Semalam, kami sekeluarga menjamu selera dengan Nasi Ayam ala Sya. Nasi ayam ini amat di gemari oleh anak-anak serta suami kerana kerangupan ayam goreng nya. Memang lah ada berbagai versi dan cara untuk memasak Nasi Ayam tetapi..lain orang...lain lah rasanya. Di antara anak-anak ku, Nabella lah penggemar setia Nasi Ayam tetapi dia hanya makan Nasi Ayam di Banquet dan bukan dari gerai lain. Mungkin kerana keaslian rasa nya sebab kebanyakkan Nasi Ayam Banquet adalah versi Hainan dan Bella menggemari perasa ayam putih nya ataupun "White Chicken".
Nasi Ayam ala Sya
Yang ini juga merupakan makanan kegemaran di rumah - Nasi Briyani terutama si Nur. Anak-anak suka jika ayam nya di masak merah atau briyani. Jika tidak aku masak Daging briyani untuk di padankan dengan rojak timun dan nenas serta dalca. Mungkin esok lusa aku akan masak untuk hidangan keluarga.
Ini Nasi ayam Penyet versi Norabella
Sungguh pun tak sesedap Nasi Ayam Penyet Ria atau Resto, tapi boleh lah tahan sedapnya. Juga merupakan masakan Nasi yang amat di gemari keluarga kami.
2 comments:
tengah lapar ni .... mmg nasi ayam banquet paling best...hehe
Pepagi dah terfikir nak makan ansi ayam penyet ni... kat KL ni jauh nau tempatnya
Post a Comment