Tuesday, January 06, 2009

Tentang Novel Di Langit Cinta

Berikut adalah lamparan emel yang saya hantarkan kepada penulis Lily Haslina. Pandangan peribadi yang ikhlas dari saya.

----------------------------------------------------------------------------
Seperti yang di janjikan, berikut adalah pandangan peribadi saya.

1. APA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG DI LANGIT CINTA?

Pertama - Jalan cerita yang sangat baik. Kedua, dialog-dialog yang amat menyentuh hati. ketiga - Raiz, kerana cintanya yang amat teguh buat Hani.

2. PERKARA YANG ANDA TIDAK SUKA TENTANG DI LANGIT CINTA?

Yang tak suka? Tiada.

3. BABAK DAN DIALOG YANG MANA YANG PALING ANDA INGATI DI DALAM DI LANGIT CINTA?


Babak di mukasurat 56 : "Overtime?"

"Malam tadi bergayut kat pokok mana? pokok kekabu ke pokok bakau?"

"Dia tak ingat lah. Dia jadi langsuir masa terbang malam jer. Siang kena paku, kaki pun dah jejak ke bumi."

Pecah perut saya ketawa sorang-sorang...tak mungkin saya lupa hingga kini....


4. WATAK YANG PALING BERKESAN DI HATI ANDA?

Naim. Seorang sahabat, adik angkat yang sejati, di kala senang dan susah dan senantiasa berada di sisi Raiz. Watak lebai kodok nya sungguh lucu terutama part dia tertiba terpaksa jadi ustaz ketika Raiz nak menolong Hani dari di ganggu Dato Jay.


5. KALAU ANDALAH PENULIS DI LANGIT CINTA, APA AGAKNYA PERUBAHAN JALAN CERITA YG ANDA LAKUKAN?

Panjangkan hayat Meriam, Dapatkah dia boleh menerima Hani seadanya? Bagaimana dengan Raiz? Adakah dia akan tetap bersama Meriam dan Karina dan meninggalkan Hani?

Itu sahaja pandangan saya. Apa pun novel ini tidak menghampakan saya. Saya juga gemarkan dua novel-novel Lily yang terdahulu, esp Moga Kau Mengerti Tahniah dan teruskan berkarya
.

Salam dan terima kasih.

Norabella @norabella277.blogspot.com
Singapura

3 comments:

Ummi365 said...

tq for posting this. nak kena bacalah nampaknya kan.. kalau tidak nanti tak faham apa yang nora tulis.

Lily Haslina Nasir said...

salam norabella,
terima kasih sebab masih tak putus buat promosi novel di langit cinta tu. sangat-sangat menghargainya!
love and cheers!

aNIe said...

Nora...ni yang buat akak nak beli novel ni...akak tak pernah pun baca novel tulisan Lili Haslina...nak cari jugak Moga Kau Mengerti...heheheh..jeles tau tgk nora boleh habiskan novel2 yang dibeli dengan cepat...