Saturday, August 16, 2008

Petikan dari Berita Harian - Singapura 16 Ogos 08

BERITA HARIAN
SINGAPURA
Ekstra! : 16 Ogos 2008


DUNIA SASTERATERBIT NOVEL DI M'SIA
Suri rumah mahu karyanya dinikmati khalayak yang lebih ramai

OlehIsmail Wardi


TUGAS hariannya sebagai suri rumah sepenuh masa bukan penghalang untuk beliau cergas berkarya.
Bermula dengan menghasilkan sajak dan cerpen yang disiarkan di Berita Minggu sekitar tahun 1980-an dahulu, beliau seterusnya mengorak langkah menghasilkan novel.
Bukan satu malah tiga novelnya telah diterbitkan sepanjang tiga tahun lalu.
Novel pertamanya, Takdir, memenangi Anugerah Penghargaan dalam Sayembara Novel Watan 2 pada 2004.
Novelis wanita Singapura yang saya maksudkan ialah Norisah A. Bakar; nama yang kurang mendapat perhatian ramai sejauh ini.
Bekas penuntut Sekolah Menengah Telok Kurau itu seterusnya menghasilkan novel susulan iaitu Rinduku Di Angin Lalu (terbit pada 2005) dan Hati Seorang Wanita (2007). Kedua-duanya diterbitkan di Malaysia oleh Creative Enterprise Sdn Bhd.
Ditanya bagaimana beliau membahagikan masa untuk keluarga dan menulis, Norisah, 40-an tahun, berkata:
'Disiplin diri perlu ada pada setiap penulis. Misalnya, saya mesti pastikan yang saya menulis setiap hari tanpa bertangguh.
'Saya menulis lebih kurang dua jam selepas solat subuh dan menyediakan sarapan untuk keluarga. Jika ada kelapangan pada sebelah petang, saya sambung berkarya.
'Semasa mula-mula menulis, anak-anak memanglah kurang faham dengan apa yang saya buat. Tetapi kemudian mereka beransur mengerti. Suami saya juga faham dan berikan sokongan sewajarnya.'
Norisah mula berkarya pada 1987. Walaupun sehingga kini beliau kurang dikenali di Singapura, itu bukanlah matlamatnya ketika mula menulis.
'Pada saya, biar orang tak kenal saya, asal mereka kenal dengan karya saya. Saya akan berasa puas jika karya saya diterima dengan baik,' ujar Norisah merendah diri.
'Di Malaysia, orang memperkatakan buku-buku saya menerusi blog-blog mereka. Padahal tak semua yang kenal saya. Saya ikuti perkembangan buku-buku saya itu menerusi laman web mereka.'
Norisah lebih gemar menulis kisah-kisah bertemakan keluarga, persahabatan, kasih sayang, juga cinta kerana menurutnya kebanyakan pembaca muda dan lebih-lebih lagi wanita, gemarkan tema-tema seperti itu. Penulis perlu tahu selera dan kehendak pembaca, tambahnya.
Menjawab pertanyaan mengapa beliau lebih suka karyanya diterbitkan di Malaysia daripada di Singapura, Norisah berkata:
'Saya mahukan khalayak pembaca yang ramai. Di sana, bukubuku saya boleh pergi jauh, sehingga ada yang menyangka saya ini penulis dari Malaysia.'
Menyentuh tentang apa yang perlu dilakukan untuk menarik minat masyarakat Melayu di sini membeli dan membaca karya penulis tempatan, Norisah dengan bersemangat berkata:
'Kita sebenarnya ada ramai penulis berbakat. Adakan usaha memperkenalkan karya mereka kepada ramai. Ulas karya-karya mereka sama ada di akhbar, radio ataupun televisyen atau pada majlis-majlis sastera. Perbanyakkan promosi semasa pesta buku, umpamanya.
'Atau penulis perlu adakan blog sendiri untuk memperkenalkan karya mereka sehinggalah sampai ke satu tahap di mana pembaca tidak berfikir dua kali untuk membeli dan membaca buku penulis ini.
'Ia juga sebagai sokongan yang akan meningkatkan semangat penulis untuk berkarya dan menghasilkan yang lebih baik pada masa depan.
'Tetapi saya dapati pembaca di sini lebih suka meminjam buku di perpustakaan daripada membeli buat koleksi peribadi.'
Bagi Norisah, selagi terdaya dan ada sokongan berterusan daripada keluarga dan peminat, beliau akan terus menulis.





