Monday, May 26, 2008

Tak sayang mulut

Of lately, dah banyak sangat yang aku dengar dan baca tentang manusia species begini. Manusia yang species tak sayang mulut. Kalau bercakap ikut sesedap hati nya sahaja. Takde insurans langsung! Tak kira dengan siapa pun yang dia cakap. Konon cakap ikhlas dan jujur padahal....laser dan menyinggung perasaan orang lain.
Sebagai manusia berbangsa melayu dan beragama Islam, kita di ajar supaya berhemah bila bercakap dan beralas bila bersuara. Jangan menyinggung perasaan hati orang lain walaupun saudara yang terdekat...ataupun konon nya hatta teman paling rapat sekali pun. Tapi ada juga species manusia yang manis mulut...puji memuji di hadapan si polan tetapi belakang si polan tu...tersebar cerita yang kurang manis....tak enak untuk di dengar oleh telinga yang waras. Dan yang heran nya...orang sebegini boleh pulak berbaik...bercakap dengan manisnya dengan orang yang di kutuk macam nak rak tu...tak ke hipokrit namanya tu? Tak faham aku...dan kita yang mendengar kritikan itu...jadi tercengang-cengang!
Aku punya seorang saudara yang telah kian lama aku cuba elakkan. Bukan apa...disebalik wajah nya yang manis, konon nya bersopan santun....masyaallah...bila bercakap...tak fikir perasaan orang langsung! Dalam lemah lembut suaranya...dalam manis mukanya...bila bersuara berbisa telinga yang mendengar! Kalau lah tak kerana suaminya tu saudara ku...dah lama aku cancel namanya dalam senarai saudara.....Mak selalu pujuk aku...jangan begitu...biar orang buat kita tapi kita jangan buat orang...iyalah..betul. Tapi aku ni manusia biasa...punya hati dan perasaan...ada rasa marah juga. Mak sahaja yang sering berbaik sangka pada orang tetapi mak selalu tak sedar orang yang selalu diberi makan dari tangannya sendiri dan di beri susu buat penawar tu selalu membalas dengan tuba! Dan aku sebagai anak, selalu rasa marah yang teramat sangat!!! Terlalu marah dan aku selalu berdendam! Orang sebegini tak harus di buat baik....
Orang yang konon nya dah kenal rapat dan baik tetapi kekadang tak mengerti yang aku juga sensitif. Rasanya aku belum lagi pernah berkata yang tidak baik di dengar dek telinga kat orang tu padahal betapa sakitnya hati bila dia bersuara dan menyindir secara halus! Selalunya aku menyimpan dalam hati...menjeruk rasa.....paling-paling aku diamkan diri dan akhir nya jauhkan diri..
sigh....sekadar meluahkan perasaan jer..stress betul !!! monday blues....

8 comments:

Sya said...

Nora.. begitulah manusia konon nak cakap terus terang tapi belakang kita amboi cair nama kita dijajakan. But sya can deal if org tu tunjuk tak suka sya.. sya pun leh buat tak tau gak. But sya paling tak suka org suka perli and sindir depan kita esp kalau cakap "yelah org tu..." .. "maklum le..." Mau aje sya pegi depan dia and tanya apa dia maksudkan. I did that few times and left those ppl terkulat2 pandang.

As for org cakap belakang2 .. i tak tau.. i don't care.. sendiri fikirlah dosa.

Eh ur mom memang baik lah nora..

tapi ur posting ni kan paling sya suka para 2.. ha ha ha makan dalam weh.. pelik kan manusia ni depan public "emuuaahhh2 gitu" bila masing2 pusing belakang aje "cebikkan bibir mengata" kita yg jadi penonton dan pendengar ni keliru.. ha ha ha

Anonymous said...

Kak Nora! I am so agree with you. Remembered about my encouter with my so-called 2 relatives from indo.....
Mulut laser macam nak kena tengeh tahi ayam! Kita diam2, habis kena tempias dari mulut diaorang yg beracid tu...
Yeah, like people always said bersabar ajer lah....but as human being, until now, i cannot swallow their words yg tak bernas tu..eeee, geram!

~Nooraini

Kak Elle said...

Nora in whatever we do ada balasan nya so best you buat bodoh aje nanti your blood pressure naik ... relax eh?bukan tak galak kan you berbalas dendam kalau I pun I will bersemuka and tanya apa salah mereka with me sampai buat macam tu tapi mengingatkan darah tinggi tu nanti merbahaya jadi nya.

I know what you mean I ingat mereka yg suka bawak mulut ni agak tak happy ngan their life....so suka merosakkan hidup orang lain.

zino said...

salam..kenal

memang ada orang macam ni.. perangai orang kita tak boleh kawal.. tapi kita boleh kawal diri kita sendiri.. tak guna berdendam dengan orang macam ni.. biar kan lah..

asal kita jangan menyakitkan hati org lain itu yg lebih penting..

Norabella said...

Alahai Sya...you know lah my mum tu...baik sangat ngan orang. Tapi I jugak yang sakit hati..sebab its to me yang dia luahkan...

Psst....rahsia ku rahsia mu kan??...he..he..he...

Norabella said...

Aini...hope you are doing well.

Mmg betul tu...I teringat you pun selalu kena kan? My sister and I selalu kena from this same person tau...everytime we meet her...tak tau apa yang dia tak puas hati pun I tak faham!

Norabella said...

Kak Elle...kengkadang kan..bila I buat bodoh...just tak nak berbual sangat..or simply smile pun salah tau! I avoid attending kenduri kendara pun orang tak happy..just malas nak layan. Nasib baik lah I kerja dan takde masa nak pot pet ngan dia orang..imagine if I suri rumah sepenuh masa? Itu pun bila sesekali bila orang nampak I berjalan ngan Daud berdua pun orang tak happy...apa jer....tu jalan ngan Daud tu....

Norabella said...

Salam kenal Zino.

Memang lah benar kita tak boleh kawal orang macam gini. Selalunya saya avoid jer..berbual bila perlu. Or at least senyum jer..bila dia hampir...saya nak lariiiiiiiiiiiii...he..he..

Betul tu...saya tak suka nak berdendam dan menyakitkan hati orang sebenarnya sebab kita tau sendiri akibatnya nanti.