Friday, September 26, 2008

Ucapan Selamat Hari Raya


Kepada semua pengunjung blog dan semua muslimin dan muslimat
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
ikhlas dari
NORABELLA SEKELUARGA
Mohon ampun dan maaf jika ada yang menyinggung hati dan perasaan
Semoga Syawal membawa seribu kebahagiaan bagi kita semua di dunia dan di akhirat...
amin, insyaallah.


Thursday, September 25, 2008

Menjelang Syawal

Dalam tak sedar, kita hanya membilang hari sahaja menjelang Syawal. Tak terasa masa berlalu. Mungkin kesibukan menjalani kehidupan seharian di rumah dan kerjaya membuat kita tak sedar masa berlalu dengan begitu pantas.


Begitu pun, sekadar ingatan.....sudah kah kita melunaskan zakat & fitrah?


Tentang persiapan untuk menyambut Syawal, segala keperluan anak-anak yang aku utamakan telah terlaksana. Ahad lalu, aku ke Larkin mengambil baju kurung yang ku tempah. Alangkah sedihnya pabila baju kurung songket berwarna coklat tak siap! Aduhai....ketika aku hantar, tukang jahit tu kata...kain yang ku bawa cukup ukurannya...tetapi hari tu dia kata tak cukup...alamak...tak ke haru namanya? Mujur baju kurung Nadia & Natasha siap. Jadi aku dengan perasaan 'melayang' tu berpusing-pusing sekitar Larkin mencari jika ada baju kurung yang dah siap yang menepati warna tema keluarga ku tahun ini. Syukur Alhamdullillah.....akhirnya aku terjumpa sehelai baju kurung - baju nya sahaja yan benar-benar menepati apa yang aku harapkan...walaupun perlu membayar RM115 hanya untuk sehelai baju tu. RM 115 jika di tukar ke S$....... kira okay lah tu...


Aku telah selesai membuat kuih tart, makmur, samperit, dahlia, biskut strawberi dan cornflakes madu untuk ku dan emak. Hanya tinggal membuat kek marble dan kukus pada minggu ini. Sesungguhnya aku terasa sungguh penat sekali sebab ketika ini lah aku pun sibuk di ofis dengan berbagai tugasan penting serta kerenah 'bos' . Dengan ketiadaan tiga loyar di ofis yang samada cuti atau di hantar bertugas ke luar negeri, memang tak menang tangan.
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan setinggi tahniah dan kesyukuran kepada teman ku - Nooraini yang telah selamat melahirkan putera yang di nanti pada Sabtu lalu. Semoga berbahagia disamping suami dan si kecil yang comel - Uwais Firdaus...cantik namanya. Juga pada Aiman - putera sulong Sya - yang telah selamat tiba di Russia untuk meneruskan cita-cita menjadi seorang doktor. Semoga berjaya hendaknya, amin...insyaallah.
Rasanya raya kali ini kami sambut dengan serba sederhana kerana minggu raya itu juga musim peperiksaan bagi ramai anak-anak di Singapura di peringkat menengah dan PSLE. Hanya Bella sahaja yang akan menghadapi periksa pada minggu ke dua & ketiga bulan Oktober ini. Rasanya anak-anak teman-teman di Malaysia pun sedang hadapi peperiksaan kan?

Wednesday, September 17, 2008

Aduh....aduh..

Aduh...sakit sungguh seluruh anggota badan. Semalam sewaktu pulang dari kerja, kaki kiri ku terpelecut lantas aku terjatuh. Nasib baik tak jatuh terlentang ..cuma jatuh on bended knee kanan jer. Entah apa yang aku pijak di kala itu pun aku tak tau... Pada waktu itu, ceh..aku buat muka relaks jer tapi dalam hati...siap lah ni...malam karang...berbisa.

Sepulang dari rumah, aku jalan slow jer...tak berani nak renyah sangat. Rehat sebentar membersihkan diri aku terus kedapur memasak kerana Nur dah siapkan segala-galanya di dapur menunggu aku.

Aku masak.....sehingga genap2 waktu berbuka...

Nasi tomato...


Sambal udang masam manis....




Daging masak kicap...permintaan si Nabella...


Seperti yang terhidang di atas meja..menanti waktu berbuka.
Selepas solat dan berkemas sekejap di bilik, aku mula buat biskut...strawberry.


Semalam nya tu...aku dah buat kuih tart...

Anda di sana dah buat kuih raya?????

Monday, September 15, 2008

Iftar hujung minggu

Hari Sabtu merupakan hari yang begitu malas buat ku. Malas kerana dah naik syok dengan aturan alt sat off ni. Sabtu itu hanya ada tiga orang sahaja termasuk Bos aku di ofis. Yang lain semuanya group Odd Week dan staf lain yang dalam Even Week seperti aku samada outstation ataupun cuti. Seriously if datang kerja pun tak tau apa yang nak di buat..takde mood langsung nak kerja.

