Monday, September 14, 2009

Syawal...menjelang lagi


Andai kita di beri kenikmatan Allah, insyaallah, andai kata kita masih di berkati Allah..amin, kita semua bakal menyambut Syawal yang mulia sekitar seminggu sahaja lagi.


Bagaimana dengan persiapan anda? Sudah bayar zakat fitrah?


Tahun ini adalah tahun yang agak suram bagi kebanyakkan orang, tidak ketinggalan juga aku. Sejak kehilangan salah satu sumber pendapatan, kita bersiap ala kadar sahaja...dan tidak berlebihan. Dengan ibu yang masih belum sihat sepenuhnya..aku dan mungkin adik ku Noni terasa akan sedikit kepincangan dalam membuat persiapan raya. Jadi kita beraya seadanya namun masih tetap rasa ceria.


Dalam membuat persiapan raya, Bella pula telah di pilih untuk turut serta dalam pancaragam sekolah membuat persembahan di perkarangan Istana Presiden pada hari raya pertama. Bila menerima sms dari guru nya, fikiran aku berkecamuk. Tetapi jika di fikirkan semula..ini lah peluang keemasan yang tidak harus kami tolak. Menurut guru nya, kami sekeluarga juga di jemput untuk hadir sama...wah..best kan? Bila lagi nak ke Istana???
Boleh kita berjalan raya di rumah Presiden..... :)

1 comment:

Sya said...

Nora.. biarlah kita bersederhana asalkan meriah.. i tahun ni baju raya pun tak de..