Anugerah Kreatif blogger ini di berikan oleh AbahNajwa. Terima kasih AbahNajwa! Sungguh terharu kita. Entah mana datangnya kreatif nya kita ni...tetapi kita terima sebagai salam persaudaraan dari orang Malaysia di bumi Tanah Ratu untuk kita di bumi bekas jajahannya.
Hari Sabtu yang lalu, ketika Temasek menyambut hari kemerdekaannya, aku telah berjaya mencuba respi Kuih Lompang. Boleh le tahan...dan semoga cita-cita nak hantar kuih lompang in ke rumah kakak mertua ku di makbulkan Allah, insyaallah...
Yang ini versi baru keluarkan dari kukusan...berwarna-warni. I like the colours!
Yang ini ketam masak cili. Tak lah berapa sedap sebab agak pedas sedikit. 2 ekor ketam @S$7.90 dan aku beli 4 ekor. Tak dapat makan banyak sebab tukang kopek isi ketam balik lambat....so tak larat nak menunggu...dah tidur!
Buahtangan di hari kemerdekaan dari syarikat aku bekerja. A torchlight and all types of handphone charges untuk semua pekerja.
8 comments:
Nora..
Wah..kuih lompang..sedap tuuu..kat lompangya tu letak kelapa parut kan?
Lamanya abah tak makan ketammm..sedapnyaaaaa
Dapat torchlight...bagus tuuu..kalau blackout bolehlah gunaaa..
p.s..Cantik awardnyaa...sesuai dgn blog tuannya..
nora nak jugak kuih lompang tu and the crabbbbb....hahaha
nampak sodap tu..
hai kak nora! sampai jugak i dari blog adiejin tuh.
kueh lompang punyalah sedap sey. aiyoooooooo...yummy!!!!!
Zali, terima kasih diatas anugerah itu...yang cantik pasti nya dari orang yang memberinya.
yes..kuih lompang dengan kelapa parutnya. Dapat 3 star dari mak so boleh le hantar ke rumah kakak mertua ku!...he..he..Ketam tu kita masak untuk makan bersama si buah hati tetapi dia balik lewat!
Kak Elle, next time buat..I hantar kat you ok? Insyaallah.
Zino...tu baru tengok jer...belum rasa...he.he.kata orang practise makes perfect..so nak kena practise lagi..
Ely..........
Selamat datang....long time no hear...harap-harap you sihat selalu..
Post a Comment