Sunday, December 28, 2008

Tetamu dari seberang

Terasa cepat masa berlalu. Tetamu yang aku nanti-nantikan telah selamat sampai dan kini masih di rumah saudaranya.
Sya dan keluarga selamat sampai di Singapura pada Hari Krismas kira-kira jam 3.30 petang. Sesampainya mereka di Singapura lalu terus menuju ke rumah kami. Aku sempat lah membawa mereka berjalan-jalan mengikut apa yang kita rancangkan. Cuma aku agak terkilan sebab rancangan nak naik River Boat (tongkang) kat Marina tak jadi....Insyaallah..lain kali ya..Sya.
Semoga Sya dan keluarga nya bergembira di rumah kami. Mohon ampun dan maaf andai ada yang terkurang dan tak selesa. Terlebih lagi peranan ku sebagai 'navigator' masih di tahap basic...ceh...jalan jauh nampaknya...he..he..

Sya sekeluarga di rumah mak ...



Siang tadi, aku pula menemui sekumpulan 'ulat buku'...dari Malaysia. Mereka ada rombongan yang terdiri dari Kak Noor, Wabbit, Wan Amalyn, Nacha serta Bunga yang datang berkunjung ke kota Singa sejak semalam. Mereka di bawa berjalan oleh Norisah, MamaJambu serta DatinElla. Mohon maaf juga kepada mereka sebab tak dapat bertemu lebih awal kerana ada tetamu. Insyaallah...di lain masa dan ketika.


Geng 'ulat buku' di Vivo City...

Tuesday, December 23, 2008

A week of celebrations

We are so happy and proud to welcome.....


Nur Alifah....such a beautiful and lovely baby...

Nabella with Alifah...


Nadia also celebrates her 17th birthday yesterday, 22nd December. We went out on Saturday night and had dinner at Pizza Hut's..


Nadia & Nabella

The lovely bouquet of Roses received from her friend.
We also went out for dinner at Rasa Istimewa, CCK Park yesterday. The atmosphere is nice and breezy. Food was not bad at all.


Nur & Bella after dinner.

Wednesday, December 17, 2008

Trip to Nilai3 / Salak Tinggi

Setelah puas mencari dan plan, akhirnya aku dan teman sekerja, Alijah memutuskan untuk ke Nilai3. Hajat kesana ialah untuk mencari barang-barang keperluan untuk majlis perkahwinan anak Alijah pada tahun depan. Dan sebagai teman terapat, aku cadangkan ke Nilai3 untuk membuat dan melihat berbagai cadangan. Bukannya di Singapura tiada tetapi rasanya pasaran dan pilihan serta tukaran matawang di Malaysia lebih menafaatkan.


Mulanya kami buntu sebab nak cari bas teramatlah susah. Dan lagi dengan musim sekolah begini menambahkan lagi peritnya. Lalu dengan tiba-tiba kami berjaya mendapatkan tiket melalui Syarikat Aeroline - first class Coach (siap dengan steward dan meal sekali) ke KL. Kesudian Sya untuk menumpangkan kami bermalam kami terima dengan rasa syukur.


Kami berangkat jam 1.30 petang dari HarbourFront Centre melalui Second Link (Tuas). Perjalanan mengambil masa selama 5 jam. Agak kurang selesa bagi kami berdua sebab kami dapat seat di belakang sekali (tapi oleh kerana hendak sangat pergi, kami grabbed jer lah....). Lain dari itu, kami amat berpuas hati dengan keramahan steward nya yang agak hansem...(he..he....ada lesung pipit!).
Ini luggage kami semasa berangkat...Sebuah bag seorang....jeng..jeng..jeng..



Ini lunch kami, Nasi putih, sayur kobis, sweet sour chicken, egg tofu. Di sertai cut oranges dan jelly serta minuman panas...best kan...


Ketika kami tiba di Corus hotel di KL, jam telah menunjukkan jam 6.30 petang. Kami tunggu ketibaan Sya dan terus bersolat di surau Corus Hotel tu. Selepas itu, oleh kerana kami masih di KL, kami pun ronda-ronda di bandaraya metropolitan ini. Kami ke Jalan TAR dan Masjid India untuk membeli beberapa barangan sambil duduk makan cendol dan laksa Penang. Power! Terima kasih buat Alijah yang menghadiahkan kami (aku dan Sya) sepasang kain Opel yang berwarna hijau kebiruan buat kami pakai bersama di majlis kahwin anaknya nanti :)


Selepas keliling kota, Sya bawa kami ke Restoran Sate Kajang Haji Samuri. Dah lama aku dengar cerita restoran ini di kebanyakan novel-novel yang aku baca...