Sabtu itu, aku masak ikan kerisi cili api buat berbuka. Tak ada menu special sebab asyik makan mee jer sejak beberapa hari lalu. Tetapi ada lah buat sedikit kuih lompang untuk Kak Elle yang called aku suruh Natasha datang ke rumahnya petang itu.


Ini lah laksa Johor kak Elle. Sedap! Hubby suka kari udang nya dan Natasha minat kat ayam sambal tu..

Selepas berbuka, aku, hubby dan Natasha ke Geylang. Natasha masih mencari sepasang baju dan kasut buat raya. Minggu mendatang..aku dah malas nak keluar mencari sebab akan sibuk buat kuih raya. Syukur alhamdullilah. Misi mencari baju raya buat Natasha selesai secepat mungkin. Ramai sungguh orang di kawasan TKC tu. Setelah puas berjalan, kami duduk di gerai mama tepi jalan kat Joo Chiat Complex dan aku apa lagi....


NBK /Shahrul....Ini dia murtabak yang akak idamkan..at S$5.00 makan sorang pun tak habis. Tapau lagi sebab hubby tak nak makan. Natasha order

Soup Kambing with roti tetapi aku yang habis kan...sebab dia juga order Mee Kuah mamak.
Hari Ahad semalam, si Nur cuti. So aku bangun pagi keluar untuk mencari bahan-bahan membuat kuih raya. Syukur hampir kesemuanya ada. Semenjak Phoon Huat tutup cawangannya kat Sembawang MRT, aku rasa malas nak pergi kat cawangan yang lain kat Jurong East tu. So beli lah ala kadar di kedai kat rumah aku tu.
Aku tersedar dari tidur petang itu ketika hubby kejut sebab ada orang called handphone aku. Aku terus bangun dan mulakan misi memasak petang itu. Si Nur called tanya samada aku nak kirim apa-apa dari Geylang..tetapi takde apa yang nak ku pesan. So menu berbuka petang itu



Ikan sagai masak singgang with bende. Dah lama tak makan. Dan yang ini...




Ayam goreng cili ala Kak Elle. Natasha loves it!

Saturday, September 13, 2008

Jalan ke Syurga / menu berbuka


Aku tahu aku terlewat....tetapi dah puas aku cari online video tentang drama korea ini - Stairways to Heaven....mungkin adik ku Noni ada dvd nya yang boleh aku pinjam....he..he
Bila berbual dengan Kak Elle pagi tadi, dia sempat bercerita serba sedikit tentang drama popular Korea ini kerana aku terlepas menonton 10 episodes pertama drama ini yang sedang di ulang tayang kat Channel U. Dah banyak review yang aku baca tentang drama ini..rasanya hebat juga. Kak Elle sempat pesan...sedia tissue...:)


Inilah juadah berbuka untuk kami sekeluarga semalam. Roti Kirai dengan kari kepak ayam dan salad telur. Setibanya aku di rumah aku terus membancuh adunan roti kirai ini dan Nur yang mengirainya...he..he...dah expert...tak yah nak di ajar lagi.


Salad timun dan telur.

Kari kepak ayam.




Yang ini juadah berbuka untuk hari Khamis. Mee goreng sempoi...dan




Bisteak tulang rusuk. Sebenarnya aku suruh Nur beli tulang sum-sum. Entah kenapa si penjual tu macam tak kasi Nur beli tulang sum-sum kerana mungkin nak lakukan tulang rusuk. Sebab ini bukan kali pertama Nur cuba di kelentong...dah acapkali. Nanti dia..this sunday aku akan ke pasar dan tanya...

Dah buat persiapan Raya? Aku memang tak de apa banyak yang hendak disiapkan sebab semua akan aku kitar semula, pakai yang tahun lepas. Mungkin dalam masa 2-3 hari ni dah nak start buat kuih raya. Sabtu depan kena kerja sebab semalam bos dah minta aku datang sebab ada project delivery..ceh..rugi my alt sat off...tetapi ....tak kan nak kata TAK NAK....terpaksa lah ku turutkan perintah...he..he..
Selamat berhujung minggu...

Tuesday, September 09, 2008

Rezeki - Ramadhan ke 9

Syukur alhamdullillah. Banyak pulak rezeki untuk berbuka puasa harini.

