Untuk menyambut hari yang bersejarah ini, adik ku Noni merancang untuk membawa mak & bapak keluar berjalan dan makan. Seawal pagi hari selasa, Noni telah menghantar pesanan sms kepada aku dan Nordin bertanya samada kami berdua boleh mengambil cuti setengah hari dan keluar berjalan bersama kedua orang tua kami. Hanya kami bertiga bersama orang tua kami - tanpa suami, isteri dan anak-anak masing-masing. Tujuan - untuk mengimbau kenangan lama semasa kami kecil berjalan bersama mak dan bapak. Sudah semesti aku dan Nordin setuju sebab ini merupakan satu peluang dan kesempatan yang tak harus kami lepaskan.
Seawal jam 10 pagi semalam, Noni telah membawa kedua orang tua kami keluar bersarapan dan membeli belah di Mustaffa Centre. Bapak yang akan berangkat ke Bogor ahad ini untuk ibadah korban di sana memerlukan beberapa persiapan dan keperluan yang hendak di bawa bersama. Noni juga telah memberi tahu kami akan jadual dan rancangan kami di sepanjang hari itu.
Noni telah menjemput aku di ofis sekitar jam 12 tengahari. Pada mulanya mak sangka Noni nak menjemput suaminya (yang bertugas di tempat yang sama dengan ku). Alangkah terkejutnya mak dan bapak bila melihat aku yang keluar dari bangunan dan terus membuka pintu kereta...he...he...surprise! Lepas itu kami meneruskan perjalanan ke Shenton Way untuk ke menjemput Nordin. Sekali lagi terkejut orang tua berdua tu...
Tempat persinggahan pertama kami ialah ke Masjid Haji Mohd Salleh di Palmer Road untuk solat Zohor. Selesai solat, kami singgah ke Makam Habib Noh Al Habshi yang bersebelahan masjid tersebut.
Tangga menuju ke Makam Habib Noh AlHabshi.
Makam dari arah dekat.
Jinak-jinak merpati.. banyak sungguh
Setelah itu kami mula menaiki kereta yang di pandu Noni ke tempat makan. Mulanya ingat nak makan kat Sakura International di Orchard Road tetapi oleh kerana buffet lunch di situ habis jam 2 petang, kami ke Sakura Thai di simpang dekat Capitol.
Mak dengan Nordin..
Kami order nasi putih, daging black pepper, sotong cumi goreng, ikan siakap kukus, kailan goreng oyster, sup tom yam, sambal udang, fried kyaw teow dan yee mee goreng. Kami tak order ketam sebab - 'out of respect' to kepada spouses kami ..he..he...(sebenarnya... kesemua tiga orang menantu ni - hantu makan ketam...)
Selepas makan, kami bawa mak & bapak ke Muzium. Mak selalu kata dia dah lama tak pergi muzium sejak dia di bangku sekolah lagi. Jadi, kami kabulkan lah hajat nya.
Sejak diubah suai, banyak yang dah berubah. Dari hanya satu galeri, dah jadi beberapa buah galeri, di susun mengikut sejarah Singapura sendiri. Bayaran nya pulak untuk kesemua galeri ialah S$20 bagi orang dewasa dan S$10 bagi warga emas.
Di antara yang terpamer di galeri Singapura di awal kemerdekaan. Apa yang menarik ialah pinggan bunga matahari itu. Aku punya 2 buah pinggan seperti itu yang di beri oleh Wak Yah (kakak mak)
Beranika jenis cawan ala kopitiam - menarik perhatian aku dan Nordin.
Jalan ini menuju ke Delta Senior School. Dahulu ialah Sekolah Rendah Delta West. Sekolah kami bertiga ialah Sekolah Rendah Delta East, terletak di bahagian belakang bangunan ini.
