Friday, April 25, 2008

Minggu Setiausaha

Minggu ini minggu Setiausaha. Sambutan di Singapura tak segah di Malaysia yang mana sering diadakan majlis dan jamuan yang selalu disertai oleh artis-artis terkenal.

Tapi kami selalu nya ada jamuan tersendiri yang di berikan oleh bos masing-masing serta dari syarikat tempat kerja ni. Tahun ini Majlis yang di anjurkan oleh Management kami akan di adakan pada hari Isnin depan kerana dewan kafeteria yang sedang di baik pulih dan akan hanya siap hujung minggu ini. Tahun lalu, kami di jamu makanan lazat dari Bali Thai dan setiap setiausaha di beri hadiah coklat dan beg shopping dari Harrods. Berbaloi jugaklah...

Di pihak aku pulak, bos telah berangkat atas urusan kerja sejak Rabu lalu, meninggalkan aku dengan bermacam tugas yang tak menang tangan rasanya. Dalam pada itu, dia sibuk suruh aku adakan majlis makan tengahari untuk kesemua setiausaha yang dalam senarai ' the friends of Legal Dept'. Mulanya aku menolak sungguh-sungguh sebab tak seronok rasanya adakan majlis untuk setiausaha tetapi sebagai tuan rumah, bos aku pulak yang takde. Puas aku mengelak dan menolak dengan baik....ditambahkan lagi pihak Management akan adakan majlis yang sama Isnin depan. Katanya...dia nak yang buat yang terbaik buat aku dan yang lain....Aduh..Aduh...

Jadi, bila dia tiba-tiba menyerahkan Cash Cheque sebanyak S$xxx kepada aku, bayangkan betapa terkejut nya! He is not taking a No as an answer! Okay lah..aku turutkan hajatnya.

Maka bermula tugas menjemput setiausaha-setiausaha dan penolong admin yang berada dalam senarai yang di garis oleh Bos. Manusia ni penuh dengan bermacam ragam! Yang di undang...tak nak datang....tapi masih sempat menyindir kenapa undang mereka-mereka yang kononnya "not even a secretary" ! Eh....suka dia pulak. Dah tu ada pulak yang minta di buat kan cake atau cupcakes sebagai hadiah......eh.......boleh gitu? Dalam pada itu, staf aku sendiri buat perangai tak nak turut serta entah sebagai bantahan atau entah apa pun aku tak tau! Geram sungguh...mulalah tu nak mengelak! Tak habis-habis beri masaalah...baru kahwin seminggu dua dah tunjuk muka problem...kerja pun jadi tonggang langgang...pening betul minah sorang ni!

Oleh kerana Bos takde, menu yang aku order hanyalah Nasi Padang special yang memang menjadi kegemaran ramai di syarikat kami ini. Aku minta caterer nya pack dalam kotak yang special. Jadi mereka boleh pilih samada nak makan bersama di ofis ataupun jika mereka suka, mereka boleh makan di ofis masing-masing. Ramai jemputan hairan bila mengetahui tentang Bos aku yang berada di Brazil di atas urusan kerja tapi masih nak beri mereka treat! Itulah Bos aku tu!

6 comments:

Sya said...

Nora.. leh pos tak nasi padang tu sampai sini sya pun merangkap seketari Chairman gak ni he he he

Pada sapa yg banyak kerenah tu tak yah aje bagi.. biar dia org pandang aje

Kak Elle said...

Nora mereka2 yg menolak tu rugi lah..mmg byk kerena kat office you ni eh?Bagi kat I and Sya aje lah pada mereka yg tak nak hadir tu...hehe

Kak Elle said...

btw HAPPY SECRETARY WEEK:)

Norabella said...

Sya...by the time post dah basi le nasi padang tu..mmg sedap.

Memang pun...bak kata orang kat sini..'banyak colok'...bluekkk...

Norabella said...

Kak Elle, Thank you.

Tentang orang yang tolak tu...dia tak nak..tapi bila kita makan, dia menjeling jer..Yang balance sepaket tu bagi jer kat dia. Tak bagi nanti macam2 plak cerita yang kita dengar.

aNIe said...

Lar...macam2 kerenah pulak ye...boleh demand2 lagik...

Kalau kat Malaysia ni sambutan Hari Setiausaha bukan main grand lagik...sana sini hotel mengadakannya...siap ada artis jemputan lagi...


Org yang tak nak tu...tak payah bagi makan...dah bagi free pun banyak hal jugak ye...macam2 manusia ni