Selesai menjamu selera dan jalan-jalan di pasar malam di daerah itu, kami teruskan perjalanan ke rumah Sya di Salak Tinggi. Sya sempat membawa kami lalu di Putrajaya. Setelah sampai, kami membersihkan diri dan berehat. Namun bag aku dah Alijah, kami pot-pet sehingga jam 3.30 pagi. Banyak yang kami cerita...almaklum..


Sesudah bersarapan dan Sya pun dah siap membuat tempahan Chicken Pie nya, kami pun bertolak ke Nilai3. Rambang mata melihat apa yang terjual di situ. Berbagai barangan yang kami perlukan menarik perhatian kami. Alijah yang pertama kali ke situ pun excited..





Sehabis shopping, sambil menunggu ketibaan Sya yang akan menjemput kami, kami berdua duduk makan...






Rojak mee dan cendol...Sedap!

Kami berkesempatan berkunjung ke rumah Kak Anie di Shah Alam. Kami di jamu dengan masakan yang sememangnya teramatlah sedap esp lauk asam pedas daging nya tu..Masih terasa keenakkannya. Terima kasih buat Kak Anie, Sya & Ude atas bingkisan buat Nabella.


Lepas itu kami di bawa ke Plaza Alam Sentral sebab hendak memborong kain di Nagoya. Rambang sungguh mata melihat keindahan kain-kain yang terjual di situ...dan hargnya memang amat memuaskan hati kami. Kita juga duduk minum air di kopitiam yang berdekatan...happening tempat tu lah..





Fareez yang comel dan cute yang telah menawan hati Alijah.

Sebelum pulang malam Ahad itu, Sya membawa kami ke Restoran Cili Padi di Cyberjaya.


Alijah dengan sup cendawan nya.




Kway teow hor fun..tapi macam jenis goreng pada ku.





Makanan yang diorder Sya



Kami tiba di rumah Sya sekitar jam 12 lebih dan mula mengemas beg-beg. Ada beberapa barangan Alijah yang terpaksa kita tinggalkan sebab kami tak larat nak bawa sama. Mujur Sya akan datang bercuti ke Singapura minggu depan, boleh dia bawakan untuk Alijah. Kali ini aku dan Alijah tidur hampir jam 4.30 pagi sebab kami masih sibuk pot pet dengan berbagai luahan hati dan cerita...he..he..



Luggage kami...ketika pulang...


Sya menghantar kami berdua ke Corus Hotel untuk menaiki bas ke Singapura. Bas bertolak tepat jam 9 pagi dan kami di beri sarapan Subway Sandwiches. Kami tiba di Singapura pada kira-kira jam 12.30 tengahari tetapi tersangkut di Second Link dan akhirnya sampai di Harbour Front pada jam 2 petang.


Terima kasih Sya di atas segalanya...terima kasih Kak Anie dan pada Alijah..thank you for being such an understanding and accomodating travelling partner. I enjoyed travelling with you and will always cherish the good memories, laughs, tears, secrets and everything!

Thursday, December 11, 2008

Hadiah dan rezeki

Bos baru balik ke ofis harini setelah keluar negeri selama 3 minggu - kerja sambil cuti pulang ke kampung halaman nya di New Orleans dan New York. Sesampainya sahaja, di hulurkan kepada ku bingkisan hadiah....belated birthday presents katanya....aduhai..




Syukur Alhamdullillah....bos tak pernah lupa. Segala apa yang di beri...aku terima dengan senang hati kerana ianya merupakan satu penghargaan yang tak ternilai bagi aku.
Dan suami ku pula yang pergi memancing semalam membawa pulang rezeki yang melimpah. Syukur Alhamdullillah...

Dua ekor (sebenarnya dapat tiga ekor tetapi di beri seekor pada teman nya) ikan kembang pipi (bukan tembam tau...he..he..) dan dua ekor ketam bunga.

Wednesday, December 10, 2008

Just for show


Nothing definite......yet

Thursday, December 04, 2008

Ulangtahun perkahwinan

Semalam merupakan hari ulangtahun perkahwinan ibu bapa kami yang ke 47.