Pandangan melalui tingkat dua dari Masjid. Bangunan itu - Block 79 Indus Road pernah menjadi tempat tinggal kami sejak tahun 1971 hingga 1979. Rumah sebilik di tingkat 14 itulah rumah kami berlima. Penuh nostalgia sebab kami sangat gembira tinggal berdekatan sekolah dan masjid (dulu surau) di waktu itu.
Selepas solat Asar di situ, kami singgah di Brickworks Estate untuk minum petang. Kita semua rasa sangat gembira keluar berjalan seharian ini. Begitu juga kedua orang tua kami. Berkali-kali mak kata..."mak macam mimpi" sambil memegang pipinya sendiri...he..he..
Beranika jenis cawan ala kopitiam - menarik perhatian aku dan Nordin.
Selepas itu, kami pula keluar menuju ke kawasan River Valley. Sewaktu kecil, kami tinggal di sekitar kawasan ini iaitu di Delta atau Indus Road. Kami singgah di Masjid Kampong Delta - masjid di mana kami mula mendapat didikan agama sewaktu kecil.
Mak dan Nordin di pintu masuk Masjid Kampong Delta.
Jalan ini menuju ke Delta Senior School. Dahulu ialah Sekolah Rendah Delta West. Sekolah kami bertiga ialah Sekolah Rendah Delta East, terletak di bahagian belakang bangunan ini.
Pandangan melalui tingkat dua dari Masjid. Bangunan itu - Block 79 Indus Road pernah menjadi tempat tinggal kami sejak tahun 1971 hingga 1979. Rumah sebilik di tingkat 14 itulah rumah kami berlima. Penuh nostalgia sebab kami sangat gembira tinggal berdekatan sekolah dan masjid (dulu surau) di waktu itu.
Selepas solat Asar di situ, kami singgah di Brickworks Estate untuk minum petang. Kita semua rasa sangat gembira keluar berjalan seharian ini. Begitu juga kedua orang tua kami. Berkali-kali mak kata..."mak macam mimpi" sambil memegang pipinya sendiri...he..he..
Semoga Allah senantiasa melindungi kedua orang tua kami, panjang jodoh, usia dan senantiasa sihat walafiat. Amin....Insyaallah...
10 comments:
seronok nya dapat berjalan dgn kedua ibu bapa ye nora ....mesti happy semua nya.
Wah mcm ulang tayang masa2 lampau:)
Nora bestkan mengimbau kenangan lama.. mak ngan bapak mesti terharu sungguh tak sangka anak2 dia ada program kenangan sepanjang jalan kan
Kak Elle...mmg betul. Mak yang paling seronok. Katanya tadi dia tak tidur semalam sebab terkenang-kenang...he..he..
Sya - mmg mak & bapak nampak terharu - sampai tak tidur tu. Asyik kata...macam mimpi jer!
ntah kenapa sayu sy baca N3 nie sis...sy tumpang bahgia melihat kebahgiaan dan keakraban sis sekeluarga.tgk makam tu teringat dulu masa kecik mak&ayah sy pernah bawa jln2 ke sana.
tgk umah lama sis,teringat sy kisah sis memasak masa kecik2 dulu..hehe.
semoga keluarga sis nora dirahmati-Nya selalu.
tumpang lalu....
tulip masa dia masak kerang tu lah dia cuci ngan sabun....hehe
selamat ulang tahun utk mak dan ayah ... semuga mereka terus ceria berkekalan sehingga ke akhir hayat.. amin..
Nora...pasti mak dan bapak tak dpt lupakan hari ulangtahun perkahwinan mereka kali ini...
HAPPY BELATED ANNIVERSARY buat mak & bapak Nora...semoga mereka dilimpahkan dengan kebahgiaan dan kegembiraan hingga ke akhir hayat...serta di dilimpahkan dengan rezeki...
Tulip, Terima kasih...
Kak Elle - Ceh...ingat jer peristiwa poyo tu...he..he.
Zino,
Terima kasih diatas doanya.
Kak Anie,
Memanglah mereka happy sebab kita bawa jalan bersama. Terima kasih di atas doa kak Anie.
Post a Comment