Bella dalam feri ke Batam
Ini gambar dari bilik connecting yang kami sewa @S$65 semalam. Bersih dan selesa.

Bella sewaktu ambil wudhu.
Pemandangan dari arah tingkap kamar kami.
Di hari pertama, setelah penat shopping di Batam City Square, Ari membawa kami bersiar-siar ditempat peranginan yang baru di buka minggu lalu. Ocarina - ala Ancol katanya. Masih terlalu baru. Kelihatan bersih dan menarik. Angin petang sepoi-sepoi bahasa. Kami menikmati minum petang dan makan Mee Bakso di tepian pantai.

Cantik kan tempat makan seafood. Di tepian pantai yang luas terbentang. Memang rasa damai sekali.
Esoknya selepas sarapan di hotel, kami bersiar dan membeli belah di Nagoya Hill. Happening sungguh tempat ni dan boleh terlihat betapa ramainya warga Singapura yang datang shopping dam makan-makan seperti kami..he..he..

Setelah rehat di waktu tengahari, kami keluar sebelah petang menuju ke DC Mall. Adalah yang aku cari tu..alhamdullillah jumpa..
Setelah penat, kami makan sate padang di satu tempat (tak ingat) - yang rata-rata penduduk nya asal dari Padang. Kami makan sate padang, mee goreng, soto padang dan murtabak manis yang sangat enak.