Monday, July 28, 2008

Kenapa menipu????

Harini aku rasa bengang sangat....Sorang staf aku tak datang harini. Sehingga jam 10 pagi tadi baru aku terima sms dari dia mengatakan yang dia nak ambik urgent leave. Termasuk ini entah kali keberapa dalam sebulan. Itu belum termasuk MC dia lagi..aduhai.

Selalunya bila dia sms aku tak jawab. Itu menandakan aku tak suka. Tapi kali ini aku balas sms nya " In future, please let me know earlier." Cukup padat. Jika dia tak faham jugak entah apa yang aku nak buat pun tak tahu. Berapa lama harus aku cover kemerosotan kerja nya. Sedangkan loyar-loyar yang lain....hatta terperangkap dalam jam teruk pun pasti akan sms padaku untuk memberitahu. Maaf, bukan aku mengada atau apa...sememangnya sudah jadi salah satu syarat atau kemestian di dalam ofis...sesiapa saja yang lewat, cuti urgent, sakit atau pun keluar meeting sekalipun harus memberitahu aku atau pun at least pada yang lain. Syarat ini nampak remeh bagi yang lain tapi tidak bagi bos aku. Pantang besar bagi dia..Boleh jadi satu isu besar tau...serius...aku tak tipu! Dan kerana ini lah aku menjadi kebencian orang lain...apa boleh buat...

Berbalik pada staf aku yang ini. Aku panggil dia Meenachi. Sejak berkahwin dengan bujang teruna dari negari, hidup nya tonggang terbalik. Apa ke tidak..si Meenachi ini janda beranak dua. Sudah dua kali bercerai. Hidup nya merempat tumpang sana sini. Dia mula bekerja di ofis aku di tempat lama sebagai seorang pembersih pejabat sahaja. Iya hanya seorang cleaner. Tetapi oleh kerana sikapnya yang mesra dan amanah serta rajin, kami layani beliau sebagai sebahagian dari staf kami. Ketika kami mencari seorang kerani untuk jabatan kami, tiba-tiba aku teringatkan dia. Memanglah jika nak di ikutkan dari segi pelajaran dia yang hanya setakat menengah 2, dia memang tak layak. Kerana ingin nak menolong dia keluar dari lingkaran hidup yang susah, aku berbincang dengan bos dan mencadangkan agar kita ambil dia sebagai kerani dengan tugas kerja yang amat mudah - filing and photocopying. Jabatan kami memang banyak kerja filing dan photocopying yang hendak dibuat setiap hari. Mentelah lagi , dua orang general workers dari India & Burma yang telah bersama kami sejak 6 tahun dulu terpaksa pulang semula ke jabatan mereka. Lalu aku katakan jika warga negara asing boleh buat, apatah lagi warga negara Spura sendiri waima dia hanya lulusan menengah dua sekalipun. Di pendekkan cerita, kemasukan dia di jabatan kami menjadi satu isu besar dan hangat sebab tak siapa faham dan percaya kenapa seorang 'cleaner' boleh jadi seorang kerani di jabatan kami.

Setelah bersendiri beberapa tahun, si Meenachi ini pula mula mencari calun suami. Dia kini berjaya memiliki rumah 3 bilik setelah hanya bekerja selama setahun saja. Ibu nya cuma carikan dia jodoh...tetapi dia tak nak. Katanya calun itu tak mahu membenarkan dia menghubungi anak-anak nya dari suami terdahulu. Kemudian dia punya calun - juga dari negeri yang bekerja di sini. Hampir setahun mereka berusaha mendapatkan berbagai visa dan employment pass untuk membenaran mereka bernikah tetapi tidak berhasil. Akhirnya...mereka putus.

