Tuesday, April 21, 2009

Pesta Buku dan K-fever

Setelah sekian lama menanti akhirnya sampai juga aku ke PWTC yang sungguh gah, padat dengan orang ramai dan segala macam buku, majalah dan yang sewaktu dengan nya.

Perjalanan aku ke KL bermula pagi Jumaat, 17 April 09. Perjalanan selama 5 jam tak terasa sebab di penuhi dengan menonton dvd Korea dari portable dvd yang aku bawa bersama. Bas pesawat Aeroline ini sungguh selesa dan seronok..smooth ..cuma aku jer yang pening-pening lalat sebab semalam nya hanya tidur jam 3 pagi sebab terlalu ghairah...he...he.

Setibanya di KL aku terus ke hotel yang telah di tempah. Sungguh pun agak kecil tetapi tetap selesa dan bersih. Sementara menanti kedatangan Sya , setelah check in aku keluar shopping! Apa yang ku beli? Ini dia...

CD SS501 & Shinhwa dan juga DVD BOF

Dah lama menanti dan menunggu. Berbaloi sebab dapat 50% dan lagi fresh from the oven! Sya tiba jam 8 malam dari pejabat. Setelah berpelukkan...kita pun berborak lah..sambil makan nasi briyani yang sungguh enak dan lazat....muah! 5 stars untuk nasi briyani tu. Sya mula menonton dvd drama My Lovely Samsoon....dia dah tersangkut kat Hyun Bin tu...er...LMH please give way....ha..ha..


Setelah sarapan pagi esoknya, kami pun ke PWTC. Aduhai ramainya orang...parking pun padat...lama jugak aku dok menunggu Sya parkir kereta nya. Kak Elle dan Mas pun ada di sana. Seronok le bertemu ramai member. Jenuh melalui lautan manusia di PWTC ini. Berpeluh seluruh badan...akan tetapi....hilang rasa penat bila kami tiba di booth -



Booth Karnadya - Aina Emir. Tak sangka dia masih ingat aku walaupun hanya bertemu sekali saja beberapa tahun yang lalu di majlis kawin anak Mamajambu. Dan secara kebetulan Mamajambu memang berada di booth Karnadya sedang berbual dengan siapa lagi jika bukan...


Aisya Sofea dan keluarga! Gembira tak terkata. Bak mimpi bertemu novelist yang antara yang paling aku minati. Ketika aku keluarkan beg kosmetik gambar aktor Korea - Bae Yong Joon, melompat Aisya Sofea kesukaan...ha..ha...peristiwa yang tak mungkin aku lupakan...

Lihat gambar Aisya bersama Kak Elle dan beg kosmetik BYJ. Kak Elle dan AS ni macam adik beradik pulak eh...betul..tak bohong..cuba tengok.... (kak Elle.. nak kena check if you are related ke tidak...he...he..)

Selepas itu Mamajambu jadi tour guide kami. Kita terus menuju ke booth Alaf21. Kelihatan seorang lagi novelist kegemaran aku - Anis Ayuni yang sungguh anggun dan sopan duduk sambil membaca. Aduhai..tertiba rasa segan pulak. Sebaik saja Mamajambu mengenal kan aku pada nya...Anis Ayuni terus bangun dan memeluk aku.....(terharu sungguh). Sekian lama kenal di blog baru kali ini bersua muka. Berbaloi kedatangan aku sebab novel baru nya pun baru di edarkan..wah....happy!!!!


Aku sempat bertegur sapa dengan Norzailina Nordin yang juga punya buku baru = panduan memasak. Terima kasih buat Sya Unnie yang menghadiah kan aku buku Norzailina... muah! Kemudian kami bertegur sapa dengan Ramlee Awang Murshid dan novel terbarunya Mikhail - RAM sungguh lah ramah tamah dan terkejut bila mengetahui kami datang dari Singapura :)

Sya dan Kak Elle serta Mas dah gave up kepanasan. Tapi Mamajambu bawa aku ke booth NB Kara untuk menemui sorang lagi penulis yang sekian lama kau minati - waima apa pun orang komen dah kutuk akan novel nya - Norhayati Berahim. She is so sporting and such a lovely lady..begitu juga dengan Lily Haslina Nasir yang terkejut bila di kenalkan oleh Mamajambu. Kiranya dia masih ingat akan aku yang pernah memenangi kuiz novel Di Langit Cinta nya. Siap ambil gambar beramai-ramai dan NB juga berpesan agar aku mencuba kuiz novel terbarunya - Setiap Jumaat. Terima kasih Lily and Norhayati....di atas layanan yang di beri.


akhir sekali....aku di bawa bertemu dengan.....