Untuk menyambut hari yang bersejarah ini, adik ku Noni merancang untuk membawa mak & bapak keluar berjalan dan makan. Seawal pagi hari selasa, Noni telah menghantar pesanan sms kepada aku dan Nordin bertanya samada kami berdua boleh mengambil cuti setengah hari dan keluar berjalan bersama kedua orang tua kami. Hanya kami bertiga bersama orang tua kami - tanpa suami, isteri dan anak-anak masing-masing. Tujuan - untuk mengimbau kenangan lama semasa kami kecil berjalan bersama mak dan bapak. Sudah semesti aku dan Nordin setuju sebab ini merupakan satu peluang dan kesempatan yang tak harus kami lepaskan.

Seawal jam 10 pagi semalam, Noni telah membawa kedua orang tua kami keluar bersarapan dan membeli belah di Mustaffa Centre. Bapak yang akan berangkat ke Bogor ahad ini untuk ibadah korban di sana memerlukan beberapa persiapan dan keperluan yang hendak di bawa bersama. Noni juga telah memberi tahu kami akan jadual dan rancangan kami di sepanjang hari itu.
Noni telah menjemput aku di ofis sekitar jam 12 tengahari. Pada mulanya mak sangka Noni nak menjemput suaminya (yang bertugas di tempat yang sama dengan ku). Alangkah terkejutnya mak dan bapak bila melihat aku yang keluar dari bangunan dan terus membuka pintu kereta...he...he...surprise! Lepas itu kami meneruskan perjalanan ke Shenton Way untuk ke menjemput Nordin. Sekali lagi terkejut orang tua berdua tu...
Tempat persinggahan pertama kami ialah ke Masjid Haji Mohd Salleh di Palmer Road untuk solat Zohor. Selesai solat, kami singgah ke Makam Habib Noh Al Habshi yang bersebelahan masjid tersebut.





Tangga menuju ke Makam Habib Noh AlHabshi.


Makam dari arah dekat.



Jinak-jinak merpati.. banyak sungguh
Setelah itu kami mula menaiki kereta yang di pandu Noni ke tempat makan. Mulanya ingat nak makan kat Sakura International di Orchard Road tetapi oleh kerana buffet lunch di situ habis jam 2 petang, kami ke Sakura Thai di simpang dekat Capitol.


Mak dengan Nordin..


Mak & bapak

Kami order nasi putih, daging black pepper, sotong cumi goreng, ikan siakap kukus, kailan goreng oyster, sup tom yam, sambal udang, fried kyaw teow dan yee mee goreng. Kami tak order ketam sebab - 'out of respect' to kepada spouses kami ..he..he...(sebenarnya... kesemua tiga orang menantu ni - hantu makan ketam...)
Selepas makan, kami bawa mak & bapak ke Muzium. Mak selalu kata dia dah lama tak pergi muzium sejak dia di bangku sekolah lagi. Jadi, kami kabulkan lah hajat nya.

Muzium Negara - dari arah Fort Canning.
Sejak diubah suai, banyak yang dah berubah. Dari hanya satu galeri, dah jadi beberapa buah galeri, di susun mengikut sejarah Singapura sendiri. Bayaran nya pulak untuk kesemua galeri ialah S$20 bagi orang dewasa dan S$10 bagi warga emas.

Di antara yang terpamer di galeri Singapura di awal kemerdekaan. Apa yang menarik ialah pinggan bunga matahari itu. Aku punya 2 buah pinggan seperti itu yang di beri oleh Wak Yah (kakak mak)


Beranika jenis cawan ala kopitiam - menarik perhatian aku dan Nordin.


Sumpah setia setiap warga negara Singapura.

Selepas itu, kami pula keluar menuju ke kawasan River Valley. Sewaktu kecil, kami tinggal di sekitar kawasan ini iaitu di Delta atau Indus Road. Kami singgah di Masjid Kampong Delta - masjid di mana kami mula mendapat didikan agama sewaktu kecil.
Mak dan Nordin di pintu masuk Masjid Kampong Delta.


Jalan ini menuju ke Delta Senior School. Dahulu ialah Sekolah Rendah Delta West. Sekolah kami bertiga ialah Sekolah Rendah Delta East, terletak di bahagian belakang bangunan ini.



Pandangan melalui tingkat dua dari Masjid. Bangunan itu - Block 79 Indus Road pernah menjadi tempat tinggal kami sejak tahun 1971 hingga 1979. Rumah sebilik di tingkat 14 itulah rumah kami berlima. Penuh nostalgia sebab kami sangat gembira tinggal berdekatan sekolah dan masjid (dulu surau) di waktu itu.