Tahniah Norisah...

17 comments:

Abahnajwa said...

Wahhh...Kak Nora boleh dah buat Novel ni..buat cerpen dulu..sikit2..boleh ni kak..


Saya gerenti beli buku akak..

Kak Elle said...

nora....


I miss lah tak langan BH daily cuma BM aje....walau bagaimana pun tahniah keatas kawan kita tu ... I dah baca 3 of her novels mmg bagus.

Anonymous said...

salam kenal blog u bagus sekali

Anonymous said...

nora.. hahaha.. never expected this.. tks a million.. tho it's nothing much actually! .. sib baik le gmbr xdak kat cni ..

kakelle.. terima kasih jgk.. kerna beli bk.. kerna bc bk.. dn kerna beri sokongan... appreciate sungguh!

-nor ash burn-

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Norabella said...

Zali,

Kita belum boleh menulis novel..menulis blog sahaja.

Norabella said...

Kak Elle, I pun tak perasan...tertiba jer terlihat kat BH last Sat.

Norabella said...

madzz - salam kenal. Terima kasih.

Norabella said...

NorAsh....terima kasih kembali.

Norabella said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sya said...

Nora... hangat sungguh.. aduhai suka2 hati aje..

Anonymous said...

Wah! Panasnya perdebatan ini!

Apa2 pun sebagai penulis, tak perlu nak melenting apabila orang2 sekeliling menyuarakan pendapat dan harus INGAT, mereka ada HAK utk menyatakan pendapat masing2...Sama ada org tu baca novel penulis itu/tak... itu bukanlah persoalannya... Sumber2 lain banyak yg boleh diperolehi... Penulis seharusnya menerima kritikan dengan HATI YG TERBUKA... Tidak perlu melatah andai ada komen2 yg kurang baik. Sepatutnya dengan ada komen2 begini, penulis harus BERTERIMA KASIH dan membuka minda dan penglihatan. Jadi, pada masa hadapan, silalah membuat homework utk novel seterusnya(jika ada selepas ini lah)agar MUTU penulisan lebih baik!

Tak semestinya pembaca novel2 tu perlu menjadi peminat dalam diam...kelakar la statement ni!
Promosi perlu ada, mungkin tapi bukan dengan cara yg cheap sebegini....iaitu melalui blog...
Perlukah seseorg penulis itu mewar2kan/menampal ttg komen2 & penilaian bagai berjuta2 berlian dalam blog nya?

Penulis luar negara yg dah jual berjuta2 naskhah(sampai diangkat sebagai BESTSELLER Novels dan difilemkan karyanya) pun tak ada yg perlu buat begini...Mereka tetap dikenali malah karya baru mereka senantiasa dinanti2kan pembaca - Penulis ini juga tidak perlu 'mengemis' setiap pembaca novelnya utk diberi rating apatah lagi meminta memberi komen selepas selesai membaca.
Oleh itu, renung2kan & fikir2kanlah....

tepuk dada - tanya selera! :p Ngeh! Ngeh! Ngeh!

- yang memerhati -

Anonymous said...

Achik norabella,

Pelik la sikap awak ni.... ini menunjukkan awak tak professional dengan cara men'delete' pendapat org...nampak sangat awak pun melatah sebab ada kebenaran di sebalik komen2 di atas kan?

Sepatutnya awak tak boleh berat sebelah...mesti OPEN minded... Tak boleh sokong sebelah hala sahaja...
Kalau sebegini bagaimana bangsa Melayu nak maju??? Sedih tau!

Fikir2kanlah! Ngeh! :p

Norabella said...

Anon - siapa pun anda.

Ini blog saya dan saya berhak untuk buat apa yang saya suka. Saya tak suka sesiapa melepas kan rasa tidak puashati kepada orang lain di blog ini. Dan saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Jika anda tidak berpuas hati dengan mana-mana penulis, pergilah ke blog dia dan jangan melepaskan rasa tidak puas hati di sini. Blog ini bukan medan perbahasan.

wabbit shomel said...

wah... tertinggal boat nih..
nor ash TAHNIAH!!

kak norabella, thank you for posting this.. :D