Najwa Aiman. Loyar sorang ni..bila dah nak balik baru perasan yang aku ni siapa...alahai..khayal sungguh. It was nice meeting with you!

Oh iya...pada awalnya, aku singgah di booth JS. Niat di hati nak bertegur sapa dengan Kak Noor Suraya. Tetapi nampaknya kak Su busy melayan tetamu dan aku pulak tak bertemu sesiapa yang ku kenal. Aku mencari novel terbaru Syud tapi takde pulak...so....aku pun keluar dari booth JS dengan rasa hampa. (Pada pagi Ahad, aku singgah lagi PWTC sebelum pulang sebab nak singgah booth JS dan sempat mengenalkan diri pada Kak Suraya akhirnya dan juga pada Adhan yang nampaknya terkejut...he..he..Aku akhirnya beli novel Nazurah Aisyah - sempat bertemu penulis nya yang katanya pernah dengar namaku...Oh..iya ke...he..he..dan juga Syud yang kecik molek duduk di hadapan nya.)

Kita singgah makan tengahari di Restoran Yusof Haslam. Makanan nya punya lah sedap....Nampak juga lah kelibat sang empunya restoran yang sangat lah 'dashing' tu. Terima kasih Sakurasa..for the lunch. Setelah itu, kami memasing berpisah mengikut haluan sendiri. Semua ada rancangan sendiri dan aku dan Sya juga begitu.

Kami nak ke Little Korea malam Sabtu itu..tetapi setiba nya di hotel, aku dah ke Pulau Bantal dan Sya dah mabuk K-drama...ha..ha...

Akan tetapi, kami sampai jugak ke Little Korea tu. Terletak di Ampang..kawasan ini merupakan tempat di mana masyarakat Korea menginap di KL. Banyak restoran dan kedai barangan Korea di sini. Lihat lah apa yang aku borong......



Setelah puas shopping dan makan, kami pulang...dan bermula lah lagi satu siri marathon...tapi kan aku fully understand sebab Sya Unnie...your dongsaeng pun dah banyak kali buat gitu...he..he..

Pagi Ahad tu, setelah checked out, Sya bawa sarapan pagi di kawasan Sentul. Aku makan sup daging dan nasi...tak pernah aku cuba sebelum ini but it was refreshing!

Berbahagia sungguh aku di sepanjang 3 hari di KL. Bertemu sahabat handai yang baru dan lama. Persahabatan dan persaudaraan atas dasar kemanusiaan sesama manusia sejagat. Bukan hendak menumpang glamer, kesenangan dan kemewahan sesiapa pun....jangan tanya apa yang kita terima dari seorang sahabat itu tapi tanya lah pada diri kita apa yang telah kita beri pada orang yang bernama sahabat itu....walaupun sekadar ucapan terima kasih!

4 comments:

Sya said...

Nora Dongseng.. ur unnie ni dah mula tenguk Love to Kill in KBS World.. i was thinking nak learn korean language nanti senang kalau dpt jumpa LMH ke ha ha ha..

I selalu lupa apa i beri orang but remember sume orang bagi.. and suarely i tak tumpang glamour ha ha ha tapi sebagai camerawoman cantik gak gambar i amik ek

noyida said...

alamak jeles ler tak dpt gi jumpa my favorit novelis si NB. Kak Nora, thanks ya belikan I buku dan get her autograph sekali..berbaloi beli buku NB..watak dlm citer dia dan penulis nya memang best tak macam org tu kan...tulis macam baik, but in reality, hanya Allah yg tahu...kan kan ?

Kak Elle said...

seluas2 nya negri kita jumpa pulak kat sini...kalau hati dah sejiwa tak lari kan Nora?

Kalau bilik hotel tu kecik nora takpe asal penghuni nya berhati besar:)

My room kat Concorde very big bab dapat upgrade ke King Floor.

aNIe said...

Nora...tgk gambar2 kat entry nora ni...akak mengurut dada...sabar jelah...hehehhe...banyaknya novelis yang nora jumpa dan dpt amik gambar...jeles tau...huhuhuh....

Lesen akak pada hari tu singkat...lesen untuk keluar bermula petang...jadi tak dpt lah nak beronggeng di Pesta Buku...huhuhu