Sunday, April 20, 2008

Tetamu istimewa dari Kerteh

Aku masih lagi tersenyum gembira..bukan nya apa...rasa sangat gembira bila ada teman blogger yang sudi singgah di rumah kami yang tak seberapa. Ketibaan Mak Lang sekeluarga (bersama suami, dua orang anak yang kecil dan anak saudaranya Alan) aku sambut dengan hati yang gembira.

Mak Lang sekeluarga sebenarnya berada di Kota Singa kerana menghadiri majlis kahwin sepupu Pak Lang di Ghim Moh. Beberapa hari yang lalu Mak Lang ada memberitahu hasrat ingin bertemu tetapi dia tak berani janji sebab takut tak sempat. Jadi aku pastikan 'free' dan tidak kemana-mana hari ini...manalah tau....kot..kot Mak Lang nak singgah.
Sebelum ini semalam, sebaik sahaja hubby kata dia dah habis kerja, aku terus buat janji bertemu dengan nya di luar...sebab nak belikan Al-Quran buat anak ku yang kecil, Nabella yang baru tamat mengaji Muqaddam. Gembira rasa hati bila si kecik dah mula mengaji Al-Quran. Sememangnya anak-anak ku mengaji dengan diasuh oleh Nur - pembantu ku. Syukur Alhamdullillah...aku punya pembantu yang fasih dan mahu membimbing anak-anak mengaji.



Nabella & Nur ketika kami di Hotel Puteri Pan Pacific, JB

Ketika di Tanjong Katong Complex, aku sempat singgah di First Lady memborong beberapa tudung buat sendiri dan buat hadiah. Bila nak balik, biasalah..anak-anak pesan beli Nasi Ayam Penyet di gerai favourite mereka kat Kampong Melayu, Geylang.

Ketika aku baru nak ke pasar, Mak Lang telefon dari JB mengatakan yang dia akan singgah kerumah pada kira-kira jam 3 petang. Waduh....teruja sungguh aku!

Balik dari pasar, aku pun mula siap kan hidangan istimewa buat Mak Lang sekeluarga. Mereka tiba di rumah kira-kira sebelum jam 3 petang. Gembira bertemu Mak Lang yang kali pertama aku jumpa di rumah Atok & Wan di JB tahun lalu. Sambil menjamu selera, kami berbual rancak. Sayang lah...Mak Lang...Nora lupa nak ambik gambar...aduh...leka betul!! Mak Lang sekeluarga pulang kira-kira hampir sejam kemudian sebab mereka nak menziarahi ibu saudara Pak Lang yang khabarnya sakit di Yishun.

Terima kasih Mak Lang sekeluarga...kerana sudi berkunjung. Next time bila di JB, duduk lama sedikit, nanti Nora bawa ke gerai yang menjual makanan kegemaran Pak Lang tu..ok??

8 comments:

maklang said...

InsyaAllah Nora...teringin nak ke gerai2 macam kat TV tu....

Terimakaseh kerana layanan yang sangat teristimewa itu...kami sekeluarga seronok!

Sya said...

Comelnya Baby ..

Sya pun mcm ML nak rasa makan cam kat AFC tu.. tapi sayang sungguh planning kita semuanya tinggal plan aje

Kak Elle said...

nasi ayam pemyet satu nora...mesti sedap tu kalah resto:)

aNIe said...

OOh...maklang dah dapat makan ayam penyet nora eh...bila lagi nak penyetkan ayam tu untuk akak...hehehe

Norabella said...

Mak Lang, terima kasih kembali. Panjang umur, murah rezeki kita pasti bertemu lagi.

Norabella said...

Sya...there will always be a next time...insyaallah.

Norabella said...

Kak Elle...mana boleh lawan tokeh.....takde mana yg sedap, biasa jer...Yang sedap kat sana ialah sebab kita tukang makan jer..he..he..

Norabella said...

Kak Lady, buat lah paspot, nanti Nora jamu akak pulak..atau boleh import 'Chef' dari Singapura ni jugak..ha..ha..psst..perasan!