Bos baru balik dari US dan setelah dua hari dia berehat dia masuk ofis harini. Seperti biasa, aku masuk mengadap untuk memberi beberapa penerangan tentang urusan di ofis. Tiba-tiba dia menghulurkan beg kertas jenama Coach kepada ku. Katanya dia belikan untuk ku dan dia kurang pasti jika aku menyukainya. Terkejut tak terkata...
Bukan satu tapi dua beg yang di berikan kepada ku. Katanya beg yang pertama itu di intai oleh seorang wanita ketika dia berada di butik Coach tetapi Bos aku tidak melepaskan nya kerana hanya tinggal satu saja yang berwarna pink. Aku memang dah lama mengidam beg yang pertama itu tapi jika di butik Coach kat Singapura ....memang le mahal. Bos memang tahu benar warna kegemaran aku dan memang setiap apa yang di beri pasti berwarna pink dan jika bunga pasti Sunflower...he..he...Syukur Alhamdulillah..rezeki.
Memang pada mulanya sebelum dia berangkat pergi, Bos telah bertanya apa yang aku inginkan di butik Coach kerana dia akan singgah untuk membeli buat seseorang. Dia memesan agar aku memberitahunya apa yang aku mahu tapi aku memang bukan jenis suka memesan itu dan ini. Its just not me. Terima kasih Bos....wah...nampaknya aku kena kerja lebih baik dan lebih berdedikasi lah nampaknya iye...he...he...
8 comments:
Rezeki kan dan juga bos kenal betul dgn setiausaha nya....kalau yours pink mine both black....haha
lepas ni kena lebih rajin lagi nanti dapat beg lagi best hehe
Wah Kak Nora...
Bestnyer!!!! rezeki rezeki bulan Rejab! Hehe...
Nora... bertuah badan dpt bos cam tu.. kalau bos sya .. tunggu kucing bertanduk le
Kak Elle, Pink is our favourite colour kan? Your collections are wider lagik...
Zino, kita bekerja untuk mencari rezeki dan ini adalah sebahagian darinya jugak...tapi naik gaji lagi baik kan???
Maz,
Apa khabar? Yes, rezeki di bulan Rejab. Syukur alhamdullillah.
Sya, memang lah bertuah tetapi betapa susah nya menghadap kerenah dan songeh nya..hanya Allah je yang tau. Walau apa pun dia memang bos yang terbaik.
Post a Comment