Saturday, July 11, 2009

Homemade korean dinner

My first home made Korean dinner. Beef bulgogi, egg rolls, kimchi and fried anchovy. The only missing is seaweed soup. Do you know it cost $6.50 for a decent meal like that (minus egg roll) here in local outlet?

My kids love it....must have been good I think...he..he..

Saturday, July 04, 2009

Oleh-oleh dari US

Sungguh aku gembira tak terkata. Terpegun seketika.

Bos baru balik dari US dan setelah dua hari dia berehat dia masuk ofis harini. Seperti biasa, aku masuk mengadap untuk memberi beberapa penerangan tentang urusan di ofis. Tiba-tiba dia menghulurkan beg kertas jenama Coach kepada ku. Katanya dia belikan untuk ku dan dia kurang pasti jika aku menyukainya. Terkejut tak terkata...




Bukan satu tapi dua beg yang di berikan kepada ku. Katanya beg yang pertama itu di intai oleh seorang wanita ketika dia berada di butik Coach tetapi Bos aku tidak melepaskan nya kerana hanya tinggal satu saja yang berwarna pink. Aku memang dah lama mengidam beg yang pertama itu tapi jika di butik Coach kat Singapura ....memang le mahal. Bos memang tahu benar warna kegemaran aku dan memang setiap apa yang di beri pasti berwarna pink dan jika bunga pasti Sunflower...he..he...Syukur Alhamdulillah..rezeki.
Memang pada mulanya sebelum dia berangkat pergi, Bos telah bertanya apa yang aku inginkan di butik Coach kerana dia akan singgah untuk membeli buat seseorang. Dia memesan agar aku memberitahunya apa yang aku mahu tapi aku memang bukan jenis suka memesan itu dan ini. Its just not me. Terima kasih Bos....wah...nampaknya aku kena kerja lebih baik dan lebih berdedikasi lah nampaknya iye...he...he...

Friday, July 03, 2009

Anika Nasi kegemaran

Semalam, kami sekeluarga menjamu selera dengan Nasi Ayam ala Sya. Nasi ayam ini amat di gemari oleh anak-anak serta suami kerana kerangupan ayam goreng nya. Memang lah ada berbagai versi dan cara untuk memasak Nasi Ayam tetapi..lain orang...lain lah rasanya. Di antara anak-anak ku, Nabella lah penggemar setia Nasi Ayam tetapi dia hanya makan Nasi Ayam di Banquet dan bukan dari gerai lain. Mungkin kerana keaslian rasa nya sebab kebanyakkan Nasi Ayam Banquet adalah versi Hainan dan Bella menggemari perasa ayam putih nya ataupun "White Chicken".
Nasi Ayam ala Sya
Yang ini juga merupakan makanan kegemaran di rumah - Nasi Briyani terutama si Nur. Anak-anak suka jika ayam nya di masak merah atau briyani. Jika tidak aku masak Daging briyani untuk di padankan dengan rojak timun dan nenas serta dalca. Mungkin esok lusa aku akan masak untuk hidangan keluarga.



Ini Nasi ayam Penyet versi Norabella
Sungguh pun tak sesedap Nasi Ayam Penyet Ria atau Resto, tapi boleh lah tahan sedapnya. Juga merupakan masakan Nasi yang amat di gemari keluarga kami.



Tuesday, June 23, 2009

We are ...... Best Friends...


Nae chinguga doeeojullae?

Will you be my friend???


Tuesday, June 16, 2009

Random thoughts V

- Last saturday during my off day, I brought Natasha and Nabella to the PC Show at Suntec. It was so crowded and I can say that all the PC show was a great success. Okay...what did I buy?



- A mini 10" ACER laptop. I've been eyeing for this for quite sometime. After browsing and comparing notes and prices, this one is the best deal so far. Cost? S$599. Too bad no pink colour. I also grabbed a 320G external hard disk for S$99.
- I received a call from mum. She sounded so funny and it seems she babbled rather than talking. Not wanting to think negatively, I thought maybe she was so tired and anxious when told that she had to go for her eye operation next month. I tried to talk some sense to her about Singapore World Class medical facilities and that she should not feel scared about it,
- I stayed at home the whole Sunday due to migraine on the right side of my head. I cannot go anywhere in this kind of situation. Just had to rest and sleeeeeep.
- I was not in good mood on Monday. Just don't know why. Father called to say that mum's condition has gone worse and my sister has sent her for traditional massage. It seems that she had a mild stroke. Subhanallah....
- My brother and SIL came to accompany my parents and sister. Unfortunately my BIL is away on examination in Adelaide. We had some discussions on mum's conditions. After some traditional massage, she seemed okay and better than before.
- I took leave today to visit mum. So sad to see her unable to move normally but just had to hide my feelings. We will work out on things how to help her. She is slightly better today. I prayed to Allah SWT so that mum will recover soon. Amin, insyaallah.


