Friday, May 02, 2008

Sessi makan-makan

Sedap kan???

Tak bergerak langsung si mamat ni..

Sebelum gerai makan serta pasar di Tekka (Serangoon) tutup dengan rasminya semalam, aku berkesempatan untuk singgah pada Selasa lalu. Gerai makan serta pasar Tekka di tutup untuk diubah suai dan semua penjaja di alih buat ke tempat sementara yang berdekatan.

Mak Lang, kat sini lah Nora beli rojak India haritu. Memang sedap. Perhatikan lelaki yang berbaju putih ini. Hampir setengah jam dia berdiri di hadapan gerai ini sambil melihat, membelek dan memilih. Puas menunggu agar dia beredar sebab nak ambik gambar tapi....hampa. Dia tak toleh kiri kanan lagi.

Minggu ini penuh dengan sessi makan...aduhai. Hari Isnin, kami ada secretaries luncheon kat kafeteria di ikuti dengan farewell dinner buat sorang loyar yang berhenti kerja di Bali Thai, IMM. Tak terlarat rasanya.

Semalam pula, setelah lama berjanji, aku bawa keluarga makan buffet dinner kat Sakura International di Orchard Road.
Natasha

Bella

Nur & Nadia
Err...he..he.


6 comments:

Kak Elle said...

makan makan eh Nora kang next visit to the doctor kena marah lagi....hehe

I nak cuba the Int Buffet kat ngee ann city one day ...jom kita pergi:)

tulipurple said...

uishhh..situ ek rojak mamak yg sedap?alaaaa...dan nak wat renovation ke sis..nnt Tekka tu pindah mana?sy pun antu rojak mamak gak...nnt nak try lah rojak di sinun.
burrrpppp...alhamdulillah,murah rezki sis nora! :,)

Norabella said...

Kak Elle, tu ler..makan segala jenis seafood esp kupang & family tu...pening kepala 2 hari!

Norabella said...

Tulip, mmg tu lah gerai yang terbest!...mereka semua pindah di tempat yang berdekatan jer. Kalau ke sini,pergi saja ke Tekka tu dan tanya orang sekeliling. Tentu mereka beritau.

aNIe said...

Nora...lamaaaaa dulu...akak pernah ke Geylang Road rasanya...makan rojak India...memang sedap...macam2 bahan2nya...

Best pi makan ramai2 dgn anak2 ye...

Norabella said...

Kak Lady, kat Geylang pun ada yang best. Bila nak ke SG, boleh kita bawa gi makan kat sana..