Setelah puas mencari dan plan, akhirnya aku dan teman sekerja, Alijah memutuskan untuk ke Nilai3. Hajat kesana ialah untuk mencari barang-barang keperluan untuk majlis perkahwinan anak Alijah pada tahun depan. Dan sebagai teman terapat, aku cadangkan ke Nilai3 untuk membuat dan melihat berbagai cadangan. Bukannya di Singapura tiada tetapi rasanya pasaran dan pilihan serta tukaran matawang di Malaysia lebih menafaatkan.
Mulanya kami buntu sebab nak cari bas teramatlah susah. Dan lagi dengan musim sekolah begini menambahkan lagi peritnya. Lalu dengan tiba-tiba kami berjaya mendapatkan tiket melalui Syarikat Aeroline - first class Coach (siap dengan steward dan meal sekali) ke KL. Kesudian Sya untuk menumpangkan kami bermalam kami terima dengan rasa syukur.
Kami berangkat jam 1.30 petang dari HarbourFront Centre melalui Second Link (Tuas). Perjalanan mengambil masa selama 5 jam. Agak kurang selesa bagi kami berdua sebab kami dapat seat di belakang sekali (tapi oleh kerana hendak sangat pergi, kami grabbed jer lah....). Lain dari itu, kami amat berpuas hati dengan keramahan steward nya yang agak hansem...(he..he....ada lesung pipit!).
Ini luggage kami semasa berangkat...Sebuah bag seorang....jeng..jeng..jeng..
Ini lunch kami, Nasi putih, sayur kobis, sweet sour chicken, egg tofu. Di sertai cut oranges dan jelly serta minuman panas...best kan...
Ketika kami tiba di Corus hotel di KL, jam telah menunjukkan jam 6.30 petang. Kami tunggu ketibaan Sya dan terus bersolat di surau Corus Hotel tu. Selepas itu, oleh kerana kami masih di KL, kami pun ronda-ronda di bandaraya metropolitan ini. Kami ke Jalan TAR dan Masjid India untuk membeli beberapa barangan sambil duduk makan cendol dan laksa Penang. Power! Terima kasih buat Alijah yang menghadiahkan kami (aku dan Sya) sepasang kain Opel yang berwarna hijau kebiruan buat kami pakai bersama di majlis kahwin anaknya nanti :)
Selepas keliling kota, Sya bawa kami ke Restoran Sate Kajang Haji Samuri. Dah lama aku dengar cerita restoran ini di kebanyakan novel-novel yang aku baca...
Selesai menjamu selera dan jalan-jalan di pasar malam di daerah itu, kami teruskan perjalanan ke rumah Sya di Salak Tinggi. Sya sempat membawa kami lalu di Putrajaya. Setelah sampai, kami membersihkan diri dan berehat. Namun bag aku dah Alijah, kami pot-pet sehingga jam 3.30 pagi. Banyak yang kami cerita...almaklum..
Sesudah bersarapan dan Sya pun dah siap membuat tempahan Chicken Pie nya, kami pun bertolak ke Nilai3. Rambang mata melihat apa yang terjual di situ. Berbagai barangan yang kami perlukan menarik perhatian kami. Alijah yang pertama kali ke situ pun excited..
Sehabis shopping, sambil menunggu ketibaan Sya yang akan menjemput kami, kami berdua duduk makan...
Rojak mee dan cendol...Sedap!
Kami berkesempatan berkunjung ke rumah
Kak Anie di Shah Alam. Kami di jamu dengan masakan yang sememangnya teramatlah sedap esp lauk asam pedas daging nya tu..Masih terasa keenakkannya. Terima kasih buat Kak Anie, Sya & Ude atas bingkisan buat Nabella.Lepas itu kami di bawa ke Plaza Alam Sentral sebab hendak memborong kain di Nagoya. Rambang sungguh mata melihat keindahan kain-kain yang terjual di situ...dan hargnya memang amat memuaskan hati kami. Kita juga duduk minum air di kopitiam yang berdekatan...happening tempat tu lah..
Fareez yang comel dan cute yang telah menawan hati Alijah.
Sebelum pulang malam Ahad itu, Sya membawa kami ke Restoran Cili Padi di Cyberjaya.
Alijah dengan sup cendawan nya.
Kway teow hor fun..tapi macam jenis goreng pada ku.
Makanan yang diorder Sya
Kami tiba di rumah Sya sekitar jam 12 lebih dan mula mengemas beg-beg. Ada beberapa barangan Alijah yang terpaksa kita tinggalkan sebab kami tak larat nak bawa sama. Mujur Sya akan datang bercuti ke Singapura minggu depan, boleh dia bawakan untuk Alijah. Kali ini aku dan Alijah tidur hampir jam 4.30 pagi sebab kami masih sibuk pot pet dengan berbagai luahan hati dan cerita...he..he..
Luggage kami...ketika pulang...
Sya menghantar kami berdua ke Corus Hotel untuk menaiki bas ke Singapura. Bas bertolak tepat jam 9 pagi dan kami di beri sarapan Subway Sandwiches. Kami tiba di Singapura pada kira-kira jam 12.30 tengahari tetapi tersangkut di Second Link dan akhirnya sampai di Harbour Front pada jam 2 petang.
Terima kasih Sya di atas segalanya...terima kasih Kak Anie dan pada Alijah..thank you for being such an understanding and accomodating travelling partner. I enjoyed travelling with you and will always cherish the good memories, laughs, tears, secrets and everything!