Filem Ayat-ayat Cinta yang akan mula di tayangkan di Singapura esok, 8 May 2008 ada lah satu buah filem Indonesia yang terbaik yang pernah aku tonton. Terbaik dalam erti kata...kerana ianya kisah cinta berdasarkan keislaman. Dengan barisan pelakun wanita yang cantik-cantik serta heronya yang boleh di katakan sederhana kacaknya...ianya amat menyentuh hati. Kisah bagaimana Fahri, anak muda Indonesia yang belajar di Universiti Al Azhar terjebak dalam konflik fitnah oleh Noura, perempuan yang pernah di tolong nya. Juga mengisahkan bagaimana Aisya, wanita cantik German-Turki yang berusaha mengenali suami nya dengan lebih baik bila di landa musibah dan bagaimana mulianya hati seorang isteri seperti Aisya ini yang mengizinkan suaminya menikahi Maria, gadis Kristian demi menyelamatkan nyawa Maria dan sekali gus menyelamatkan sang suami sendiri. Betapa pilu hati melihat penderitaan dan keteguhan Aisya menyaksikan kemanjaan madunya yang juga tinggal serumah dan bagaimana rapuhnya hati seorang suami yang bingung bagaimana hendak menjadi suami yang adil pada isteri-isterinya.
Ramai yang mengatakan versi filem ini tak sebaik versi novel yang di tulis oleh Habiburrahman El Shirazy ini. Aku belum membaca novel Ayat-ayat Cinta ini dan pastinya ia akan menjadi koleksi ku nanti..insyaallah.
7 comments:
He he .. at last leh comment.. Novel yg macam ni sya akan cari and baca and tgk movie..
seriuosly sis,ulasan yg sis tulis tu membuatkan sy tertarik sungguh nk membaca buku dan menonton filem itu.uishh...sis,taknak cuba2 menulis ke?
Sya, Nora mmg rekoman Sya tengok filem ini dan baca novel nya.
nak cari novel dia...
Tulip, akak nak menulis? ada yang nak baca ke? Sebab akak byk membaca...nak tulis belum tahu...Sebenarnya ada sorang kawan suruh buat satu lagi blog untuk reviu novel-novel yang dah di baca...tapi belum kesempatan lagi. Tapi mmg filem ini bagus...lain dari yang lain..membuka mata kita tentang poligami dan kesabaran.
sampai har ini terkesan dihati cerita tu...I nangis2 tengok cerita tu...belum khatam lagi buku dia...beli dah berbulan!
Maklang...aduh sedih banget ya? Esp the part kat hospital yg time Aisya asked Fahri to marry Maria...sedih kan??
Post a Comment