Tetamu yang sekian lama aku tunggu ketibaanya telah pun selamat sampai ke tanahairnya yang tercinta.
Sya, teman blogger telah datang mengunjungi kami di Singapura lewat minggu lalu. Sya tiba dari KL menaiki keretapi malam dan tiba di Stesyen KTM Tanjong Pagar pada tepat 8.30 pagi. Seawal selepas subuh aku dan suami telah keluar ke Stesyen KTM manakala suami ke tempat kerjanya di kawasan terdekat.
Bertemu Sya, teman yang setiap hari aku hubungi melalui YM bagaikan mimpi menjadi realiti. Sudah hampir 2 kali tertangguh. Sehari sebelum keberangkatan Sya, kami raikan kelulusan peperiksaan anaknya, Aiman yg mendapat 10As dalam SPM. Tahniah Sya & Aiman.
Sejurus Sya tiba, sebagaimana yang kami plan, aku membawanya ke Banquet di Hitachi Tower untuk bersarapan. Kami makan Fried Fish Soup noodle, Dumpling soup dan Cheese Prata. Di saat itu kami terima panggilan dari Kak Elle, yang ingin bertemu untuk makan tengahari di Resto Surabaya. He..he..berbau jer Kak Elle ni.
Setiba di rumah, aku bergegas masak sambal goreng dan rendang lembu buat makan tengahari. Tetapi oleh kerana kami dah ada temu janji untuk lunch bersama Kak Elle dan Dr Adah, kami tak makan di rumah. Terima kasih buat Kak Elle kerana belanja makan di Resto Surabaya dan juga Dr Adah yang sudi meluangkan masa. Dari situ, aku dan Sya terus meneruskan plan kami hendak menonton filem "The Leap Year" dengan di turuti oleh Kak Elle.
Seronok menonton filem ini...khusus bagi yang berjiwa romantik seperti aku..ha..ha..Esoknya, aku dan Sya meneruskan plan kami hendak ke Batam seperti yang kami rancangkan. Kami berdua di iringi oleh kedua ibu dan bapa ku. Buat yang tidak pernah ke sana, Batam adalah salah satu 'syurga' untuk membeli belah dari segala apa yang ada. Dengan pertukaran wang dolar/ringgit ke rupiah, memang seronok. Batam bukan hanya untuk golongan 'lelaki yang suka melencong' tetapi ia juga tempat untuk kita menikmati segala-galanya. Aku dan Sya membeli bermacam jenis keperluan yang harganya jauh lebih murah jika hendak di bandingkan di Spura dan Malaysia, tetapi khusus bagi mereka yang tidak menilai dari segi jenama lah. 
Batam dari dalam feri
Makan tengahari di DC Mall ialah Nasi Padang berlaukkan Ayam Gulai, Ikan Lele sambal, Sambal Hati Ayam, Telur dadar, Begedil serta rendang lembu yang sangat enak. Penat sungguh kami pusing keliling DC Mall sahaja. Antara perkara lucu yang berlaku di DC Mall ialah bagaimana kurang nya customer service di kalangan penjual di sana. Sya bengang sungguh dengan cara mereka tu..apa nak buat. Sudah mentaliti mereka begitu. Andaikata ianya berlaku di Spura, memang teruk kena dengan aku!!! Kami tiba di Spura pada tepat 6 petang.
Esoknya (Sabtu) aku dan Sya ke Geylang untuk berbelanja. Makan tengahari kami di jamu oleh Doktor nan comel lote, Dr Adah di Restoran Seafood Chai Chee kat Lorong Marzuki. Sila kunjungi blog Kak Elle. Terima kasih daun keladi Dr Adah....he..he..Selepas itu aku membawa Sya singgah ke rumah mak kat Sembawang. Mak beriya-iya nak jamu kami Nasi Ayam Penyet tapi kami tak mahu sebab sudah terlalu kenyang! Sungguh sampai malam kami kekenyangan.
Sya berangkat pulang sejurus selepas Subuh pada pagi hari Ahad. Sedih melihat dia berlalu menaiki bas.
Bilakah kita bertemu lagi Sya???