Thursday, April 30, 2009

Senarai koleksi novel terkini

Ini lah senarai novel-novel yang terkini berada dalam koleksi.



Lagu Cinta dari Iejay Zakaria. Novel ini sedang aku baca...agak menarik sebab apa-apa mengenai undang-undang, peguam dan corporate world menarik minat aku. Just in line with current work ....and no..aku bukan sorang loyar..tetapi di kelilingi oleh mereka setiap hari. Aku beli di JB novel ini.






Tanya pada Hati oleh Iman Xara. Cantik kan cover novel ini...semanis penulisnya yang sempat aku tegur di booth JS semasa aku di sana. Sayang tak berkesempatan nak minta tanda tangan sebab novel ni aku beli di JB.


Yang tiga di bawah ini adalah hadiah dari Alaf21. Belum sempat aku baca pun, namun akan tetap aku baca jugak nanti..insyaallah.










Yang ini..Rahsia Dapur oleh Norzailina Nordin. Hadiah dari teman sekepala dan sejiwa - SYA.
Thank you so much!



Yang ini pulak aku dapatkan buat seorang teman.







Tak tu temui penulis Leeya Myra tapi happy dapat jumpa RAM.


Novel Rahsia Hati Sofia - Nazurah Aishah dari Jemari Seni. Hopefully better than Lili Buat Najah. Aku cari juga novel terbaru Syud....tapi tiada.




Tarikh Luput Cinta oleh seorang lagi my favourite novelist - Lynn Dayana. Sayang tak berkesempatan untuk bertemu. Di lain kali, insyaallah.



Sungguh Aku Cinta - Anis Ayuni. Bertuah sungguh sebab novel ini siap pada masa aku sampai di Pesta Buku. My all time favourite novelist!


Matahari ku oleh Aina Emir. Another of my all time favourites! Kesemua novel nya tidak pernah menghampakan aku. Terlebih suka akan Bunga-bunga kemboja dan Kau Laksana Bulan.....siap promote kat Kak Elle! Dengarnya novel Matahari ku ini habis terjual. Syabas!




Aku ada Kamu oleh Lily Haslina Nasir. Aku menggemari tulisan Lily sejak Epilog Cinta dari Alaf21. Tersentuh dengan cerita Moga Kau Mengerti dan terhibur dengan di Langit Cinta. Novel ini juga pasti hebat. Itu yang ku baca dari review di sana sini. Syabas Lily!



Siapa yang tak kenal Norhayati Berahim? Hampir kesemua yang meminati novel pasti membaca tulisan nya. Seperti aku yang mempunyai hampir kesemua novel-novel nya. Novel-novel NB Kara kebelakangan ini cantik-cantik cover nya.
Aduh...pening-pening...tak tau nak mula dari mana selepas Lagu Cinta....he.he.

10 comments:

aNIe said...

Nora ni ...sengaja membuat akak tak senang duduk untuk memiliki novel2 dari novelist kesayangan nora tu...sebab tiap buku yang nora rekomen kat akak tak pernah mengghampakan...

Sekarang akak tengah mencari buku2 anis ayuni...

Eh!! Buku RAM tu dah baca lom?...best tak?

Norhayati Berahim...akak pernah membaca bukunya dulu...tapi dah tak ingat...lama dulu...

Sya said...

Dongseng banyaknya nak kena baca.. mana satu nak dulukan ni citer korea or novel melayu

maktam_girl said...

salam kak nora,

saya juga penggemar novel dan antara novelis favorite saya adalah RAM, anis ayuni, aina emir dan lily haslina... kesemua novel RAM dah saya khatam, dan mikhail pd pendapat saya mmg best! suspens, ada cinta dan kekeluargaan jugak.. dan novel2 by AA, AE dan LH tu akan saya carik lps nih!!! teruja nye.. heheheh

Norabella said...

Kak Anie...jangan tak tau. Nora dah boleh buka mini library. Tentu nya pilihan yang terbaik. Tapi ada jugaklah yang hampeh. Separuh jalan jer baca or bila baca..ngantuk jer..maknanya tak best! Kalau tak..sampai kepagi pun Nora tak berhenti tau! Novel RAM tu belum baca lagi...tunggu giliran.

Norabella said...

Unnie...tu lah. Dah lama dah I tinggalkan novel-novel sejak wabak BOF & WGM melanda...tak game-game.
Nak kena pick up balik ni.

Norabella said...

Salam Mamajijie...wah sorang lagi peminat novel! Yes! Wah citarasa kita sama ek. Memang best kan novel-novel mereka ni semua? Eh..cari jangan tak cari..promote habis ni..he..he..

Kak Elle said...

ooooo byk nya..sama lah kita mana satu dulu eh...korea or novels?...hahaha

buku raden galoh dah baca belum?

Norabella said...

Ha...ha...terlupa plak buku Raden Galoh..thank you for the book and also for reminding. That is a MUST read for all women!

noyida said...

Kak Nora, banyak nya buku. Tulah sibuk sgt ngan KD, sampai tak tersentuhkan buku tu.Hah kalau x terbaca, pass to me. I dah abis baca buku Setiap Jumaat tu. Tak pernah boring baca buku karya Norhayati Berahim. Boleh nangis dan juga ketawa sampai pembantu kat rumah ingatkan I ni tak betul walhal I terbawa bawa ngan citer Setiap Jumaat tu..best....lagi best buku tu ada tandatangan si penulis pujaan hati tu. Thanks kak Nora.

Norabella said...

Chuai..amboi..amboi...dia dah khatam dah? Memang lah terlalu sibuk with KD. Actually tengah terfikir-fikir nak start yang mana since dah habis baca novel Iejay tu.