Anda minat rock??
Dalam aku meminati K-drama dan K-pop disamping baca novel, aku ikut jugak lah cita rasa dan minat sang suami tercinta. Permintaan nya untuk turut serta menonton Konsert 40 tahun - Bagaikan Bermimpi Sweet Charity pada Ahad 31 Mei ini, insyaallah akan ku turutkan.
Dalam aku meminati K-drama dan K-pop disamping baca novel, aku ikut jugak lah cita rasa dan minat sang suami tercinta. Permintaan nya untuk turut serta menonton Konsert 40 tahun - Bagaikan Bermimpi Sweet Charity pada Ahad 31 Mei ini, insyaallah akan ku turutkan.

So..come 31st Mei...aku dah beli dua keping tiket @S$108 sekeping dan setiap tiket berharga S$108 akan mendapat CD percuma serta tanda tangan. Oklah...sekali-sekali melayan minat sang suami.
Jumpa anda di Esplanade nanti....













CD SS501 & Shinhwa dan juga DVD BOF
Setelah sarapan pagi esoknya, kami pun ke PWTC. Aduhai ramainya orang...parking pun padat...lama jugak aku dok menunggu Sya parkir kereta nya. Kak Elle dan Mas pun ada di sana. Seronok le bertemu ramai member. Jenuh melalui lautan manusia di PWTC ini. Berpeluh seluruh badan...akan tetapi....hilang rasa penat bila kami tiba di booth -

Lihat gambar Aisya bersama Kak Elle dan beg kosmetik BYJ. Kak Elle dan AS ni macam adik beradik pulak eh...betul..tak bohong..cuba tengok.... (kak Elle.. nak kena check if you are related ke tidak...he...he..)
Sya dan Kak Elle serta Mas dah gave up kepanasan. Tapi Mamajambu bawa aku ke booth NB Kara untuk menemui sorang lagi penulis yang sekian lama kau minati - waima apa pun orang komen dah kutuk akan novel nya - Norhayati Berahim. She is so sporting and such a lovely lady..begitu juga dengan Lily Haslina Nasir yang terkejut bila di kenalkan oleh Mamajambu. Kiranya dia masih ingat akan aku yang pernah memenangi kuiz novel Di Langit Cinta nya. Siap ambil gambar beramai-ramai dan NB juga berpesan agar aku mencuba kuiz novel terbarunya - Setiap Jumaat. Terima kasih Lily and Norhayati....di atas layanan yang di beri.
Najwa Aiman. Loyar sorang ni..bila dah nak balik baru perasan yang aku ni siapa...alahai..khayal sungguh. It was nice meeting with you!




