Friday, June 27, 2008

Keriangan yang terindah...

Harini merupakan hari yang penuh gembira pada ku. Syukur Alhamdullillah.

Aku menerima emel dari Alaf21. Penyertaan aku dalam peraduan Aku Dan Novel berjaya dan telah di pilih salah satu dari lima pemenang minggu ini. Sila ke link berikut :-



http://alaf21.com.my/buletin_isnin/aku&bukuku/default4.htm

Kemudian, selepas makan tengahari, aku terima surat kenaikan pangkat dan gaji dari acting boss. Syukur ya Allah....satu kenaikan yang tidak pernah aku impikan. Selama ini aku selalu menyangkal akan sampai ke tahap ini mentelah telah 3 tahun boss mencuba. Aku terus menghantar emel kepadanya yang ketika ini berada di Amsterdam, mengucapkan ribuan terima kasih kepada nya yang selama ini telah menyokong dan senantiasa memberi semangat dan galakan.....dan balasan yang aku terima darinya membuat kan aku menangis terharu! Waduh...jadi sentimentel....sikit..(psstt...betul tak Sya?).

Lepas ini...nak ambik balik lesen kereta.....mudah-mudahan percubaan yang ketiga ini akan berjaya. Doakan iya!

11 comments:

zino said...

tahniah tahniah tahniah....bersyukurlah kepadaNya...

Anonymous said...

Tahniah, nora.. gembira utk awak! -nor ash burn-

Kak Elle said...

CONGRATULATIONS hard work finally noted kan?...hopefully yg lain2 tu tak pulak jeles lagi...

ni bila nak belanja nora....hahaha

Unknown said...

Salam Norabella...
Tahniah!!! Dah tengok dah gambar kat laman Alaf21. Cun as always.
I think they come in 3 right? So, what's the last ganjaran yang Norabella terima. Share with us! Share with us!

Norabella said...

Zino...terima kasih...syukur alhamdullillah..

Norabella said...

Nor Ash - Terima kasih.

Kak Elle...Thank you. Kalau mereka nak jeles pun..apa yang I boleh buat....he..he..

Norabella said...

OD...terima kasih...last ganjaran? Err...entah ek?

Sya said...

Alhamdullilah Nora.. after all the preseverance and hardwork.

Memang sentimental.. kalau sya dpt email gitu.. mau berkaca-kaca mata..

aNIe said...

Nora...awat tak habaq kat akak ari tu...

Tah niah! Tahniah buat nora...nanti lah akak pun nak masuk peraduan tu...heheheh...

Norabella said...

Sya....he..he...syukur alhamdullillah

Norabella said...

Kak Lady...nak surprise lah...lagi pun malu. Tak sangka dapat...kita cuma cuba-cuba try jer..he..he..