Monday, February 09, 2009

Pernah kah anda rasa....

Entah kenapa, harini aku rasa semacam jer. Tidak tahu bagaimana nak dicerita tetapi memang ianya menyesak kan hati.

Scenario 1
=======

Ada tetamu menalipon hendak berkunjung kerumah sedangkan anda baru keluar menaiki bas - note...tidak punya kenderaan sendiri, untuk keluar berdua dengan suami yang baru pertama kali dapat cuti di pagi Ahad. Hasrat hati nak berjalan sarapan dan jalan-jalan terpaksa di batalkan dan teruskan ke pasaraya sebab tetamu nak datang. Tetamu siap kata nak kita masak menu kegemaran nya.

** Apa yang akan anda lakukan? Patah balik atau teruskan hasrat dan beritau mereka supaya datang lain hari?


Scenario 2
=======

Tetamu merungut sebab mereka dah sampai rumah tetapi tuan rumah belum balik. Siap mengadu lapar sebab belum sarapan. Sedangkan masa dia telepon, kita baru naik bas berangkat pergi. Tuan rumah kan kena pergi pasaraya belanja dan kena isi perut dahulu.

** Apa yang akan anda lakukan? Buat bodoh jer atau cakap baik-baik yang kita dalam perjalanan pulang.


Scenario 3
=======

Sampai dirumah terus menyinsing lengan memasak untuk juadah menjamu menu permintaan tetamu. Memang nampak gaya tetamu belum makan...syukur alhamdullilah...sempat dan selamat semuanya.

Esoknya, tetamu kata..menu semalam terlalu ' pedas', kurang itu...ini...dan mula menyoal siasat apa yang kita letak dan tak letak dalam masakan. itu. Erk....apa ini? Kenapa pulak?

Scenario ini dah terjadi lebih dari 5 atau 6 kali....di lain masa dan ketika tetapi menu ini juga yang di minta.

** Apakah anda marah dengan kenyataan ini. Apakah anda akan masak lagi jika di minta? Patutkah tuan rumah rasa kecil hati atau geram? Salah kah kita jika tidak dapat menerima teguran orang sedangkan ini bukan yang pertama kali. Pedas pun salah...tak pedas pula tak sedap. Haruskan acara memasak juadah ini harus di di ketepikan langsung, makna nya tidak akan memasak walaupun kunjungan di terima.

Scenario 4
=======

Seorang teman menalipon konon nya nak tumpang mencurahkan rasa hati. Beriya-iya dia menangis dan bercerita konon nya di tiada tempat untuk mengadu. Padahal pada masa yang sama, dia menikam kita dari belakang dengan tohmahan dan cerita karutnya itu.

** Apakah yang akan yang anda lakukan?

7 comments:

Kak Elle said...

scenario pertama..kata kat dia you dah keluar ada rancangan lain.

scenario kedua.. mereka tak reti bahasa ke nak kita spell it out.

scenario ketiga..suruh dia masak sendiri kenapa amek peluang dan kesempatan orang lain.

scenario keempat..ni lah musuh dlm selimut yg manis di depan tapi makoi hati kaudu di belakang.

setelah membaca dr 1- 4 saya akan tinggalkan sahabat ini..not worth it and it won't be our lose.

Ummi365 said...

ermmm... comment 1 cakap je dah keluar.. comment 2 aik dah datang rumah orang bising2 pulak..comment 3 dah lah meminta lepas tu pandai komen.. comment 4 orang macam ni tak patut di layan.. pulaukan je..hehehe.

ini apa yang ummi rasalah ya nora.. mungkin salah..

Unknown said...

Salam Sis.

Scenario 1 - Kalau dah keluar, kata dah keluar. Kalau belum keluar tetamu lum datang, kata dah nak keluar. Kalau belum keluar, tetamu dah datang, layanilah tetamu itu walaupun seketika.

*etika tetamu meminta dimasakkan tak patut.

Scenario 2 - Katakan di mana anda berada dan sedang apa dan katakan bahawa anda akan pulang secepatnya dan nyatakan waktu yang harus ditunggu supaya mereka boleh ke mana-mana dahulu sementara menunggu.

Scenario 3 - Marah itu bisikan syaitan. Kalau anda telah melakukannya dengan seikhlasnya, dengarkan sahaja. Itu hanya keluhan orang.

*tetamu ini tidak beretika.

Scenario 4 - Beritahu teman anda itu bahawa kalau menceritakan tentang aib orang anda tidak mahu mendengarkannya.

*Kesimpulan - Anda telah merahsiakan aib orang-orang yang dimaksudkan. Syabas! Jazakillah Khair!

Love
Sis Lailah
www.simplymuslimah.com

Sya said...

Nora.. kalau sya dpt tetamu mcm tu, mau aje sya seligikan tau. Menaikkan darah i.

and utk kawan yg terakhir tu.. jgn lah dipanggil kawan.. yg tu .. hish tak tau apa nak dinamakan..kalau cakap kang kesat bunyinya

cikMilah said...

Nora,
Kawan macam ni, next time datang, I beli mee mamak jer jamu dia!

Kes mengata atau tikam dari belakang.. I pernah kena. I told her.. as a muslim,I maafkan you. I can forgive but cannot forget.
Sendiri fahamlah kan..

Norabella said...

Salam semua, wah..macam-macam pandangan yang saya terima. Terima kasih dia atas pandangan anda. Memang kita semua berbeza tetapi sebagai manusia biasa kadangkala kita tak terlepas dari merasai sakit hati kan?

Kita bertemu, bersua muka dan bertamu untuk menjalin persahabatan dan persaudaraan abadi tanpa sebarang syarat. Semoga niat ikhlas kita semua di berkati Allah.

Unknown said...

Salam Nora,
Setuju dengan Kak Elle 102%. Don't waste your time berkawan dengan orang macam ni walaupun dah lama kenal.