Sya, teman blogger telah datang mengunjungi kami di Singapura lewat minggu lalu. Sya tiba dari KL menaiki keretapi malam dan tiba di Stesyen KTM Tanjong Pagar pada tepat 8.30 pagi. Seawal selepas subuh aku dan suami telah keluar ke Stesyen KTM manakala suami ke tempat kerjanya di kawasan terdekat.
Seronok menonton filem ini...khusus bagi yang berjiwa romantik seperti aku..ha..ha..
Esoknya, aku dan Sya meneruskan plan kami hendak ke Batam seperti yang kami rancangkan. Kami berdua di iringi oleh kedua ibu dan bapa ku. Buat yang tidak pernah ke sana, Batam adalah salah satu 'syurga' untuk membeli belah dari segala apa yang ada. Dengan pertukaran wang dolar/ringgit ke rupiah, memang seronok. Batam bukan hanya untuk golongan 'lelaki yang suka melencong' tetapi ia juga tempat untuk kita menikmati segala-galanya. Aku dan Sya membeli bermacam jenis keperluan yang harganya jauh lebih murah jika hendak di bandingkan di Spura dan Malaysia, tetapi khusus bagi mereka yang tidak menilai dari segi jenama lah.
Batam dari dalam feri
Makan tengahari di DC Mall ialah Nasi Padang berlaukkan Ayam Gulai, Ikan Lele sambal, Sambal Hati Ayam, Telur dadar, Begedil serta rendang lembu yang sangat enak. Penat sungguh kami pusing keliling DC Mall sahaja. Antara perkara lucu yang berlaku di DC Mall ialah bagaimana kurang nya customer service di kalangan penjual di sana. Sya bengang sungguh dengan cara mereka tu..apa nak buat. Sudah mentaliti mereka begitu. Andaikata ianya berlaku di Spura, memang teruk kena dengan aku!!! Kami tiba di Spura pada tepat 6 petang.
Esoknya (Sabtu) aku dan Sya ke Geylang untuk berbelanja. Makan tengahari kami di jamu oleh Doktor nan comel lote, Dr Adah di Restoran Seafood Chai Chee kat Lorong Marzuki. Sila kunjungi blog Kak Elle. Terima kasih daun keladi Dr Adah....he..he..Selepas itu aku membawa Sya singgah ke rumah mak kat Sembawang. Mak beriya-iya nak jamu kami Nasi Ayam Penyet tapi kami tak mahu sebab sudah terlalu kenyang! Sungguh sampai malam kami kekenyangan.
Sya berangkat pulang sejurus selepas Subuh pada pagi hari Ahad. Sedih melihat dia berlalu menaiki bas.
Bilakah kita bertemu lagi Sya???
8 comments:
oh beli apa kat batam tunjuk lah...terungin juga nak pergi tapi bila lah agak nya ye?
Betul lah Nora.. tukar duit RM 170 dpt hampir 1/2 juta Rp. Ingatkan bila dah beli2 dah habis. Tenguk2 masih ada Rp 100,000. Mak lagik best dah nak balik.. tunjuk lagik ada beratus Rp dlm tangan.
Tak sume murah kan? Kena pandai2 pilih sbb ada yg mahal. But the children suka jam yg Nora belikan.
Kak Elle.. malu lah nak tunjuk apa kita orang beli kat Batam.. barang Indon .. barang murah aje, tak de brand pun and ada brand pun yg tak ori.. nanti masuk kat blog org ketawakan aje. So simpan utk sendiri jelah.
Nora...memang enjoy sakan ye you ngan Sya...jeles tau akak kat sini...heheheh...
Dpt tgk wayang lagik...mana kita tak jeles...apa2 pun thanks pada oleh2 yang diberi...sya kata sambal goreng nora memang sedap...dia kata nora memang pandai masak...macam2 puji dia tau...
Nora...jom masuk blog kristal akak...cantik2 tau..mesti tergoda...
Kak Elle...apa yang di beli?...biarlah rahsia..
Sya...betul le tu...jadi jutawan untuk sehari..ok le tu..
Next time kita tinggal semalam kat Batam and pergi Spa eh...
Alhamdullillah anak2 suka apa yg diberi...Syukran.
Kak Lady, bila jalan berdua ngan Sya kan, kita lupa yang kita ni mak orang tau..cam teenage girls jer...enjoy sakan.
Ala..masak campak2 jer. Biasa jer..si Nur (pembantu) siap rempah2...nora cuma menumis jer. Wah..ni mesti banyak yang Sya cerita ek?
maklang pun seronok dengar Sya bercerita...dia kata Nora masak campak2 pun sedap!
kalau maklang ke singapura nanti boleh lah ajak ke Batam eh..
Mak Lang....
Eh...awak masak lagi sedap..apa!
Nak ke Batam? Boleh apa salahnya. Kita cuma jadi guide jer..seronok tau..lebih kurang macam Jakarta lah..kalau boleh semua nak di borong!!
Post a Comment