Setelah puas mencari dan plan, akhirnya aku dan teman sekerja, Alijah memutuskan untuk ke Nilai3. Hajat kesana ialah untuk mencari barang-barang keperluan untuk majlis perkahwinan anak Alijah pada tahun depan. Dan sebagai teman terapat, aku cadangkan ke Nilai3 untuk membuat dan melihat berbagai cadangan. Bukannya di Singapura tiada tetapi rasanya pasaran dan pilihan serta tukaran matawang di Malaysia lebih menafaatkan.
Mulanya kami buntu sebab nak cari bas teramatlah susah. Dan lagi dengan musim sekolah begini menambahkan lagi peritnya. Lalu dengan tiba-tiba kami berjaya mendapatkan tiket melalui Syarikat Aeroline - first class Coach (siap dengan steward dan meal sekali) ke KL. Kesudian Sya untuk menumpangkan kami bermalam kami terima dengan rasa syukur.
Kami berangkat jam 1.30 petang dari HarbourFront Centre melalui Second Link (Tuas). Perjalanan mengambil masa selama 5 jam. Agak kurang selesa bagi kami berdua sebab kami dapat seat di belakang sekali (tapi oleh kerana hendak sangat pergi, kami grabbed jer lah....). Lain dari itu, kami amat berpuas hati dengan keramahan steward nya yang agak hansem...(he..he....ada lesung pipit!).
Ini luggage kami semasa berangkat...Sebuah bag seorang....jeng..jeng..jeng..
Ini lunch kami, Nasi putih, sayur kobis, sweet sour chicken, egg tofu. Di sertai cut oranges dan jelly serta minuman panas...best kan...
Ketika kami tiba di Corus hotel di KL, jam telah menunjukkan jam 6.30 petang. Kami tunggu ketibaan Sya dan terus bersolat di surau Corus Hotel tu. Selepas itu, oleh kerana kami masih di KL, kami pun ronda-ronda di bandaraya metropolitan ini. Kami ke Jalan TAR dan Masjid India untuk membeli beberapa barangan sambil duduk makan cendol dan laksa Penang. Power! Terima kasih buat Alijah yang menghadiahkan kami (aku dan Sya) sepasang kain Opel yang berwarna hijau kebiruan buat kami pakai bersama di majlis kahwin anaknya nanti :)
Selepas keliling kota, Sya bawa kami ke Restoran Sate Kajang Haji Samuri. Dah lama aku dengar cerita restoran ini di kebanyakan novel-novel yang aku baca...
Selesai menjamu selera dan jalan-jalan di pasar malam di daerah itu, kami teruskan perjalanan ke rumah Sya di Salak Tinggi. Sya sempat membawa kami lalu di Putrajaya. Setelah sampai, kami membersihkan diri dan berehat. Namun bag aku dah Alijah, kami pot-pet sehingga jam 3.30 pagi. Banyak yang kami cerita...almaklum..
Sesudah bersarapan dan Sya pun dah siap membuat tempahan Chicken Pie nya, kami pun bertolak ke Nilai3. Rambang mata melihat apa yang terjual di situ. Berbagai barangan yang kami perlukan menarik perhatian kami. Alijah yang pertama kali ke situ pun excited..
Sehabis shopping, sambil menunggu ketibaan Sya yang akan menjemput kami, kami berdua duduk makan...
Rojak mee dan cendol...Sedap!
Kami berkesempatan berkunjung ke rumah Kak Anie di Shah Alam. Kami di jamu dengan masakan yang sememangnya teramatlah sedap esp lauk asam pedas daging nya tu..Masih terasa keenakkannya. Terima kasih buat Kak Anie, Sya & Ude atas bingkisan buat Nabella.
Lepas itu kami di bawa ke Plaza Alam Sentral sebab hendak memborong kain di Nagoya. Rambang sungguh mata melihat keindahan kain-kain yang terjual di situ...dan hargnya memang amat memuaskan hati kami. Kita juga duduk minum air di kopitiam yang berdekatan...happening tempat tu lah..
Fareez yang comel dan cute yang telah menawan hati Alijah.
