Wednesday, January 28, 2009

Cuti-cuti ke Batam

Kali ini aku pergi bercuti di Batam bersama orang tua ku serta diikuti Nur dan Bella. Suami dan lagi dua orang anak-anak tak dapat ikut serta. Agak seronok kali ini ke Batam, sebab kita datang melalui Harbour Bay (Batu Ampar) dan kami tinggal di Goodways Hotel di kawasan Nagoya. Bertemu dengan Ari - seorang pemuda Batam yang kami sewa keretanya selama 3 hari untuk kami bersiar-siar. Ari juga membawa kami kerumahnya.


Bella dalam feri ke Batam



Ini gambar dari bilik connecting yang kami sewa @S$65 semalam. Bersih dan selesa.

Bella sewaktu ambil wudhu.


Pemandangan dari arah tingkap kamar kami.

Di hari pertama, setelah penat shopping di Batam City Square, Ari membawa kami bersiar-siar ditempat peranginan yang baru di buka minggu lalu. Ocarina - ala Ancol katanya. Masih terlalu baru. Kelihatan bersih dan menarik. Angin petang sepoi-sepoi bahasa. Kami menikmati minum petang dan makan Mee Bakso di tepian pantai.



Cantik kan tempat makan seafood. Di tepian pantai yang luas terbentang. Memang rasa damai sekali.


Esoknya selepas sarapan di hotel, kami bersiar dan membeli belah di Nagoya Hill. Happening sungguh tempat ni dan boleh terlihat betapa ramainya warga Singapura yang datang shopping dam makan-makan seperti kami..he..he..
Setelah rehat di waktu tengahari, kami keluar sebelah petang menuju ke DC Mall. Adalah yang aku cari tu..alhamdullillah jumpa..


Mak - entah apa yang dia tengok kat situ. Pun ramai warga Singapura...merata-rata...
Setelah penat, kami makan sate padang di satu tempat (tak ingat) - yang rata-rata penduduk nya asal dari Padang. Kami makan sate padang, mee goreng, soto padang dan murtabak manis yang sangat enak.

Ini bukan lah kali pertama kami di Batam tetapi kali ini kami rasa sangatlah gembira kerana pergi beberapa tempat yang baru selain dari biasa.

Bella di HarbourBay - dah nak balik.

13 comments:

Kak Elle said...

lain kali nak ikut sama bolih?...hehehe....senang pergi ngan org dah biasa ke sana.

Mulan said...

adik saya banyak kali ajak pi batam.. best katanya.. lain kali nak pi la..

barang2 murah kan, ramai orang kata..

Ummi365 said...

eh kita pun nak ikut gak? tapi entah bila lah dah jejak kaki kat sg ya.

Sya said...

Jommmmm... kita sume pi Batam.. buat bloggers meeting kat sana.. but nanti kesian kat kak anie.. dia tak dpt join sbb tak de paspot.. ha ha ha jahat adiknya

Norabella said...

Kak Elle..bisa aja..i can be the kepala...

Norabella said...

Mulan...its true..semua murah2..compare kat sini. Yang authentic..yg imi sama jer..

Norabella said...

Ummi...ha...dtg SG dulu baru pergi Batam. If not tak aci lah..

If tak muat rumah Kak Elle, rumah I pun boleh..macam Sya haritu..

Norabella said...

Sya...satu cadangan yang baik tu..

Kak Anie...oh Kak Anie...cepat le amik visa...

tulipurple said...

syiokkkkkknye org tu gi jln2 batam...dah mcm 2nd hse lak sis..selalu ke sana eh.
uiks..sy pun nak join gak bloggers meeting kat batam!!
lama dah merancang nk gi batam..asyik stuck kat sg jer kalu balik kg...hehe,tp sebenarnye sy takut dilambung ombak...ampunnnn.

Missus A said...

Kak Nora,
Orang kata kat Batam makan syiok and cheap.. really ah?
I tak pernah gi Batam tapi one day nak try spa kat sana ehehhe

Percicilan

Unknown said...

salam...batam dkt dgn singpapura..tentu sekejap aje perjalanannya..apa yang best ye pasal pulau batam tu?kalau org lelaki pergi kita tahulah apa tujuannya walaupun bukan semua macam tu..

Unknown said...

betul ke bercuti ke Batam best? sesuai x if bawa anak murid jalan2 d sana? -hani-

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.