Tuesday, August 18, 2009

Coretan dari naluri

- Syukur Alhamdullillah. Mak dah sihat dan sudah pulang ke rumah sejak Ahad lalu. Sungguh ceria nampak wajah nya. Sabtu lalu, aku dan suami menziarahi nya di hospital dan mak nampak benar-benar teruja nak balik rumah.


- Pembantu rumah ku yang baru belum boleh masuk Singapore lagi. Ejen memberitahu terdapat sedikit masaalah dan dia menawarkan agar aku di beri pembantu sementara sekiranya Nur pulang mengikut jadual. Aduhai...lemah badan mendengar nya..Bingung rasanya..


- Gembira tak terkira rasa hati bila Nur berkata dia tak kisah untuk menangguh kan kepulangan nya dan bersedia menunggu hingga pembantu yang baru tiba. Bukan apa, bimbangkan jika kita di beri pembantu yang sememangnya tau dia hanya yang temporary...dan Nur sendiri tidak berapa selesa. Sungguh baik kan dia?..mudah2an dia di berkati Allah selalu dan hanya Allah saja yang akan membalas budi baik nya.


- Lagi kisah pembantu. Kali ini pembantu adik ku, Noni. Wei...hangin aku tengok cara dia bekerja. Ada ke patut dia kata dia diambil kerja sebagai penjaga baby sahaja...amboi..bukan main lagik. Dan lagi, dia macam tak suka bila di suruh itu dan ini..you can clearly see her unhappiness shown on her face!! Dah le tu..suka menjawab bila di suruh.. Ya Allah, aku bersyukur sejauh ini sudah 4-5 orang pembantu rumah ku..tak seorang pun dari mereka menjawab segala suruhan dan tidak penah seorang pun dari mereka yang ada kerenah-kerenah yang sangat menyusahkan aku.


- Suami masih dalam pencarian. Dengan suasana kemurungan ekonomi di sana sini, agak sukar mencari tetapi aku percaya masih ada sinar harapan untuk kami , insyaallah.


- Ramadhan kian menjelang...dan kami menanti dengan rasa penuh syukur. Rasanya kami hanya akan bersederhana dalam apa jua persiapan. Mujur aku jenis yang suka buat persiapan awal, jadi tidak banyak yang harus aku siapkan menjelang Syawal nanti. Apa pun..semua nya pasti dalan serba kesederhanaan. Dan sememangnya pun, kami tidak terlalu beriya beraya dengan berlebihan. Semoga Ramadhan dan Syawal yang akan menjelang tiba membawa bersama keberkatan buat kami semua.

6 comments:

aNIe said...

Nora...macam2 terjadi sejak akak jarang masuk blog world ni...harap2 mak nora dah sihat seperti sediakala...dan doa akak buat suami biar dpt segala apa yang diperlukan...

Menjelang puasa ni...akak ucapkan selamat Menyambut Ramadhan...lebih baik kita besederhana dalam apa jua...

Kak Elle said...

Nora ingat your mom dah discharge dari dulu...sori tak tanya khabar tentang nya.

Langit yg mendung akan berlalu insya'allah dan semoga Daud akan menerima rezeki soon.

Baca tentang Noni's maid tu geram I nanti your mom kesian pulak baru nak baik sakit.

Apa2 pun doa yg terbaik untuk semua dan selamat menyambut bulan ramadhan yg mulia ye.

Sya said...

Nora.. sume tu adalah dugaan, u diduga cara lain.. i cara lain.. but both of us must go through it by hook or by crook kan?

Semuga Allah lindungi and permudahkan kehidupan kita

Norabella said...

Kak Anie, sejak 'berumahtangga, berkebun dan berternak' kat FB, mmg jarang nampak Kak Anie. Terima kasih atas doa Kak Anie buat Nora sekeluarga.

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia.

Norabella said...

Kak Elle, its okay.

Terima kasih atas segala doa untuk Nora sekeluarga. Selamat berpuasa!

Norabella said...

Sya, Thank you so much for everything. Semoga dugaan yang sedang kita tempuh ini akan membawa sinar kebahagiaan buat kita di masa akan datang.