Saturday, July 19, 2008

Review - Kasih antara Kita


Aku ambil masa seminggu untuk menghabiskan novel terbaru Norisah, Kasih Antara Kita. Bukan apa, kerana aku leka menghabiskan menonton DVD drama terbaru Bae Yong Joon - The Legend....he..he..
Novel ini banyak mengisahkan beberapa kejadian sebenar yang berlaku di sekeliling kita khususnya di Singapura. Nur Asyikin, seorang gadis yang memendam rasa cinta terhadap Zulkarnain yang akhirnya merasa hampa kerana lelaki itu tidak mencintainya. Lantas, Nur Asyikin merasa sangat serik untuk mempercayai cinta seorang lelaki. Mentelah lagi sikap ibunya yang mementing kebendaan, pangkat dan kedudukan dalam memilih calun menantu membuat Nur Asyikin lebih tertekan. Banyak sungguh watak-watak yang terasa amat dekat di hati. Terutama watak Zakuan yang kacak tetapi bersikap dingin...sedingin salju....kerana kecewa ditolak cinta oleh adik Nur Asyikin sendiri.
Zakuan - wataknya mengingatkan aku kepada seseorang yang pernah dekat dihati. Caranya..gayanya...aduhai. Penulis berjaya mewujudkan beberapa watak yang begitu hidup dengan nyata di alam sekeliling kita. Watak Jamil, watak ibunya, watak ibu Nur Asyikin sendiri yang sanggup berhabisan dan berhutang untuk menjayakan majlis kahwin anaknya dengan gah dan gemilang.
Novel ini adalah antara yang terbaik dari Norisah dan aku bercakap bukan kerana mengenal penulis nya...malahan ketika membaca, aku bayangkan yang aku tidak pernah mengenal penulis itu sendiri dan memikirkan bagaimana penulis ini mendapat idea serta plot yang sebegini rumit....dan satu yang pasti gaya cerita dan bahasa nya lebih mantap dan kemas dari yang terdahulu. Syabas Norisah...***** dari saya.
Teruskan berkarya....psst...lepas lontong dan lopis....apa lagi eh???

6 comments:

zino said...

novel2 ni kena tanya mem dia ada selemari novel kat rumah tu hehe

Kak Elle said...

nora I baru habis membaca nya hari ni satu hari saya membaca tak pegang lansung knitting...

Anonymous said...

Norabella..

terima kasih utk reviu yg sy tahu lahir dr hati yg ikhlas dan memahami apa yg sy cuba nk sampaikan.. blh ya jika sy copy reviu ni ke blog sy utk buat kenangan! *nyum2 kambing*

lepas lontong dan lopis.. ada pula makaroni goreng! *sambung gelak sorang2*


kak elle..

klu dh abis bc, blh le kasi komen barang seketul dua.. tak kira le yg baik ke yg kurang baik ke atau yg teruk.. agar blh sy perbaiki di masa depan..

-nor ash burn-

Sya said...

aduhai.. sya ni berulang baca buku HP tapi novel melayu lom sekali ku baca.. apa nak jadi melayu sekor ni ha ha ha

aNIe said...

Wow!! Syabas juga buat Norisah kerana mendapat 5 bintang dari Nora...hehehhe...nak pi carilah nanti novel ni...

NBK466 said...

Dahsyat gak daya imaginasi akak ek? Siap leh bayangkan watak2 yg terbabit. Patut ler suka baca novel..cam tgk DVD gamaknyer..he..he.he..