Wednesday, January 28, 2009

Cuti-cuti ke Batam

Kali ini aku pergi bercuti di Batam bersama orang tua ku serta diikuti Nur dan Bella. Suami dan lagi dua orang anak-anak tak dapat ikut serta. Agak seronok kali ini ke Batam, sebab kita datang melalui Harbour Bay (Batu Ampar) dan kami tinggal di Goodways Hotel di kawasan Nagoya. Bertemu dengan Ari - seorang pemuda Batam yang kami sewa keretanya selama 3 hari untuk kami bersiar-siar. Ari juga membawa kami kerumahnya.


Bella dalam feri ke Batam



Ini gambar dari bilik connecting yang kami sewa @S$65 semalam. Bersih dan selesa.

Bella sewaktu ambil wudhu.


Pemandangan dari arah tingkap kamar kami.

Di hari pertama, setelah penat shopping di Batam City Square, Ari membawa kami bersiar-siar ditempat peranginan yang baru di buka minggu lalu. Ocarina - ala Ancol katanya. Masih terlalu baru. Kelihatan bersih dan menarik. Angin petang sepoi-sepoi bahasa. Kami menikmati minum petang dan makan Mee Bakso di tepian pantai.



Cantik kan tempat makan seafood. Di tepian pantai yang luas terbentang. Memang rasa damai sekali.


Esoknya selepas sarapan di hotel, kami bersiar dan membeli belah di Nagoya Hill. Happening sungguh tempat ni dan boleh terlihat betapa ramainya warga Singapura yang datang shopping dam makan-makan seperti kami..he..he..
Setelah rehat di waktu tengahari, kami keluar sebelah petang menuju ke DC Mall. Adalah yang aku cari tu..alhamdullillah jumpa..


Mak - entah apa yang dia tengok kat situ. Pun ramai warga Singapura...merata-rata...
Setelah penat, kami makan sate padang di satu tempat (tak ingat) - yang rata-rata penduduk nya asal dari Padang. Kami makan sate padang, mee goreng, soto padang dan murtabak manis yang sangat enak.

Ini bukan lah kali pertama kami di Batam tetapi kali ini kami rasa sangatlah gembira kerana pergi beberapa tempat yang baru selain dari biasa.

Bella di HarbourBay - dah nak balik.

Friday, January 23, 2009

Friends are not Forever...

I have so much to write of recent happenings, recent trips to JB via the new CIQ and Batam last Monday ....but absolutely in no mood to write at all. Let it all be in my memory.
I found this via the Internet, and not sure who wrote this...but enjoy reading....
HAPPY SUPER LONG WEEKENDS...

FRIENDS ARE NOT FOREVER

Friends are who you need the most,
When times are not so right.
They come and go so frequently,
You hope you pick one right.

The right one listens with both ears,
And soothes your aching heart.
The right one never questions you,
When you seem to fall apart.

The friend for you is one who says,
"Be calm and let me help"
For there are some real bad days,
When life hits you below the belt.

All friends are not forever,
They are few and far between,
But the few true friends you do find,
Will never, ever leave.

Tuesday, January 13, 2009

Chinta dan Nama ku N

Ini adalah koleksi terbaru saya. Novel Nama ku N oleh Aina Emir.

Pada mulanya jalan cerita nya agak biasa tetapi cerita nya menjadi lebih rancak dan sangat menarik bila bertemu watak Dr Z di hospital. Suka sangat ngan cerita ini..Syabas Aina Emir!




Currently, sedang membaca novel CHINTA oleh Norhayati Berahim. Katakan lah apa saja tentang novel-novel Norhayati Berahim tetapi saya tetap meminati hasil karya dari nya. Begitu juga CHINTA - kisah seorang wanita bernama CHINTA. Cover novel ini sangat menarik perhatian ku juga. Tak dapat nak bicara lanjut sebab belum khatam lagik...


Friday, January 09, 2009

You can always ...

You can always .....




Will you always be my friend???

Tuesday, January 06, 2009

Tentang Novel Di Langit Cinta

Berikut adalah lamparan emel yang saya hantarkan kepada penulis Lily Haslina. Pandangan peribadi yang ikhlas dari saya.

----------------------------------------------------------------------------
Seperti yang di janjikan, berikut adalah pandangan peribadi saya.

1. APA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG DI LANGIT CINTA?

Pertama - Jalan cerita yang sangat baik. Kedua, dialog-dialog yang amat menyentuh hati. ketiga - Raiz, kerana cintanya yang amat teguh buat Hani.

2. PERKARA YANG ANDA TIDAK SUKA TENTANG DI LANGIT CINTA?

Yang tak suka? Tiada.

3. BABAK DAN DIALOG YANG MANA YANG PALING ANDA INGATI DI DALAM DI LANGIT CINTA?


Babak di mukasurat 56 : "Overtime?"

"Malam tadi bergayut kat pokok mana? pokok kekabu ke pokok bakau?"

"Dia tak ingat lah. Dia jadi langsuir masa terbang malam jer. Siang kena paku, kaki pun dah jejak ke bumi."

Pecah perut saya ketawa sorang-sorang...tak mungkin saya lupa hingga kini....


4. WATAK YANG PALING BERKESAN DI HATI ANDA?

Naim. Seorang sahabat, adik angkat yang sejati, di kala senang dan susah dan senantiasa berada di sisi Raiz. Watak lebai kodok nya sungguh lucu terutama part dia tertiba terpaksa jadi ustaz ketika Raiz nak menolong Hani dari di ganggu Dato Jay.


5. KALAU ANDALAH PENULIS DI LANGIT CINTA, APA AGAKNYA PERUBAHAN JALAN CERITA YG ANDA LAKUKAN?

Panjangkan hayat Meriam, Dapatkah dia boleh menerima Hani seadanya? Bagaimana dengan Raiz? Adakah dia akan tetap bersama Meriam dan Karina dan meninggalkan Hani?

Itu sahaja pandangan saya. Apa pun novel ini tidak menghampakan saya. Saya juga gemarkan dua novel-novel Lily yang terdahulu, esp Moga Kau Mengerti Tahniah dan teruskan berkarya
.

Salam dan terima kasih.

Norabella @norabella277.blogspot.com
Singapura

Friday, January 02, 2009

Bingkisan dari novelis

Selamat Tahun Baru 2009!!


Petang tadi aku terima bingkisan dari novelis novel ini...

Lily Haslina Nasir - kerana aku telah mengambil bahagian dalam kuiz/pandangan yang di anjurkan novelis ini. Hasilnya, aku terima...


kiriman bingkisan dari nya..Happy sungguh!


Handphone pouch - pink lagi...favourite colour pulak tu, handphone strap dan patung turtle nan comel serta kad kecil dari nya. Terima kasih di atas pemberian nya. Bukan hadiah yang aku pinta tetapi memang saja memberi kan pandangan ikhlas tentang novel Di Langit Cinta itu.
Terima kasih Lily Haslina Nasir...teruskan berkarya!