Ingat tak kisah si Meenachi tu?
Dua hari sebelum raya Deepavali, dia dah amik cuti. Aku tak kisah le...tapi yang buat aku geram ialah hasil kerja dia. Geram sungguh. Teruk!
Kalau dah basic office work macam filing, photocopying or even hantar documents ke jabatan lain pun dah salah...apa yang harus aku beri kan kepadanya????? Fuh....mabok kepayang aku menahan hati dan perasaan melihat karenah dia. Tak apa...akan ku tunggu kepulangan bos aku nanti.
Semalam, ketika aku sampai di ofis, tertiba aku rasakan yang dia tak datang. Tup-tup eh..eh..aku terima mesej dari dia mengatakan yang dia jatuh dari tangga..(alamak...part ni aku terbayangkan filem Rajni Kant - nasib baik takde rail keretapi kat rumah dia.....) dan akan ke poliklinik. Aku tak tau samada nak simpati atau pun nak marah tapi aku pendamkan sahaja. Dua jam kemudian satu lagi mesej dari dia katanya dia MC dua hari..aduhai...MC yang keberapa pada tahun ini eh???? Aku dah really lost count!!!
G datang dan merungut pada ku. Seperti aku, G pun sakit hati sebab di kala Bos baru pulang dari luar negeri...dah cuti 2 hari...dia MC lagi...memang dah kes teruk kan???
Dengan tak disangka-sangka, Bos panggil aku dan G tadi untuk masuk ke ofis nya. Terkejut aku sebab tadi memang kami berdua sibuk betul. Memasing ada kerja yang hendak di uruskan.
Bos minta pendapat kami berdua tentang si Meenachi. Terkejut dan terkedu kami berdua. Bos kata....dia tau yang aku dan G terlalu lama mendiamkan perkara ini dan terlalu lama merahsiakan segala hal si Meenachi tu. So pada pendapat Bos, dia harus bertindak dan jika di ikutkan hati nya yang marah, dia nak buang saja si Meenachi tu. G dan aku meminta kepada Bos agar beri dia peluang untuk kerja di jabatan lain sebab kami berdua tahu dia ada banyak hutang, esp hutang di syarikat kami bekerja. Jika bos buang dia, sudah pasti dia kesempitan. Bos kata kami berdua terlalu baik tak bertempat!!! Terutama aku!! Alamak.....
Bos kata dia dah tak boleh nak buat tak nampak terutama tatkala melihat aku kerja sorang-sorang dan dia relaks-relaks tanpa membantu. Semua kerja-kerja dia aku dan G buat sendiri sebab jika di berikan kepadanya pun...kami kena buat semula. Dah puas di ajar...dah puas di didik...tapi dia tetap tak berubah. So, Bos kata, dia akan panggil si Meenachi tu esok dan akan berurusan dengan HRM seterusnya...Aduhai...apa lagi yang harus kami buat?
Kami benar-benar tak dapat nak berbuat apa lagi untuk menolong...Salah kah kami???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Macam-macam hal.. tapi i think i agree with ur boss both of you are very lembut to her.
Nora.. kekadang kita fikir yg our boss tak tau apa yg terjadi around him or her but actually they did but tak nak interfere
nora the action is taken by ur boss jadi u tak bersalah dlm ni...u dah bagi dia peluang berkali2 tapi dia tak appreciate...best solution transfer to another dept and see her progress kalau kena buang kerja pun no longer under your care..
mmg betul kita cuba menolong tapi kalau diri sendiri tak nak improve macam mana kan?
kawan kawan juga kerja kerja jugakk..kalau dah tak boleh nak tolong nak buat cam amna.. ada lebih baik dia di pindahkan di lain department mana tau dia akan berubah menjadi lebih baik..
tempat kami ni pun ada dalam proses di pindahkan..
Sya, memang kan...heran sungguh perangai dia ni. Memang dah berubah sungguh...puas di nasihati...tapi makin galak pulak. Sebab tu lah Nora jarang buka mulut mengadu kat Bos...sebab dia lebih mengetahui...dia tak buta..
Kak Elle, you know...orang used to tell me..you are too nice to her. If other secretary...don't know what will happen to her.
Jadi ini lah peluang bagi dia untuk sedar diri jika dia ditakdirkan untuk pindah department. Biarlah dia tau langit tu tinggi ke rendah. Katanya dia jatuh tangga tapi dengar cerita (dia tak tunjuk kan kita semua) bekas-bekas di badannya macam kena bedal..bukan jatuh...alahai..
Zino, tu lah...Nora rasa dah cukup sampai di sini jer lah. Tak dapat lagi nak kita tutup bangkai gajah ni dengan sehelai daun.
Di tempat Zino pun ada kes-kes begini???
banyak kes macam ni kan..
Nora...ada orang bila kita berlembut...kepala kita dipijaknya...ada pulak...akan terasa silap sendiri...manusia ni macam2 peel kan...
Rasanya keputusan yang boss buat tu betul...memang bukan salah nora pun...
bila kita terlalu baik macam ni lah jadinya Nora..orang buli kita...
Mulan,
Aha...memang sakit hati bila di fikirkan...
Kak Anie..tulah kan....dia belum rasa bagaimana rasanya kerja kat jabatan lain...if better..nasib lah..
Mak Lang....Bos selalu cakap kat Nora..jangan biarkan orang buli kita..
Post a Comment