Selepas solat Asar di situ, kami singgah di Brickworks Estate untuk minum petang. Kita semua rasa sangat gembira keluar berjalan seharian ini. Begitu juga kedua orang tua kami. Berkali-kali mak kata..."mak macam mimpi" sambil memegang pipinya sendiri...he..he..
Semoga Allah senantiasa melindungi kedua orang tua kami, panjang jodoh, usia dan senantiasa sihat walafiat. Amin....Insyaallah...

Monday, December 01, 2008

Thank you


Just a short note to thank my lovely husband and daughters for their heartful wishes, love and gifts on my special day yesterday.
Not forgetting my parents who never failed to remember this special day and also my siblings and their spouses - thank you.
My blogger friends and colleagues - I am so touched for the thoughts and wishes....
to the Boss - Thank you for everything!






Friday, November 21, 2008

Tag : My workstation

Dah lama tak update...banyak nak cerita tapi malas nak tulis.

Aku sahut tag dari Sya.





Ini pandangan dari dalam ofis aku. Di bahagian kiri lorong itu terdapat 3 workstations untuk staff yang lain serta terdapat 6 lagi bilik untuk kesemua loyar. Ofis bos di sebelah kiri aku. Di sebelah kanan adalah shelvings untuk beratus malah beribu files yang terdapat di sini. Setiap kali orang melangkah masuk, aku akan dapat melihat dari jauh walaupun bukan aku yang membuka pintu masuk. Kat ofis aku ni, orang luar tidak boleh masuk melainkan setelah menekan buzzer kat luar dan mujur itu bukan tugas ku...he...he....Pokok di hadapan aku ni di jaga rapi oleh bos. Dia siap letak baja dan godeh-godeh tanah kat pasu tu...aku tukang siram jer...



Yang ini di bahagian kiri workstation aku. meja aku adalah semi persegi ke kiri. Kat dinding terdapat gambar puteri-puteri aku dan juga gambar family. Teddy bear hijau tu di hadiahkan oleh sorang loyar dari Brazil tahun lalu ketika dia ditugaskan selama sebulan disini. Oleh kerana aku peminat bunga matahari dan rose...jadi terdapat lah berbagai motif bunga matahari dan rose di ofis aku ini...semua cenderahati di beri orang...Aku juga peminat No. 1 warna Pink...so banyak le yang pink di sana sini...


Ini gambar arah aku jika menghadap PC. Steel cabinet di depan aku ini terdapat berbagai file rahsia dan sulit staff aku di sini. Kunci nya hanya ada pada ku dan bos sahaja..dan segala macam khazanah kepunyaan bos. Jam ala biola ni di beri padaku oleh seorang remaja melayu perempuan - tak ingat namanya yang bekerja secara kontrak di sini beberapa tahun yang lalu. Dan oleh kerana aku ni alah kucing...so aku pelihara seekor kucing yang tak bernyawa tapi sungguh cantik dan anggun yang ku namakan PRINCESS - ala kucing yang terdapat dalam drama Korea - Fantasy Couple...



Tuesday, November 11, 2008

Makcik Cinderella dan kasutnya.....


Pagi tadi....dalam keadaan kelam kabut nak berangkat pergi kerja, aku main sauk jer sandal yang terlihat di tepi pintu rumah. Semalam pakai kasut yang agak tinggi so rasanya hari ni nak tukar selera lah pulak.


Ketika dalam lif, aku perasan yang sandal yang ku sarung ni agak dah lama tak ku pakai. Tertiba rasa kurang enak dalam hati...tetapi langkah kaki aku tetap laju. Alangkah terkejutnya aku, bila sampai di ke puncak jembatan di tempat perhentian bas, sandal sebelah kanan aku terlepas!!!


!!!OH TIDAKKKKKK!


Aku terpaku sebentar...nak pergi ...nak balik...nak pergi...nak balik.. Kalau aku patah balik...nampak gaya tak pergi kerja lah....kalau pergi terus..cemana nak jalan dalam keadaan ini. Di ofis aku ada sepasang sandal lagi dan sepasang selipar....Alamak....aku putus kan untuk pergi saja. Aku mendekati jiran sebelah rumah aku - sorang lelaki India yang juga bekerja di tempat yang sama dan bertanya jika dia ada getah - untuk aku ikat sandal ini. Malangnya dia tidak punya tetapi sorang pompan Cina yang berdiri sebelah kami menghulurkan getal buat aku. Tak terkira berapa syukur dan terima kasih aku padanya. Lalu aku ikat sandal tu dan bila bas tiba, aku jalan perlahan-lahan.


