Friday, September 05, 2008

Ramadhan - seminggu sudah

Selamat berpuasa semua...semoga kita tabah menjalani ibadah puasa.


Sudah seminggu kita berpuasa. Cepat sungguh masa berlalu. Cuaca yang agak kurang baik di Singapura dengan hujan lebat hampir setiap hari memang mencabar keimanan dan kesabaran kita yang berpuasa.



Pada hari pertama berpuasa dan kebetulan cuti sekolah aku pun turut cuti. Cuti sebab nak uruskan workpermit si Nur yang telah siap untuk aku ambil kerana aku uruskan via online jer. Tapi yang hampeh dan punya lah $%^& ialah...setiba nya giliran aku nak verify documents dengan application, aku tak bawa IC!.. Ya Allah...apa punya mengong pun tak tau lah. Ni lah kes suka tukar-tukar beg...IC pun tak bawa. Di takdirkan pegawai tu tidak benarkan aku ambil work permit sebab tak de IC...so terpaksa lah aku arahkan si Nur datang ke pejabat MOM untuk menghantar IC ku tu. Sejam setengah lamanya aku duduk di kerusi menanti kedatangan Nur sampai terlelap. Aduh dengan cuaca hujan yang sejuk...mata pulak bagai di paksa untuk pejam..puas aku lawan....fuh! Selepas urusan work permit selesai, aku terus ajak Nur ke Vivocity untuk ke Giant memborong beberapa barangan pasar.



Semalam, setelah sekian lama asyik makan mee bakso, mee hoon goreng puteh, epok-epok sardin, roti john ...(tak sempat atau mungkin malas nak ambik gambar), aku putuskan nak masak nasi briyani. Tambahan pula, nasi briyani yang aku makan kat pasar Geylang malam sabtu tu hampeh...tak sedap. Dan setelah masak, teringat pulak kat Kak Elle. Lalu aku hantarkan Natasha untuk berkunjung kerumah nya sambil membawa sedikit juadah berbuka. Dan Kak Elle, dia balas macam2 lagik..


Mee rebus...sang suami yang makan...licin hingga menjilat jari. Sambal tumis sotong yang memang menjadi kegemaran ku, daging ketumbar yang Natasha kata sedap tu kita lupa plak nak ambil gambar sebab dah habis baru teringat..he..he



Surprise...a tudung set with brown headband...wah!

Nabella telah mula berpuasa tahun ini. Dia begitu teruja sekali. So far semalam merupakan hari pertama dia puasa penuh...gembira sungguh! So...tahun ini choice menu berbuka puasa di berikan pada Bella...so apa yang dia hendak makan, aku cuba masakkan...much to the annoyance fromi her 2 big sisters...ha..ha..

6 comments:

Kak Elle said...

terima kasih ye bersusah payah menghantar juadah smlm ..kesian Natasha kena naik train...

kalau ada anak kecil berpuasa biasa lah pilihan jatuh pada dia...

maklang said...

Kita nak jugak nasi beriani tu...sedap nampaknya...

aNIe said...

Sya kata...nora kalau masak beriyani...memang terangkat sedapnya...

Akak di sini pun sama ..ikut aje selera Fareez...nak ayam masak kicap...nak ayam goreng...kene buatkan jugak...kesian dia...pertama kali berpuasa...kene ikutkan kerenah dialah...

Norabella said...

Kak Elle, its my pleasure.

Mmg gitu lah sebab nak motivate anak-anak puasa.

Norabella said...

Mak Lang, bila awak sampai Spore lagi, kita masakkan, insyaallah.

Norabella said...

Kak Lady, Nora ngan mak dah turunkan ilmu masak nasi briyani pada Sya. Sya pun dah pandai.

Betul tu kan. Bila si kecik bersuara nak makan apa...lemah badan..cemana pun nak masakkan..hati seorang ibu eh.