Sebelum pulang malam Ahad itu, Sya membawa kami ke Restoran Cili Padi di Cyberjaya.
Alijah dengan sup cendawan nya.
Kway teow hor fun..tapi macam jenis goreng pada ku.
Makanan yang diorder Sya
Kway teow hor fun..tapi macam jenis goreng pada ku.
Makanan yang diorder Sya
Kami tiba di rumah Sya sekitar jam 12 lebih dan mula mengemas beg-beg. Ada beberapa barangan Alijah yang terpaksa kita tinggalkan sebab kami tak larat nak bawa sama. Mujur Sya akan datang bercuti ke Singapura minggu depan, boleh dia bawakan untuk Alijah. Kali ini aku dan Alijah tidur hampir jam 4.30 pagi sebab kami masih sibuk pot pet dengan berbagai luahan hati dan cerita...he..he..
Luggage kami...ketika pulang...
Sya menghantar kami berdua ke Corus Hotel untuk menaiki bas ke Singapura. Bas bertolak tepat jam 9 pagi dan kami di beri sarapan Subway Sandwiches. Kami tiba di Singapura pada kira-kira jam 12.30 tengahari tetapi tersangkut di Second Link dan akhirnya sampai di Harbour Front pada jam 2 petang.
Terima kasih Sya di atas segalanya...terima kasih Kak Anie dan pada Alijah..thank you for being such an understanding and accomodating travelling partner. I enjoyed travelling with you and will always cherish the good memories, laughs, tears, secrets and everything!
14 comments:
Nora.. harap tak serik datang ke rumah sya dan layanan tak seberapa, terimakasih masakkan sarapan sbb tuan rumah busy ngan bisnes chicken pienya.
Malam tu kita makan kat Restoren Padi di Cyberjaya..
InsyaAllah jumpa lagik 25 ni
Nora...akak berterima kasih dengan buah tangan dari Nora...sebenarnya selepas nora pulang baru akak menjengah dlm beg kertas tu...rupanya ada cenderahati buat akak...thank you very much...love them so much...
Sampaikan salam dan terima kasih pada Alijah...kerana menghadiahkan kain buat akak...dan akak teringin nak tengok anak dia yang sebaya dengan Fareez...sya pun cakap macam Fareez dengan cermin matanya...
Terima kasih yang amat sangat kerana sudi berkunjung ke rumah akak...
Harap silaturahim yang terjalin akan terus mekar....
Dan...semoga jumpa lagik...
Nora lain kali kena bawak bag besar sikit kan?Bolih borong lebih sikit...hehe
Saya tak pernah singgah Nilai3 tu driver menonong terus ke KL..tu kalau ikut org tak bolih nak singgah2...
sonoknyerrr jalan-jalan .. kannns
syarikat bus zuco aeroline teww stop kat corus hotel kan - depan ofis me jakkks.. uhuhu
Kak Noraaaaa
Wahh..lamanya kita tak sembang yek..lamanya akak tak jenguk pondok saya...
Apa khabar kak? Harap akak sihat2 aja ya..Hari tu sempat YM dengan Kak Sya..wah..happening habis yek daang Malaysia..kikii
Bila nak sampai Liverpool ni kak?
waaahhh datang kl ya.. saya pun tak sempat jalan2 kl cuti sekolah ni..
Sya, takde seriknya....selagi awak sudi...kita pun ok jer.
Kak Anie, terima kasih kembali pada kak Anie.
Kak Elle, next time mesti singgah kat nlai3 tu...seronok...
Salam en_me...terima kasih
Zali, gi Liverpool? kalau akak nak ke sana cuma nak jumpa Kevin Keegan jer...dia kan bekas pemain Liverpool...he...he..
Mulan, tempat awak lagi happening..next time dtg spore..kita jumpa eh???
Nilai 3 adalah sesuai utk sekeluaga pergi shopping. Di sini ada sedikit maklumat tentang di mana nilai 3 dan apa yg dijual sana. TQ
All Shops at Nilai 3
Textile walk shops at Nilai 3
Map to Nilai 3 from Nilai toll gate
Map to Nilai 3 from Mahkota toll gate
Enjoy~
Post a Comment