Tapi kami selalu nya ada jamuan tersendiri yang di berikan oleh bos masing-masing serta dari syarikat tempat kerja ni. Tahun ini Majlis yang di anjurkan oleh Management kami akan di adakan pada hari Isnin depan kerana dewan kafeteria yang sedang di baik pulih dan akan hanya siap hujung minggu ini. Tahun lalu, kami di jamu makanan lazat dari Bali Thai dan setiap setiausaha di beri hadiah coklat dan beg shopping dari Harrods. Berbaloi jugaklah...
Di pihak aku pulak, bos telah berangkat atas urusan kerja sejak Rabu lalu, meninggalkan aku dengan bermacam tugas yang tak menang tangan rasanya. Dalam pada itu, dia sibuk suruh aku adakan majlis makan tengahari untuk kesemua setiausaha yang dalam senarai ' the friends of Legal Dept'. Mulanya aku menolak sungguh-sungguh sebab tak seronok rasanya adakan majlis untuk setiausaha tetapi sebagai tuan rumah, bos aku pulak yang takde. Puas aku mengelak dan menolak dengan baik....ditambahkan lagi pihak Management akan adakan majlis yang sama Isnin depan. Katanya...dia nak yang buat yang terbaik buat aku dan yang lain....Aduh..Aduh...
Jadi, bila dia tiba-tiba menyerahkan Cash Cheque sebanyak S$xxx kepada aku, bayangkan betapa terkejut nya! He is not taking a No as an answer! Okay lah..aku turutkan hajatnya.
Maka bermula tugas menjemput setiausaha-setiausaha dan penolong admin yang berada dalam senarai yang di garis oleh Bos. Manusia ni penuh dengan bermacam ragam! Yang di undang...tak nak datang....tapi masih sempat menyindir kenapa undang mereka-mereka yang kononnya "not even a secretary" ! Eh....suka dia pulak. Dah tu ada pulak yang minta di buat kan cake atau cupcakes sebagai hadiah......eh.......boleh gitu? Dalam pada itu, staf aku sendiri buat perangai tak nak turut serta entah sebagai bantahan atau entah apa pun aku tak tau! Geram sungguh...mulalah tu nak mengelak! Tak habis-habis beri masaalah...baru kahwin seminggu dua dah tunjuk muka problem...kerja pun jadi tonggang langgang...pening betul minah sorang ni!
Oleh kerana Bos takde, menu yang aku order hanyalah Nasi Padang special yang memang menjadi kegemaran ramai di syarikat kami ini. Aku minta caterer nya pack dalam kotak yang special. Jadi mereka boleh pilih samada nak makan bersama di ofis ataupun jika mereka suka, mereka boleh makan di ofis masing-masing. Ramai jemputan hairan bila mengetahui tentang Bos aku yang berada di Brazil di atas urusan kerja tapi masih nak beri mereka treat! Itulah Bos aku tu!