Tup-tup pada awal Mei, kami dikejutkan berita dia akan berkahwin! Semua di ofis kami terkejut besar...termasuk bos aku. Dan yang paling mengejutkan, dia bersetuju berkahwin dengan calun yang di cadangkan oleh salah-seorang cleaner di tempat kami. Seorang bujang teruna sedangkan dia ......bukan apa. Yang aku musykil si lelaki ini tau yang dia ni pernah berkahwin tetapi kaum keluarga nya tidak. Jadi adalah satu rahsia besar! Dia dah tak peduli bantahan dari ibu dan keluarga nya yang lain. Berbagai cerita yang aku dengar tapi aku choose untuk berdiam diri. Aku tak nak masuk campur walaupun dah terlihat akan kemerosotan taraf kerja nya. Bos dah mula bersuara. Muka nya dah terlihat gaya tidak senangnya..dan panas telinga ku bila dia mengomel...iyalah bos tak marah aku...tapi sakit jugak kan telinga.

Dia mula ambik cuti sakit..berhari-hari. Jika di ofis, asyik bergayut kat telepon atau hilang entah kemana. Sekecil kerja untuk photostat boleh jadi disaster jika aku tak cantas sebelum sampai ke tangan bos. Akhirnya.......akhirnya...aku juga yang buat...Aduhai.. berapa lama harus aku cover orang seperti ini. Terakhir yang aku dengar...suami baru nya ini kaki botol...dah lah tak kerja, hari-hari minum dan bila dah mabuk...mula lah..violent! Lalu aku terdengar akan keluhannya...menyesal dia berkahwin....Itulah....kenapa menipu???? Apa yang harus aku buat???

11 comments:

Anonymous said...

nora.. teringat masa kerja kat syarikat perkapalan di alexander dulu, boss besar suruh kita dok dpn pintu pejabat, catitkan nama2 mereka yg dtg lambat.. mcm prefect plk!.. i hate doing it.. those late comers blh bargain lg dgn kita, mintak jgn catitkan nama mereka.. in the end, boss gave-up.. dia tahu kt x blh harap punya, so dia pun suruh org lain buat.. no wonder those staffs terlampau suka kat kt.. kt tendered resignation, they also followed-in-line! hehe

-nor ash burn-

Anonymous said...

nak sambung lg la.. si minaci tu klu dh malas keja.. bagi aje kat kt.. kt ni dh malas pula goyang2 kaki tak buat apa2.. eh, ganas mcm si affendi tu jgk, ya si laku baru dia tu?

-nor ash burn-

Kak Elle said...

nasib minachi kan?dia dah lupa daratan Nora .. if performance not that good bolih bagi warning letter hopefully she will repent.

zino said...

masaalah jugak tu..

Norabella said...

Norash - Mmg begitu lah kisahnya. Kerja senang jer...tapi malas sungguh...tak sedar diri pulak tu..puas I memendam rasa.

You tau tak...mmg ramai yang minta nak kerja tempat jabatan I...in fact ramai yang suruh tulis nama dia on the list...now I put you on the name list.

Norabella said...

Kak Elle, si meenachi tu tak datang lagi harini..urgent leave lagi! and her desk mmg tak bergerak..I sent her sms not to take any leave if possible and need to speak with her tomorrow. Tengok lah apa jadi esok.

Norabella said...

Zino...betul tu..pening den.

Sya said...

Nora.. sya always wonder why a "bujang teruna" nak menerima seorang IT or janda. I never believe that he falls in love with her sincerely.. maybe dia ada hidden agenda or dia ada flaws yg buatkan pompuan lain tak nak pd dia.

There.. tup2 kaki botol

Mulan said...

salam... camna nak sabar dengan orang macam tu kan..?

Norabella said...

Sya...kekadang kan...kita tak tau apa yg tersirat dan tersurat di balik rahsia tu kan??



Mulan : apa khabar? Mmg...dah tak tau cemana nak sabar lagi...Dah bagi dia last warning..harap-harap dia berubah.

Najwa Aiman said...

Kenapa tak buang jek? Aiyooo... jangan simpan maaa... meh sini aku tolong uruskan pembuangan kerja dia. Meh sini. Geram pulak...