Friday, July 04, 2008

Halal kah ????

Hampir sebulan yang lalu, di ofis tempat aku bekerja ini telah mula gerai yang menjual makanan ala barat. Konon nya gerai makanan barat di perlukan memandangkan terdapat ramai orang barat yang bekerja di tempat aku ini. Heran kan?....sedangkan sejak kami berpindah ke bangunan baru ini hampir 4 tahun lalu, segala bangsa dari merata pelusuk dunia melanggani gerai Melayu dan Cina di sini. Apa pun...alasan nya apa yang hendak aku katakan ialah bagi kita orang melayu Islam.
Terdahulu telah diwar-warkan bahawa gerai makanan ala barat ini akan di isytiharkan halal oleh pihak berkuasa. Segalanya seperti telah di atur mengikut peraturan yang di anjurkan oleh pihak berkuasa (itu yang aku dengar). Jadi pembukaan gerai ini menjadi perhatian ramai.
Eh...tup..tup...tertiba tak jadi nak di halalkan hanya kerana pegerai itu agak keberatan hendak menggajikan sekurang-kurangnya dua pekerja Melayu Islam. Jadi apa yang mereka sarankan tak dapat nak di patuhi lantas gerai makanan ala barat ini berstatus - No Pork No Lard.
Aku pada mulanya akan bengang! Bukan kerana aku tidak dapat makan tapi status No Pork No Lard ini pasti menjadi isu besar di masa akan datang. Orang Melayu Islam yang kekonon nya berfikiran tinggi dan moden agak tak kisah tentang perkara ini. Asal tak de khinzir...orait...begitukah?? Masaalahnya, bukannya tidak ada gerai Melayu di sini. Benar bagai di sangka...sejak hari pertama lagi aku dah lihat deretan orang melayu Islam yang beratur sama di gerai ini! Sedang disatu pihak yang lain...bangsa asing sibuk bertanya pada ku akan pandangan ini. Apa yang aku jawab?
" I beg to differ....and do not wish to offend anyone. I am absolutely very particular regarding food. To me...no pork no lard is not halal. Even if they produce a certificate to show the halalness of the meat and what nots...but what I want is...a Certified Certificate from the authority saying that the stall and the food they prepared are of halal origins."
Rasanya isu ini juga di timbulan wartawan BM di Singapura Ahad 29 June yang lalu..
Apa yang membuat aku menulis tentang ini? Baru tadi seorang rakan sekerja berbangsa asing memberitau aku yang dia telah memberitahu beberapa orang staf nya yang berbangsa Melayu serta rakan sekerja Melayu yang lain agar tidak makan di gerai ini sebab padanya gerai tu tidak halal! Supplier daging untuk gerai itu juga menghantar bekalan daging khinzir untuk pelanggan lain. Masyaallah...jika bangsa asing boleh melihat, kenapa bangsa Melayu kita tidak? Butakah kita?

9 comments:

maklang said...

sememangnya apa yang kita makan tu kenalah dijaga...

Sya said...

Memang kena jaga sebab jadi darah daging kan... sya skrg ni nak makan kat kedai mamak pun fikir 3-4 kali

NBK466 said...

Den so far berani makan nasi campur & nasi byrani yg org2 lama kat sini pun berani makan jerk...

Kak Elle said...

alamak nora what happen to my comment hari tu?blogger ni suka makan komen org...hehe

betul tu byk skg yg dedahkan NO PORK NO LARD...

aNIe said...

Nora...kalau kak lady pun takkan masuk gerai tu...sebab orang kata makanan itu menjadi darah daging kita. Segala apa yang meragukan pun dah patut kita jauhi inikan pulak dah terang2 ketidakhalalannya

Norabella said...

Salam Mak Lang :

Memang betul tu..Nora very the particular.

Norabella said...

Sya : Ceh..mak used to say..kedai mamak tu nak kena check dia pakai kain bersih ke tidak? Over kan?

Sahrul - Iyalah..nak kena tanya orang-orang yang dah biasa langgan.

Kak Elle - Dia tak jual no pork no lard..tapi dia beli dan simpan..susahkan?

Kak Lady - Betul tu. Segala apa jadi darah daging. Macamana nanti jadi nya jika kita ambik tak kisah jer kan?

zino said...

makanan halal ni bukan setakat tak ada pork tu je.. serba serbinya kena halal..barangan persediaan sembelihan dan sebagainya..dan banyak benda lain yg perlu di perhatikan..

kalau dah bukan islam yg menyediakan nya apa yg dia org tau halal haram nya..

ada banyak pilihan lain.. elakkan lah makanan yg syak ni..

Najwa Aiman said...

Samer le kat sini. Bukan setakat restoran yang tak ada certificate halal, air Carlsberg, Tiger, Heineken bla bla bla tu sumer pun yang Melayu moden ni pun tibai gak... eheks!