Saturday, April 11, 2009

Sekadar buat renungan...

Terbaca artikel ini...buat renungan kita bersama..

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.



Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.



Firman-Nya yang bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah al-Baqarah, ayat 191)



Firman Allah: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan" (Surah al-Hujurat, ayat 6)



"Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain" (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Semoga Allah senantiasa melindungi hambanya..


4 comments:

aNIe said...

Dosa orang membuat fitnah adalah lebih besar dari dosa orang yg membunuh...

Entahlah...agaknya orang yang suka buat fitnah tu dah tak kenal dosa pahala kot...pastu dia takde kerja lain & dah sah2 diorang tu semua ada perasaan hasad dengki...

Jadi jauhkanlah diri kita dari mereka2 yang suka menabur fitnah...semoga hidup kita akan lebih tenang...

Kak Elle said...

Terima kasih Nora kerena kongsi bersama nasihat ni.

Mmg kita selalu di fitnah kan?

zino said...

tapi kenapa ramai yg suka buat fitnah ya? itu yg tak paham..

Sitie BUm BUm said...

pernah gak ct difitnah org.. sedey..