Bila naik bas, baru aku perasan yang sebenarnya..kedua-dua belah sandal ini dah terkopak!!!!

Ya Allah...........apa lah malang...Sepanjang perjalanan aku berfikir bagaimana nak jalan dengan keadaan dua-dua belah sandal sebegini. Dah puas aku berfikir...lalu.....jeng..jeng..jeng...


Seturunnya aku dari bas...aku buka kedua-dua belah sandal dan terus berjalan kaki ayam dengan pantas dan tak toleh depan belakang or kiri kanan lagi. Ala...Cinderella nak larikan diri sebab jam dah strucked 12 tengahmalam....he..he.. tapi aku dah pangkat makcik dah...ha..ha. Langkah kaki aku sengaja aku besar-besar kan dan aku berjalan pantas sambil menjinjing sandal. Orang di belakang aku pasti perasan andai kata yang terlihat..tapi aku tak toleh lagi. Aku dahului pekerja-pekerja lain yang sama berjalan dengan tak menoleh lagi dan tak terpandang akan aku wajah mereka semua.


Maybe mereka semua tak perasan....tak??? hmmmm...


Tiba di ofis, aku terus tukar ke selipar yang ada dan turun ke kantin untuk beli sarapan. Si "A" terlihat aku dan tegur mengatakan yang dia nampak aku berjalan pantas - ala- ala sakit perut nak ke toilet...ha..ha...gitu agaknya gaya aku tadi..buruk betul! Lalu aku ceritakan hal sebenarnya...tersenyum-senyum Si "A". Dan tadi, aku dengar cerita sorang sekretari bercerita ngan staf aku di sini bagaimana dia terlihat aku berkaki ayam ketika di pintu lobi ofis kami sambil aku menjinjing sandal...Ceh...gelak sakan dia...


So seharian ini..aku pakai jer lah selipar yang terdapat di ofis...apa nak buat...


Saturday, November 08, 2008

For the love of my life...

credits to: Lovinghugs.com
For the love of my life.....

Thursday, October 30, 2008

Dia lagi.....

Ingat tak kisah si Meenachi tu?

Dua hari sebelum raya Deepavali, dia dah amik cuti. Aku tak kisah le...tapi yang buat aku geram ialah hasil kerja dia. Geram sungguh. Teruk!

Kalau dah basic office work macam filing, photocopying or even hantar documents ke jabatan lain pun dah salah...apa yang harus aku beri kan kepadanya????? Fuh....mabok kepayang aku menahan hati dan perasaan melihat karenah dia. Tak apa...akan ku tunggu kepulangan bos aku nanti.

Semalam, ketika aku sampai di ofis, tertiba aku rasakan yang dia tak datang. Tup-tup eh..eh..aku terima mesej dari dia mengatakan yang dia jatuh dari tangga..(alamak...part ni aku terbayangkan filem Rajni Kant - nasib baik takde rail keretapi kat rumah dia.....) dan akan ke poliklinik. Aku tak tau samada nak simpati atau pun nak marah tapi aku pendamkan sahaja. Dua jam kemudian satu lagi mesej dari dia katanya dia MC dua hari..aduhai...MC yang keberapa pada tahun ini eh???? Aku dah really lost count!!!

G datang dan merungut pada ku. Seperti aku, G pun sakit hati sebab di kala Bos baru pulang dari luar negeri...dah cuti 2 hari...dia MC lagi...memang dah kes teruk kan???

Dengan tak disangka-sangka, Bos panggil aku dan G tadi untuk masuk ke ofis nya. Terkejut aku sebab tadi memang kami berdua sibuk betul. Memasing ada kerja yang hendak di uruskan.

Bos minta pendapat kami berdua tentang si Meenachi. Terkejut dan terkedu kami berdua. Bos kata....dia tau yang aku dan G terlalu lama mendiamkan perkara ini dan terlalu lama merahsiakan segala hal si Meenachi tu. So pada pendapat Bos, dia harus bertindak dan jika di ikutkan hati nya yang marah, dia nak buang saja si Meenachi tu. G dan aku meminta kepada Bos agar beri dia peluang untuk kerja di jabatan lain sebab kami berdua tahu dia ada banyak hutang, esp hutang di syarikat kami bekerja. Jika bos buang dia, sudah pasti dia kesempitan. Bos kata kami berdua terlalu baik tak bertempat!!! Terutama aku!! Alamak.....


