Tuesday, July 28, 2009

JJCM and meeting Malaysian F4

Pagi hari Sabtu, aku bergegas keluar rumah untuk menemui teman sekolah lama June di Harbour Front. Sebenarnya kami berdua telah lama membeli tiket untuk menonton konsert M.Nasir yang sepatutnya di adakan pada Sabtu 25 Julai yang lalu. Tetapi oleh kerana konsert itu telah di tunda..dan masa untuk kami menunda tiket bas telah agak suntuk, jadi kita berdua meneruskan sahaja perjalanan ke KL.

Kami tiba kira-kira jam 1 tengahari di Corus Hotel dan di jemput oleh Sya yang baru menemui Ummi untuk mengambil beg yang aku beli dari nya. Thank you Ummi...those bags are so lovely and mouth-watering :). Cantik dan kemas sungguh jahitan nya..begitu juga dengan warna yang dipadankan.

Selepas itu kita terus dibawa makan tengahari di restoran Yong Tau Foo dekat Ampang. Sesekali makan makanan ala China ni best jugak...cuma lain sedikit sebab di hidang bersama nasi. Selesai makan, kita singgah ke Little Korea yang berdekatan. Agak lama kita bertiga di Lotte supermarket ini. Hairan...sungguh aku sebab tuan punya supermarket yang berbangsa Korea ini fasih bercakap Mandarin dengan Sya...dan juga June..yang sememang nya teramatlah fasih berbahasa Mandarin di kalangan teman sekolah kami.

Setelah itu, kami singgah di Cheras untuk solat zohor dan asar...kat mana tu ..biarlah rahsia...he..he..

Kemudian kita ke jalan TAR. Aduhai ramai sungguh orang di sana...Pesta makanan dan jualan murah sangat menarik hati. Keadaan di jalan TAR dan Masjid India ini hanya terdapat pada ketika bulan Ramadhan sahaja di Singapura. Melihat berbagai juadah dan kuih-muih yang di jual benar-benar persis di waktu bulan yang mulia itu. Kecur air liur melihat...

Setelah puas keliling dan kaki pun dah terasa penatnya..kami meneruskan perjalanan ke Salak Tinggi. Kami duduk berehat di rumah Sya sambil berbual-bual. Sempat berkenalan dengan F4 kepunyaan tuan rumah..he..he...cantik pulak si Woo Bin tu...dan berkenan sungguh Ji Hoo pada ku....wah..tak boleh angkat...menjerit aku di usik dan di kuis oleh nya!!! Jun Pyo plak..tak pandang langsung kat aku.....Si YiJeong..ntah mana gi dating sama GaEul agaknya.....:)

Ji Hoo...sedang di lamun mimpi

Sya membawa kami makan malam di Restoran Aunty Aini's - authentic malay cuisine. Nasi putih beserta lemak tempoyak kupang, asam pedas daging, daging salai lemak cili api dan sayur kailan...sambal belacan wah..memang menyelerakan. Kami makan sambil duduk bersila di pondok yang disedia kan....sayang sungguh gambar yang ku ambil agak gelap...rugi sungguh! Setelah makan dan berposing sakan kat halaman restoran itu, kami pun pulang.

Keesokkan hari, Sya menjamu kami sarapan pagi ala Korean cuisine. The food was really 맛있는 masitneun !!

JJajangmyun


Egg rolls


Pancakes


Lepas makan, kita berehat sambil berbual-bual sehingga lah tiba masanya untuk kita berangkat pulang. Sebelum pulang, kita singgah makan tengahari di Restoran Arab - Rawsya di Jalan Damai.
Entah apa nama nasi yang ku order ini- Banyak sungguh portion nya - lamb pulak tu..aduhai...

Sya makan Nasi Mandy ayam dan June pula makan roti berserta daging kisar dan kacang kuda yang di blender halus.



Kenapa ada 4 jenis minuman untuk 3 orang? Sebab I badly need coffee !!


Kami sempat solat di Corus hotel sebelum berangkat pulang pada jam 3 petang dan tiba di Singapura pada kira-kira 8 malam. Sebelum di hantar pulang oleh June dan adiknya, kami wrap up jalan-jalan cari makan kami dengan makan Thai Thaksin Beef Noodle.....adoi....teramat lah segar menghirup supnya....

Thank you June for the lovely companion...look forward for future trips together. Let me go and look out for suitable bags okay.....

Terima kasih yang tak terhingga buat Sya juga....

1 comment:

Sya said...

Nora jajangmyun tu pekat nau, sya dah cairkan sedap lagik dimakan.

I hairan tau si Ji Hoo tu dok kacau u, selalunya dia kucing sombong, never nak kacau2 we all and lebih buat hal sendiri unless dia lapar just like the Ji Hoo in F4, but ngan you tak tau kenapa dia kenan sangat

As for Jun Pyo.. tak pelah dia hanya utk I.. ha ha ha