Entah kenapa sejak seminggu yang lalu hati ini terasa sayu.
Impian tidak menjadi kenyataan. Dugaan yang kami hadapi semakin panjang. Mungkin belum rezeki lagi agaknya. Allah maha mengetahui...pasti ada hikmah nya.
Dalam pada itu, aku amat berhati-hati nak meluahkan perasaan hati sebab ramai yang salah anggap. Bukan wang ringgit yang aku pinta, jauh dari meminta belas ikhsan, sesuap nasi dari orang, tidak sesekali. Aku masih punya harga dan maruah diri. Tetapi bila orang yang kita sangka teman, sahabat sejati mula mengata dan tertiba berubah sedangkan hati nya senantiasa kita jaga dengan baik, sudah tentu terpelanting juga kan? Tidak apa lah...tidak mengapa.
Aku sudah semakin kenal yang mana kawan dan yang mana lawan. Apa kah yang ada padaku hingga orang begitu sakit hati dan cemburu sekali? Sehingga tergamak meluahkan kata-kata yang amat menyinggung rasa hati ku ini? Bukan salah ku jika aku bekerja di bawah seseorang yang amat di senangi ramai. Bukan salahku jika orang itu amat mempercayai aku dari orang lain. Bukan salah ku jika orang tu memberi aku sepenuh penghargaan, kepercayaan, kepentingan dan entah apa-apa lagi pada aku. Aku hanya menggalas tugas yang di beri malahan di sebalik baik nya orang itu, dia pun manusia biasa yang banyak rewel dan kerenah tersendiri. Orang di luar sana tidak tahu. Mereka hanya melihat aku dari sudut kedudukan aku disamping orang itu tapi segala perit jerih, kerja keras dan kepayahan aku tiada siapa yang tahu.....
Ya Allah, lindungi lah kami semua. Limpahi lah rahmat kepada kami semua. Jauhi lah mereka-mereka yang bersifat begini dari ku. Tiada siapa lagi yang dapat aku mohon perlindungan, hanya pada ALLAH SWT...Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Nora org2 tu sebetul nya cemburu teramat sangat paa you agak nya.Redha tentu sekali akan di pertunjukkan satu hari nanti....sabar nya nora but dunno aje ye?
*hugs*
Nora.. u know .. u have something that ppl don't have. Tu sbb org dengki aje. Sabar nora.. Alhamdullilah dlm kita menghadapi masalah begini kita tau mana satu kawan mana satu musuh kan?
Dugaan Allah datang kerana Dia mahu kita dekat dengannya
Nora...semoga apa yang Nora lalui akan berakhir...hati manusia kita tak dpt mengagak apa yang ada di dalam...Orang kata rambut sama hitam...tapi hati lain2...'biarlah orang buat kita...tapi kita jgn buat orang' itu kata-kata arwah mak kak lady...sebab Allah itu ada dan tahu apa yang kita lakukan...
Sabar dan tabahlah menghadapi dugaan ini...
Kak Elle, tak tau le apa yang nak di cemburukan. I have nothing Sedih tau...I tak pernah minta tolong pada orang. Now I just be myself and talk less to people jer lah...
Sya. Thank you. You know how I feel. I may look tough but I am weak internally. Cuma tak nak tunjukkan kelemahan jer. Tapi bila kita berdiam dan menjauhkan diri..lain pulak cerita nya. I was labelled kepala angin and 'one kind' pulak...masyaallah...
Kak Lady, terima kasih. Doakan Nora ok? Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Mmg kak, I tak kuasa nak balas-membalas...biar jer lah Allah yg buat tu semua. Thank you.
Post a Comment