Bos kata dia dah tak boleh nak buat tak nampak terutama tatkala melihat aku kerja sorang-sorang dan dia relaks-relaks tanpa membantu. Semua kerja-kerja dia aku dan G buat sendiri sebab jika di berikan kepadanya pun...kami kena buat semula. Dah puas di ajar...dah puas di didik...tapi dia tetap tak berubah. So, Bos kata, dia akan panggil si Meenachi tu esok dan akan berurusan dengan HRM seterusnya...Aduhai...apa lagi yang harus kami buat?

Kami benar-benar tak dapat nak berbuat apa lagi untuk menolong...Salah kah kami???

Sunday, October 26, 2008

Just a belated wish



Just a belated birthday wish to my bestest buddy - SYA

HAPPY BIRTHDAY

May you have all the best in your life


A friend, a sister ......always...

Insyaallah.



Latest collection:



This is my latest novel collection - Di Langit Cinta by Lily Haslina Nasir. Just started reading....quite interesting and yes I love her two last novels too.

Sunday, October 19, 2008

What a short working week...

I had the shortest working week last week....shiokadoooooooooo..


I was in the office for the first 3 days, as usual with staying back late one of those days. I was away from office for a 2 days course at MDIS - Dhoby Gaut. Its really amazing to finally get to see a person whom you normally deal with via emails and phone calls. That's what happened to me. On my first day, as I was signing my attendance, I glanced through the name list and was so shocked to see a name that was so familiar to me.


"Lai Lin.....where are you?" I shouted enthusiastically.


"Nora....I am here...." a smiling lady with blue blouse waved her hand towards me. We were both so happy to finally get to see each other after numerous phone calls, emails and even gossips. Thank God we never argue or else.....imagine...I just cannot imagine who can we face each other..he..he..



Lai Lin is an Admin Officer with another SBU company of our group. Our lines crossed path with each other occasionally and we rely on each other to get things done.


So we spent the next two days knowing each other with going for lunch and tea breaks together, sharing latest information, gossips about within our group. We also met few others within the same SBU and not to mention some other interesting characters from famous companies in Singapore. Though our class was a small one....but we enjoyed and learnt a lot with so much fun.


A Group photo.


Vincent - representing our group (Cold under the Air Cond)

Tuesday, October 07, 2008

What we did recent Raya

Rasanya hampir kesemua dah mula balik bekerja setelah seminggu beraya.


Aku sendiri telah balik kerja pada hari ke tiga sebab tiada plan untuk keluar beraya kerana anak-anak masih dalam musim peperiksaan. Cuma pada Raya ke empat, Sabtu lalu, aku di kunjungi ramai teman sepejabat termasuk bos dan isterinya serta sahabat handai, ipar duai, sepupu serta teman-teman Nadia dari restoran piza itu.


Seawal 9 pagi aku memulakan misi memasak juadah buat tetamu. Antara juadahnya....


Nur berposing disamping juadah yang tersedia...


Nasi tomato, ayam kurmah, rendang, sambal goreng, ayam goreng bersos cili Thai, lontong, sambal tumis sotong dan tulang kambing merah. Syukur juadah nya cukup buat semua tetamu yang mengunjung.
Pada pagi hari raya pertama, setelah suami pulang dari solat Raya, kami pun bersiap ke rumah kakak mertua ku. Dari situ, kami berkumpul di rumah ibu bapaku sebelum berkunjung ke rumah beberapa saudara ibu dan bapa ku.


Gelagat Natasha & Nabella di dalam MRT.
Natasha, Bella, Nadia & Nur dalam MRT ke Sembawang.. Seronok juga beraya menaiki MRT kerana dapat melihat berbagai gelagat dan anika fesyen baju raya yang berwarna-warni. Dari rumah ibu ku, kita berkonvoi 3 buah kereta untuk berkunjung ke rumah saudara ibu ku dan pulang sebaik sahaja 8 malam sebab anak-anak sekolah esoknya. Kami mungkin akan sambung berkunjung kerumah ipar duai ku di hujung minggu sahaja.