang yang menolong dahulu nya mula di musuhi. Padahal mereka tak se-gah mana pun. Mereka lupa bahawa satu ketika dulu, mereka lah 'si kucing kurap' yang di pungut di tepi jalan, lalu di mandi, di bersih kan dan di beri perhatian agar menjadi 'si kucing sihat' yang di pandang orang. Tetapi alangkah dahsyatnya dia, tangan yang membersihkan dirinya dulu sanggup pula di cakar dan digigit. Manusia jenis apa kah orang seperti ini??

Okay, Nora...relaks...relaks.....relaks....tarik nafas....sigh....lega!

5 comments:

Kak Elle said...

Nora ini lah resam dunia...bila susah mencari bila senang di lupakan.

bermuda-buttercup said...

ya Kak Nora, kalau dah nama manusia, memang begitu. If only, they are like us (cebah!!) this world will be a better place for us.

Norabella said...

Kak Elle, mmg betul tu..geram bila tengok orang macam gini.

Norabella said...

Aini, dunia pekerjaan dan ofis politik ni mmg tak terdaya nak kita layankan? So I biarkan jer lah...gasaklah..

maklang said...

siapakah yang dikesalkan itu???