Sunday, June 07, 2009

Random Thoughts IV


- Alhamdullillah. Majlis perkahwinan berjalan dengan lancar.

- Sejak minggu lalu, aku memang terlalu sibuk....sibuk dengan kerja yang berlambak hingga tak sempat dan tak terdaya nak kemana-mana jika tak perlu. Maaf kepada sesiapa andainya aku bersikap acuh tak acuh atau berdiam diri. Berdiam bukan bererti ku marah...cuma memang sibuk.

- Aku sibuk di majlis kahwin pada sabtu dan ahad. Bertemu 'teman lama' mengimbau kenangan..yang...dot..dot..dot. Juga terpahat kenangan lucu yang membuat sang suami intan terpilih merasa teramat lah cemburu. Pakaian yang sedondon warnanya...nyanyian nya...kerlingan mata..kah..kah..kah...Tak pernah aku bermimpi begini jadinya setelah 25 tahun berlalu. Sya dan anak-anak ku serta Nur melihat dan menjadi saksi yang nyata.

- Sya tiba pada petang Sabtu dan kami hanya bertemu selepas maghrib ketika keluar mencari keperluan.

- Terima kasih yang tak terhingga pada Aida dan Wati yang sudi membawa kami makan. I love you ...dong sengs...!! Ya..mongkey??? How could you rejected Shin Goon?? It broke my heart ...

- Petang Ahad aku bergegas pulang dan bersiap untuk menonton konsert Sweet Charity. Sungguh hebat...walaupun dengan badan yang letih dan penat...aku gagahi juga demi sang intan terpilih. There is another side of him that I never knew about. Suka dia bila bertemu dengan Nash - Lefthanded..siap bergambar...macam abang dan adik dan Nash sangat lah ramah. Siap melambai semasa kami berlalu pulang.

-Isnin pagi, aku berangkat bercuti ke Batam. Aku akan biarkan Sya untuk menulis kisah cuti di Batam.

- Pulang dari cuti...kerja telah menanti. Tak menang tangan sungguh. Tidak punya banyak masa untuk berYM atau kemana-mana.

- Petang Sabtu yang di nantikan, aku ke Wisma Indah untuk bertemu Manaf Hamzah sempena perlancaran novel terbaru nya - Dalam Kehangatan Dakapan Senja.



Manaf Hamzah dan novel nya



Syabas dan selamat maju jaya.....semoga semakin aktif dan berjaya.

Wednesday, June 03, 2009

Konsert 40 tahun bagaikan bermimpi

Konsert Sweet Charity - 40 tahun bagaikan bermimpi....ternyata setelah 40 tahun, peminat-peminat Sweet Charity tidak pernah berubah hati. Yang menonton ada lah rata-rata adalah mereka yang terdiri dari rockers berusia 40 tahun keatas. Namun di dewan Esplanade ini, mereka bagaikan bermimpi melihat persembahan yang cukup gah dan bertenaga dan tiada cacat celanya. Berikut adalah sedutan gambar-gambar yang sempat di rakam.



Poster konsert 40 tahun bagaikan bermimpi.

Persembahan yang cukup bertenaga.




AJ - yang persis Datuk K - mendendangkan lagu klasik Bagaikan bermimpi.



Ramli Sarip - teraju utama Sweet Charity

Rosli, Kamarul dan AJ


Dewan Esplanade yang penuh dengan peminat Sweet Charity dari Brunei, Malaysia dan Singapura dan mereka sangat lah sporting!!

Di akhir konsert..
Aku bukan lah peminat tegar Sweet Charity namun lagu-lagu mereka tetap aku minati. Teratai, Sejuta Wajah, Jangan tunggu lama-lama, Camelia adalah antara lagu-lagu popular mereka. Menyaksikan konsert ini membuka mata tentang betapa perit nya perjalanan mereka selama 40 tahun meniti ranjau duri dunia seni musik.
Syabas Sweet Charity!!!