Dalam tak sedar, kita hanya membilang hari sahaja menjelang Syawal. Tak terasa masa berlalu. Mungkin kesibukan menjalani kehidupan seharian di rumah dan kerjaya membuat kita tak sedar masa berlalu dengan begitu pantas.
Begitu pun, sekadar ingatan.....sudah kah kita melunaskan zakat & fitrah?
Tentang persiapan untuk menyambut Syawal, segala keperluan anak-anak yang aku utamakan telah terlaksana. Ahad lalu, aku ke Larkin mengambil baju kurung yang ku tempah. Alangkah sedihnya pabila baju kurung songket berwarna coklat tak siap! Aduhai....ketika aku hantar, tukang jahit tu kata...kain yang ku bawa cukup ukurannya...tetapi hari tu dia kata tak cukup...alamak...tak ke haru namanya? Mujur baju kurung Nadia & Natasha siap. Jadi aku dengan perasaan 'melayang' tu berpusing-pusing sekitar Larkin mencari jika ada baju kurung yang dah siap yang menepati warna tema keluarga ku tahun ini. Syukur Alhamdullillah.....akhirnya aku terjumpa sehelai baju kurung - baju nya sahaja yan benar-benar menepati apa yang aku harapkan...walaupun perlu membayar RM115 hanya untuk sehelai baju tu. RM 115 jika di tukar ke S$....... kira okay lah tu...

Aku telah selesai membuat kuih tart, makmur, samperit, dahlia, biskut strawberi dan cornflakes madu untuk ku dan emak. Hanya tinggal membuat kek marble dan kukus pada minggu ini. Sesungguhnya aku terasa sungguh penat sekali sebab ketika ini lah aku pun sibuk di ofis dengan berbagai tugasan penting serta kerenah 'bos' . Dengan ketiadaan tiga loyar di ofis yang samada cuti atau di hantar bertugas ke luar negeri, memang tak menang tangan.
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan setinggi tahniah dan kesyukuran kepada teman ku - Nooraini yang telah selamat melahirkan putera yang di nanti pada Sabtu lalu. Semoga berbahagia disamping suami dan si kecil yang comel - Uwais Firdaus...cantik namanya. Juga pada Aiman - putera sulong Sya - yang telah selamat tiba di Russia untuk meneruskan cita-cita menjadi seorang doktor. Semoga berjaya hendaknya, amin...insyaallah.
Rasanya raya kali ini kami sambut dengan serba sederhana kerana minggu raya itu juga musim peperiksaan bagi ramai anak-anak di Singapura di peringkat menengah dan PSLE. Hanya Bella sahaja yang akan menghadapi periksa pada minggu ke dua & ketiga bulan Oktober ini. Rasanya anak-anak teman-teman di Malaysia pun sedang hadapi peperiksaan kan?
10 comments:
eid mubarak greetings.. maaf zahir batin kak nora..
Tak ke ANGSANA ker ? dengarnya tempat WAJIB bagi warga2 S'pore sopping raya..he..he.he..
Thanks Nora for the doa.. sampaikan salam Aidilfitri sya pd emak, bapak, Nonie n Ise, Daud, Nadia, Natasha, Bella n Nur.. mintak maaf banyak2 jika ada mereka tersinggung ngan sya semasa sya kat sana and masa mereka di sini.
And sya mohon ampun n maaf dr Nora in case ada tersinggung ke terkasar bahasa masa kita chat tiap hari ...
Salam Nora...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dari akak buat Nora sekeluarga...salam pada bonda Nora...bermaaf2anlah kita ye...
Nora...jemput ke blog akak ambil e kad raya buat semua teman blog...nak antar yang betul2 dah tak sempat...
nora what can I say you ibu mitahli amboi banyak juga kuih you buat ye?
Selamat hari raya juga dr saya dan kalau ada silap bahasa masa kita berbual harap maafkan ye..
Mulan, Selamat Hari Raya, Maaf zahir & batin. Semoga bergembira di Syawal yang menjelang ini.
Sharul, bukan tempat wajib tapi yang paling fofular untuk Singaporeans. Akak tak sempat kesana sebab cik abang busy giler! Ke Larkin pun bawa bodyguard pompan!...he..he..
Sya, Sama-sama kasih. Insyaallah. Begitu juga dengan Nora, Sya. Dalam kecepatan kita menaip semasa chatting...kekadang tak sedar jika kita tersinggung hati dan perasaan tanpa sengaja. Semoga akan senantiasa bersahabat sampai bila-bila...tempat mengadu.....
mengeluh..menangis dan bergembira.
Terima kasih untuk segalanya!
Selamat Hari Raya...hati-hati dijalanraya ketika berangkat pulang ke kampung ahad ini.
Kak Anie, Nora pun begitu juga. Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin. Insyaallah akan Nora sampaikan salam buat mak.
Kak Elle - Ibu mithali? Wah...gerun dengar...macam belum sampai ke tahap itu lagi.
Selamat Hari Raya kak...Mohon ampun dan maaf andai menyinggung hati dan perasaan selama ini.
Post a Comment