
Saturday, May 17, 2008
Theatre - P.Ramlee The Musical

Wednesday, May 07, 2008
Ayat-ayat Cinta
Ramai yang mengatakan versi filem ini tak sebaik versi novel yang di tulis oleh Habiburrahman El Shirazy ini. Aku belum membaca novel Ayat-ayat Cinta ini dan pastinya ia akan menjadi koleksi ku nanti..insyaallah.

Friday, May 02, 2008
Sessi makan-makan
Sedap kan???Friday, April 25, 2008
Minggu Setiausaha
Tapi kami selalu nya ada jamuan tersendiri yang di berikan oleh bos masing-masing serta dari syarikat tempat kerja ni. Tahun ini Majlis yang di anjurkan oleh Management kami akan di adakan pada hari Isnin depan kerana dewan kafeteria yang sedang di baik pulih dan akan hanya siap hujung minggu ini. Tahun lalu, kami di jamu makanan lazat dari Bali Thai dan setiap setiausaha di beri hadiah coklat dan beg shopping dari Harrods. Berbaloi jugaklah...
Di pihak aku pulak, bos telah berangkat atas urusan kerja sejak Rabu lalu, meninggalkan aku dengan bermacam tugas yang tak menang tangan rasanya. Dalam pada itu, dia sibuk suruh aku adakan majlis makan tengahari untuk kesemua setiausaha yang dalam senarai ' the friends of Legal Dept'. Mulanya aku menolak sungguh-sungguh sebab tak seronok rasanya adakan majlis untuk setiausaha tetapi sebagai tuan rumah, bos aku pulak yang takde. Puas aku mengelak dan menolak dengan baik....ditambahkan lagi pihak Management akan adakan majlis yang sama Isnin depan. Katanya...dia nak yang buat yang terbaik buat aku dan yang lain....Aduh..Aduh...
Jadi, bila dia tiba-tiba menyerahkan Cash Cheque sebanyak S$xxx kepada aku, bayangkan betapa terkejut nya! He is not taking a No as an answer! Okay lah..aku turutkan hajatnya.
Maka bermula tugas menjemput setiausaha-setiausaha dan penolong admin yang berada dalam senarai yang di garis oleh Bos. Manusia ni penuh dengan bermacam ragam! Yang di undang...tak nak datang....tapi masih sempat menyindir kenapa undang mereka-mereka yang kononnya "not even a secretary" ! Eh....suka dia pulak. Dah tu ada pulak yang minta di buat kan cake atau cupcakes sebagai hadiah......eh.......boleh gitu? Dalam pada itu, staf aku sendiri buat perangai tak nak turut serta entah sebagai bantahan atau entah apa pun aku tak tau! Geram sungguh...mulalah tu nak mengelak! Tak habis-habis beri masaalah...baru kahwin seminggu dua dah tunjuk muka problem...kerja pun jadi tonggang langgang...pening betul minah sorang ni!
Oleh kerana Bos takde, menu yang aku order hanyalah Nasi Padang special yang memang menjadi kegemaran ramai di syarikat kami ini. Aku minta caterer nya pack dalam kotak yang special. Jadi mereka boleh pilih samada nak makan bersama di ofis ataupun jika mereka suka, mereka boleh makan di ofis masing-masing. Ramai jemputan hairan bila mengetahui tentang Bos aku yang berada di Brazil di atas urusan kerja tapi masih nak beri mereka treat! Itulah Bos aku tu!
Sunday, April 20, 2008
Tetamu istimewa dari Kerteh
Mak Lang sekeluarga sebenarnya berada di Kota Singa kerana menghadiri majlis kahwin sepupu Pak Lang di Ghim Moh. Beberapa hari yang lalu Mak Lang ada memberitahu hasrat ingin bertemu tetapi dia tak berani janji sebab takut tak sempat. Jadi aku pastikan 'free' dan tidak kemana-mana hari ini...manalah tau....kot..kot Mak Lang nak singgah.
Nabella & Nur ketika kami di Hotel Puteri Pan Pacific, JB
Ketika di Tanjong Katong Complex, aku sempat singgah di First Lady memborong beberapa tudung buat sendiri dan buat hadiah. Bila nak balik, biasalah..anak-anak pesan beli Nasi Ayam Penyet di gerai favourite mereka kat Kampong Melayu, Geylang.
Balik dari pasar, aku pun mula siap kan hidangan istimewa buat Mak Lang sekeluarga. Mereka tiba di rumah kira-kira sebelum jam 3 petang. Gembira bertemu Mak Lang yang kali pertama aku jumpa di rumah Atok & Wan di JB tahun lalu. Sambil menjamu selera, kami berbual rancak. Sayang lah...Mak Lang...Nora lupa nak ambik gambar...aduh...leka betul!! Mak Lang sekeluarga pulang kira-kira hampir sejam kemudian sebab mereka nak menziarahi ibu saudara Pak Lang yang khabarnya sakit di Yishun.
Terima kasih Mak Lang sekeluarga...kerana sudi berkunjung. Next time bila di JB, duduk lama sedikit, nanti Nora bawa ke gerai yang menjual makanan kegemaran Pak Lang tu..ok??
Monday, April 14, 2008
Hari Lahir...Natasha
Kek hari lahir - kek coklat
Natasha (kanan) bersama kawan baiknya.
Tuesday, April 08, 2008
Koleksi novel terkini...
Inilah koleksi novel yang terkini.
Garis-garis Deja Vu oleh John Norafizan. Aku tertarik dengan cover novel ini dan lagi betapa unik nya nama si penulis ini...
John Norafizan -
http://www.johnnorafizan.com/
Harum Chempaka oleh novelis kegemaran ramai - Norhayati Berahim.Cinta.Kadangkala datangnya sekelip mata. Ketika hatinya merasa cinta, tidak ada yang sudi menerima. Cinta itu hadir sehingga menyeksanya. Chempaka sedar, benarlah kata orang, cinta bukan sahaja membuat orang gembira, tetapi boleh mati kerananya.
Norhayati Berahim ada blog sendiri -
http://norhayatiberahim.blogspot.com/



