Teater Musikal P. Ramlee sangat menarik. Aku dan Nadia menonton teater musikal ini semalam di Esplanade. Dari apa yang ku lihat....Full House! Berbagai lapisan usia, bangsa hadir dengan gaya dan kedatangan yang tepat pada waktunya. Ramai selebriti yang ku lihat termasuk Datin Sri Tiara Jacquelina sendiri bersama keluarganya.
Musly Ramlee sebagai P. Ramlee memang satu keajaiban. Gaya nya...suaranya persis Seniman Agung itu. Bila dia menyanyi...aduhai..bila kita pejamkan mata, kita bagaikan mendengar alunan nyanyian dari Seniman Agung itu sendiri. Satu pilihan yang tepat.
Emelda - Azizah. Sangat cantik dan manis. Lakunan yang baik tentunya. Nyanyian nya boleh tahan, tak sangka dia pandai menyanyi. Tak terbayangkan bagaimana kat Dato Siti ketika melakunkan watak ini...he..he..
Atilia & Musly Ramlee bersama....err.....
Atilia sebagai Junaidah....boleh tahan. Lakunan nya menyakin kan. Nyanyian nya tak perlu di sangkal. Anak penyanyi Salamiah Hassan ini tinggi orangnya..
Melissa Saila - Norizan
Terkenal sebagai pelakun yang baik, wataknya sebagai Norizan memang sungguh meyakinkan. Patutlah beliau menang Best supporting Actress untuk watak ni awal minggu ini di KL.
Liza Hanim - Saloma.
Liza Hanim yang sememang nya mempunyai vokal yang sangat baik telah melakunkan watak Saloma dengan begitu menyerlah. Gaya dan lakunan nya persis Saloma dalam Seniman Bujang Lapok...
Keseluruhannya ini pementasan ini berjaya. Enfiniti sekali lagi telah berjaya membawakan teater musikal yang amat bermutu. Settings dan background yang berlatarkan Penang dan Singapura di waktu dulu bagai mengimbau kenangan lalu. Petikan-petikan akhbar yang melatari pementasan ini agak baik cuma kadangkala agak mengacaukan pemikiran sebab adakala kita terbaca kisah perpisahan Spura & Malaysia di waktu tu dan tajuk-tajuk berita nya agak memesongkan fikiran. Itu sahaja yang aku tak gemar kerana bagi yang telah menonton , pasti tahu apa maksud ku. Lagu-lagu lama dari P. Ramlee & Saloma yang di nyanyikan secara live amat menyentuh hati. Begitu juga lagu-lagu baru ciptaan Dick Lee. Syabas!
6 comments:
Best kan Nora?kalau bolih nak pergi lagi..Tiara was sitting near the PA system ngan Roslan Aziz in the after pandang dari jauh...sungguh hebat.Tapi bolih tak you bayangkan CT berpelok dgn Ramlee???hehehe maybe that scene di potong kan?
Sad matinee takde barisan casts di luar untuk mengambil gambar or maybe kita tak jumpa...hahaha
Kak Elle, yes..best kan? Tetapi rasanya PGLM was still the best! Yes, I saw all of them too. My bro and SIL pun tengok matinee show too....
Wah!! Jelesnya dgn nora & kak elle...dpt tgk teater yg best2...Atilia tu nampak kecik aje...tapi tinggi ye nora? Minat kat emelda tu...cantik orgnya kan..?
Suara Liza Hanim mmg best...
Kak Lady, nanti end of the month tengok le kat Istana Budaya..best tau! Atilia tu mmg tinggi orangnya..tak tau le if dia pakai kasut tinggi...he..he..
Emelda tu kan senyum jer bila Nora panggil dia Manjalara...so sweet lah dia....
Liza Hanim? She was so peramah ...suara dia..mmg powerful!
sy pun rasa musly ramlee is better than s.gazi tu...uishh,tak sabarnye nk tgk teater ni nnt.yg lepas x dpt tgk sbb dlm pantang.
ni tgh pujuk hubby nk lepaskan gi tgk teater ni...hehe
Bella, kak anis dah menonton teater ni di Istana Budaya. Masa tu Shaun Ghazi yg pegang watak P. Ramlee. Dengarnya lakonan Musly Ramlee lebih mengesankan ... mungkin nak kena pergi nonton sekali lagi.
Post a Comment