Tuesday, October 07, 2008

What we did recent Raya

Rasanya hampir kesemua dah mula balik bekerja setelah seminggu beraya.


Aku sendiri telah balik kerja pada hari ke tiga sebab tiada plan untuk keluar beraya kerana anak-anak masih dalam musim peperiksaan. Cuma pada Raya ke empat, Sabtu lalu, aku di kunjungi ramai teman sepejabat termasuk bos dan isterinya serta sahabat handai, ipar duai, sepupu serta teman-teman Nadia dari restoran piza itu.


Seawal 9 pagi aku memulakan misi memasak juadah buat tetamu. Antara juadahnya....


Nur berposing disamping juadah yang tersedia...


Nasi tomato, ayam kurmah, rendang, sambal goreng, ayam goreng bersos cili Thai, lontong, sambal tumis sotong dan tulang kambing merah. Syukur juadah nya cukup buat semua tetamu yang mengunjung.
Pada pagi hari raya pertama, setelah suami pulang dari solat Raya, kami pun bersiap ke rumah kakak mertua ku. Dari situ, kami berkumpul di rumah ibu bapaku sebelum berkunjung ke rumah beberapa saudara ibu dan bapa ku.


Gelagat Natasha & Nabella di dalam MRT.
Natasha, Bella, Nadia & Nur dalam MRT ke Sembawang.. Seronok juga beraya menaiki MRT kerana dapat melihat berbagai gelagat dan anika fesyen baju raya yang berwarna-warni. Dari rumah ibu ku, kita berkonvoi 3 buah kereta untuk berkunjung ke rumah saudara ibu ku dan pulang sebaik sahaja 8 malam sebab anak-anak sekolah esoknya. Kami mungkin akan sambung berkunjung kerumah ipar duai ku di hujung minggu sahaja.

8 comments:

Kak Elle said...

sambal tumis sotong?jadi tak?

kenapa bella sorang baju lain?Nur mcm anak sulong you lah nora..

Sya said...

Nora sayangnya kita tak dpt raya sama.. nantilah kalau ada rezeki raya haji ke.. he he eh

Norabella said...

Kak, I buat sambal tumis sotong kering! Memang laku.

Baju kurong songket buat Bella is so expensive but the kain is not so nice...so tak beli...

Norabella said...

Sya...betul tu. Insyaallah...tak de rezeki ek..

zino said...

nampak juadah terhidang tu menyelerakan hehe

Unknown said...

Salam Norabella yang ku rindui, Selamat Hari RAya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami. Mwah.

maklang said...

kami tak sempat kemana lagi sejak pulang dari JB..rasanya penat balik JB macam tak mo hilang..tambah pulak kena outstation sokmo..Insyaallah hari Sabtu ni nak ke KT pulak...hmmm..letihnya...

Norabella said...

Zino, nampak sedap? baru tengok gambar jer...belum rasa lagi tu....

OD:

Apa khabar? Semoga sehat senantiasa bersama orang yang tercinta...


ML :

Lepas raya, anak-anak periksa..tentulah tak jalan sangat. Tambahan dengan kerja. Take care jgn work too hard...