Sebenarnya niat hati nak stay back kat ofis harini untuk ganti alt sat off tu...tetapi memandangkan anak-anak balik lewat, tak de yang nak jemput Nabella yang diberi kelonggaran pulang satu session lebih awal di bulan puasa ni, aku tangguh. Nur dah siap masak asam pedas ikan pari dengan sayur petola masak air untuk berbuka harini. Dia juga sempat merebus kacang hijau untuk di buat bubur. Dalam perjalanan pulang, terlihat gerai-gerai yang menjual durian..fuh..apalagi...aku beli 3 paket untuk di bawa pulang. Ini lah hasilnya..


Bubur kacang durian...


Dan Nadia yang singgah di bazar Ramadhan kat Causeway Point-Woodlands belikan aku Nasi Ayam Penyet..at the price of S$4.50 - boleh lah..tapi nasi nya terlalu banyak.

Cendol Soya dan redbean pancake dari Mr Bean - di beli oleh Natasha...he.he.. macam sama je dari blog kak Elle eh?


Pulut serunding - juga dari bazar Ramadhan....manis sikit serundingnya.
Aku memang jarang membeli makanan dari mana-mana bazar Ramadhan. Bukan apa, di samping harga yang di jual terlalu mahal, kekadang makanan tu bila tiba waktu berbuka dah nak basi. Tak berbaloi rasanya. Sebab itu seboleh-bolehnya aku lebih suka memasak dari membeli. Hanya mungkin sekali-sekala sahaja, itu pun jika ada permintaan dari anak-anak. Lagi pun sebanyak mana lah yang kita boleh makan di waktu berbuka? Anak-anak ku pula tidak makan sahur, hanya minum secawan teh panas sahaja. Begitu juga aku dan suami. Kami memang tak boleh makan di awal pagi tetapi kami pastikan makan sedikit sebelum tidur. Memanglah di galakkan untuk bersahur tapi tak boleh masuk. Cuma Nabella sahaja yang aku galakkan bersahur sebab dia masih terlalu kecil pada pandangan mata dan lagi sekuat mana lah kudrat anak bungsu ku yang kurus tinggi itu...he..he.
Eh...tertiba teringin nak makan murtabak ....alah..ni gara-gara baca blog si NBK tu ler...

Friday, September 05, 2008

Ramadhan - seminggu sudah

Selamat berpuasa semua...semoga kita tabah menjalani ibadah puasa.


Sudah seminggu kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu. Cuaca yang agak kurang baik di Singapura dengan hujan lebat hampir setiap hari memang mencabar keimanan dan kesabaran kita yang berpuasa.



Pada hari pertama berpuasa dan kebetulan cuti sekolah aku pun turut cuti. Cuti sebab nak uruskan workpermit si Nur yang telah siap untuk aku ambil kerana aku uruskan via online jer. Tapi yang hampeh dan punya lah $%^& ialah...setiba nya giliran aku nak verify documents dengan application, aku tak bawa IC!.. Ya Allah...apa punya mengong pun tak tau lah. Ni lah kes suka tukar-tukar beg...IC pun tak bawa. Di takdirkan pegawai tu tidak benarkan aku ambil work permit sebab tak de IC...so terpaksa lah aku arahkan si Nur datang ke pejabat MOM untuk menghantar IC ku tu. Sejam setengah lamanya aku duduk di kerusi menanti kedatangan Nur sampai terlelap. Aduh dengan cuaca hujan yang sejuk...mata pulak bagai di paksa untuk pejam..puas aku lawan....fuh! Selepas urusan work permit selesai, aku terus ajak Nur ke Vivocity untuk ke Giant memborong beberapa barangan pasar.



Semalam, setelah sekian lama asyik makan mee bakso, mee hoon goreng puteh, epok-epok sardin, roti john ...(tak sempat atau mungkin malas nak ambik gambar), aku putuskan nak masak nasi briyani. Tambahan pula, nasi briyani yang aku makan kat pasar Geylang malam sabtu tu hampeh...tak sedap. Dan setelah masak, teringat pulak kat Kak Elle. Lalu aku hantarkan Natasha untuk berkunjung kerumah nya sambil membawa sedikit juadah berbuka. Dan Kak Elle, dia balas macam2 lagik..


Mee rebus...sang suami yang makan...licin hingga menjilat jari. Sambal tumis sotong yang memang menjadi kegemaran ku, daging ketumbar yang Natasha kata sedap tu kita lupa plak nak ambil gambar sebab dah habis baru teringat..he..he



Surprise...a tudung set with brown headband...wah!

Nabella telah mula berpuasa tahun ini. Dia begitu teruja sekali. So far semalam merupakan hari pertama dia puasa penuh...gembira sungguh! So...tahun ini choice menu berbuka puasa di berikan pada Bella...so apa yang dia hendak makan, aku cuba masakkan...much to the annoyance fromi her 2 big sisters...ha..ha..