Monday, April 14, 2008

Hari Lahir...Natasha

Harini...aku kurang sihat...sememangnya sejak Jumaat lalu tak sihat tetapi oleh kerana kesemua clerical staff ku cuti (sorang pergi holiday kat Melaka, sorang cuti kahwin dan yang sorang lagi balik KL) aku tahan....

Jadi harini, aku dapat MC...sehari jer. Namun hampir jam 11 aku masih di ofis....aduhai. Kebetulan hari ni 14hb April adalah hari ulangtahun anak ku yang ke 2 - Nur Natasha Amelia yang ke 13. Selepas makan ubat dan tidur...aku bangun dan masak nasi briyani, ayam masak merah, paceri nenas. Aku juga buat kek birthday untuk Natasha.

Semoga menjadi anak yang solehah, bijak pandai dan hormat pada orang tua...amin..insyaallah.
Kek hari lahir - kek coklat



Natasha (kanan) bersama kawan baiknya.

2 comments:

Kak Elle said...

Selamat hari lahir natasha semoga menjadi anak yg soleha dan kebangaan ibu dan ayah.

Nora buku N Ibrahim kat bawah tu mengancam betul lah.

maklang said...

ha[[y besday Natasha...

Emaknya tu dah sakit2 pun memasak jugak ye...anak punya pasalkan...